Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard
Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

Sebat: Rayuan???

Sekarang kecoh pasal sorang wanita muslim yang akan dihukum sebat maksimum ENAM sebatan dan denda RM5k berikutan tertangkapnya beliao akibat meminum arak beberapa tahun lalu..

Gua respek dengan hukuman yang dijatuhkan.. tapi timbul plak beberapa spekulasi yang buat gua nak menghentam beberapa pihak berikutan spekulasi yang ditimbulkan..

Pertama:
Wanita terbabit serta keluarganya KECOH macam ayam bertelor.. konpem rakyat Malaysia dah tau engko salah dan dijatuhkan hukuman.. OK, itu satu hal.. yang tak bestnya, engko kecoh satu Malaysia yang engko tak kesah kena sebat.. itu pon OK.. menunjukkan engko nih prihatin dan nak mengajak umat Islam yang lain sedar dan bertaubat serta insaf.. itu bagus.. yang tak berapa cantiknya, bila tiap-tiap hari engko kecoh kat media pasal hukuman sebat engko itu.. mungkin gak bukan salah engko, salah media.. sibuk nak besar-besarkan cerita.. kecoh betol.. dah macam mintak simpati lah pulak..
Kononnya plak engko dah taubat serta insaf.. tapi masih nampak lagi taubat dan insaf engko itu nipis.. buktinya, bila buat press conference engko buat statement pasal rela/redha terima hukuman tersebut tapi engko tak tunjuk plak yang engko nih betol-betol insaf.. kenapa gua kata cenggitu? pasal engko masih tak menutup AURAT untuk membuktikan engko dah insaf serta bertaubat.. entahlah.. mungkin engko 'TER'Lupa kot..

Kedua:
Kecoh plak ada pihak-pihak tertentu menyeru engko untuk buat rayuan.. apa relevannya?? Itu hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Mahkamah Syariah.. mana pegi rasional engkorang yang menasihatkan wanita terbabit untuk buat rayuan?? naseb lah cik puan itu taknak buat rayuan.. eh, kalao begitu mudah kena hukuman lepas tuh buat rayuan, makin ramailah manusia beragama Islam nih minum arak, kena tangkap, jatuh hukum je buleh mintak rayuan..
Eh, engkorang dah giler ke nak main-main hukum nih?? buang tabiat?? memanglah hukuman tuh nampak kejam, tapi itu hakikatnya!! Kalao tau takut kena hukum, jangan buat!! dah termaktub dalam al-Quran benda itu HARAM!!
Nabi pon dah bersabda, "Yang HARAM itu jelas dan yang HALAL itu juga jelas"..

Pikir-pikirkan dan selamat beramal~

Saturday, August 22, 2009

Peluh oh peluh

Gua pernah bukak topik pasal Hiperhidrosis satu ketika dulu..

Gua masih tak puas hati sebab tak jumpa lagi apa-apa ubat atau cara nak mengurangkan masalah gua nih.. untuk makluman, gua sangat ekstrim dalam perpeluhan nih.. lebih-lebih lagi di sekitar dahi.. kalao terlalu aktif sangat macam bersenam, kepala gua akan basah macam baru lepas mandi..

Gua semakin tak selesa.. biasanya, bila masalah nih berlaku pada gua, gua akan rasa sedikit malu.. terutama bila gua solat berjemaah.. gua pon tak tao.. gua banyak berdoa mohon petunjuk dalam menyelesaikan masalah gua.. kekadang gua agak merungut, tapi cepat-cepat gua istighfar.. gua cuba tanam dalam minda gua ini semua cobaan daripada-Nya..

Masalah nih bakal berlanjutan sepanjang Ramadhan nih bilamana gua akan menunaikan solat tarawikh berjamaah.. entahlah, gua tak tao macamana lagi nak selesaikan masalah gua nih.. abes je solat, konpem basah baju gua.. kalao tengok kat tempat sujud gua, konpem basah akibat peluh yang meleleh keluar dari liang-liang roma kat dahi gua..

Gua dah buntu.. nak pegi jumpa doktor, takot macam buang karan je.. entah-entah doktor pon tak tau.. yang pelik, peluh gua tak pernah tak keluar dalam sehari.. ada je keluar.. bukanlah nak kata sepanjang masa, kalao kena angin kipas ke, aircond ke kurang siket peluhnya.. entah.. lu orang ada idea tak macamana nak setelkan problem gua..? nih lah antara puncanya gua takot nak tekel awek-awek nih.. bukan apa, kekadang orang geli tengok perihal gua nih.. peluh tak memasal..

That's why gua bercita-cita taknak bersanding andai kata sampai seru jodoh gua.. gila apa lu orang kalao-kalao gua dok bersanding, peluh meleleh tak hingat nanti.. kesian tukang pengapit gua.. isk.. isk.. membujang lah gua gamaknya..

Tolong gua lah kepada sesapa yang ada idea..


ayat|tambah: gua takot nak tekel awek, tapi gua sikit pon tak takot kalao awek tekel gua.. ada beran??

Gua dan kawan-kawan

Gua ada sorang kawen baik.. eh, gua taip kawen ke?? mahapkan saya, maksud gua 'kawan'.. saya hanya seorang manusia yang lemah, mahapkan saya sekali lagi..


Gua ada sorang kawan baek, padahal ramai kawan yang gua anggap kawan baik.. tapi si sorang nih lain siket.. betol-betol kawan baik.. kata omputih, 'was' a good friend.. 'was' ye..
Gua suka berkawan dengan beliao sebab kami selalu bercakap tentang agama.. bila datang bulan (bukan datang bulan sepertimana yang disangka oleh otak kalian) Ramadhan nih, gua teringat tentang macam-macam topik yang boleh diborakkan dengan beliao..

Bulan Ramadhan kali nih lain siket.. kalao bulan Ramadhan sebelumnya, kami sama-sama ke musolla menunaikan solat tarawikh.. tapi kali nih betol-betol berbeza.. gua dah berbulan tak berjumpa beliao padahal rumah kami hanyalah berukuran sekangkang-dua seekor kera.. lama tak jumpa, alasannya sibuk dengan kerja.. kalao dulu gua selalu melepak di kedai kek kepunyaan keluarga beliao, tapi kini tidak lagi.. gua lebih selesa lepak di rumah atau kadang-kala malam-malam pegi join main futsal..

Yang buat gua terasa sangat ialah, gua takda member untuk berdebat atau berbincang tentang agama.. kalao dulu dengan beliao, tapi sekarang? gua tak tao dengan sapa.. hanya beliao sahaja member gua yang suka melayan kerenah gua yang nak 'menang' je tiap kali berdebat.. member gua yang lain tak seperti beliao.. suma sama kepala dengan gua.. bila berjumpa atau mengeteh, hal dunia je yang lebih..

Pelikkan sikap gua?? kalao jumpa beliao, cerita pasal agama.. jumpa geng lain citer pasal dunia.. jumpa member sekerja, citer pasal dunia+politik+tempat keja+bola dan macam-macam lagi.. isk.. gua memang pelik.. lu tak pelik ke dengan gua..? apa yang pasti, member gua si 'beliao' nih memang macam dah nak putuskan keduniaan beliao dengan teman-teman seperjuangan je gamaknya kalao gua perati.. bila gua jumpa member-member lama yang lain, suma tanya gua pasal beliao.. nampaknya macam diorang pon dah lama tak kontek beliao.. huish.. ke mana hilangnya beliao ini?? kadang-kadang gua terserempak, gua cuma mampu lambai tangan je sambil angguk kepala.. bila gua ajak minum-minum ke, di tolak separuh masak.. tak berapa mentah..

Entah.. gua harap beliao tidaklah lupa kepada member-member yang lain.. sebab member-member lain selalu ingat pada beliao.. semoga tak sibukkan sangat diri tuh dengan kerja pasal orang lain pon kerja juga.. isk.. sempat memerli lagi gua nih.. berkias-kias plak.. adeh..

Selamat menjalani ibadah puasa..
Kalao dulu jarang/tak pernah solat, inilah masanya nak didik hati kita balik..
Buat pelan-pelan..
Kalao dulu jarang/tak pernah baca Quran, inilah masanya nak didik hati kita balik..
Buat pelan-pelan..

Malaysia buleh, takkan lu orang tak buleh..? kata warganegara Malaysia...

Selamat menunaikan ibadah puasa.. kawal nafsu!~



ayat|tambah: gua sedang mengawal nafsu amarah, cemburu, benci, gosip dan yang paling penting.. gua sedang mengawal nafsu MEROKOK..~

Thursday, August 20, 2009

Kembali

Okies.. setat dari gua balek daripada kursus kenegaraan, gua tak sempat nak buat apa-apa kat blog gua selain terus mem'provoke' pengantin baru yang baru je kawen iaitu member gua..

Gua jugak tak sempat nak corat coret citer kenangan gua kat sana, dan yang pasti gua MUNGKIN takkan cerita pasal citer tuh suma dah nak basi.. gua citer siket je la..

5 HARI gua dikuarantin.. SUNGGUH! LANGSUNG tak amik tahu hal ehwal dunia luar.. itupon ada lah dua-tiga khabar yang berlaku seluruh negara dihebah oleh incik jurulatih.. antaranya tentang kembalinya insan yang gua sangat hormati dalam dunia seni dan dakwah walau sebenarnya gua langsung tiada sebarang kaitan dengan dunia seni tersebut.. perihal kembalinya Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, iaitu vokalis utama kumpulan Rabbani..

Gua betol-betol terkejut dengan berita tersebut.. berita tersebut dihebahkan pada pagi Jumaat tatkala gua serta peserta lain sedang berlagak kawad di padang kawad.. SEDIH! betol! gua betol-betol kesedihan.. macam tak percaya, tapi itu hakikatnya! Masuk ke dewan untuk mendengar ceramah, pemikiran gua melayang jaoh mengenang naseb idop gua nih.. berapa lama je gua dapat hidop.. entah sempat ke tidak gua nak merasa alam rumahtangga.. tetiba suma tuh berlegar dalam kepala otak gua.. betol, gua tak tipu! tipu itu DOSA!

Selain perkhabaran tersebut, gua langsung tak tahu menahu tentang perihal dunia luar.. betol-betol kena kuarantin.. tapi, hidop gua 5 hari kat sana sungguh best serta awesome! memang best.. betol, gua tak tipu.. kalao tak percaya, silalah daftarkan diri kamo untuk menyertai kursus kenegaraan.. 5 hari mereka nak mendidik nilai-nilai patriotisme dalam diri gua, dan MUNGKIN usaha mereka berjaya.. tapi tak buleh nak kata 100% usaha mereka itu berjaya.. buktinya, tiada sebarang bentuk bendera atau jalur gemilang yang gua sematkan samada di rumah, pejabat mahupun sekitar kereta gua.. tinggal berapa hari je lagi nak MERDEKA.. tapi, mungkin jugak gua akan buat semua tuh dalam masa terdekat..

Okies, gua taknak citer panjang.. gua sebenarnya nak melahirkan perasaan sedih gua je ke atas pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim menyahut seruan Ilahi.. tuh je motif utama gua.. dikesempatan ini, gua nak ucapkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham, ahli kumpulan Rabbani dan semua peminat kumpulan Rabbani atas pemergian seorang insan yang dikasihi.. gua dengar, banyak penghargaan yang diterima Allahyarham sebelum dan selepas urusan pengebumiannya.. Alhamdulillah, berbuat baik dibalas baik.. semuanya atas keberkatan limpahan ALLAH.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman.. Amin..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



ayat|tambah: Salam Takziah.. terngiang lirik lagu di atas..

Wednesday, August 12, 2009

5 hari

Mulai esok, gua akan menghilangkan diri gua dengan paksa-rela..

Gua akan dikuarantin selama 5 hari.. bukan sebab gua terjebak penyakit hini (H1N1), tapi gua terjebak dalam program BanTuaN Biro TataNegara (BTN) di Pontian..

Mulai esok gak, komunikasi gua dengan dunia luar akan disekat sebab henset akan dirampas sementara bagi mengelakkan sebarang hubungan luar tabii dengan dunia luar.. memang konpem kebosanan gua nanti.. 5 HARI tau!!

Tapi best gak, dapat jumpa balek batch induksi tahun lepas.. huh, rindu nak membahan.. haha..

Ok, harap lu orang takkan merindui gua.. eh, lu orang akan rindu sama gua ke? tak kan??? gua bukannya sapa-sapa dalam hidop lu orang.. gua sendiri bukan sapa-sapa dalam hidop gua.. harap takda yang nak merindu gua sampai membunuh cacing kerawit dalam tubuh masing-masing.. harap bersabar selama 5 hari saja.. itupon kalao gua ada mood lah nak sambung balek membahan dalam blog nih.. mana lah tau kan, tetiba plak gua jadi seorang warganegara yang skematik plak nanti abes program nih.. mematuhi undang-undang negara sambil keluar mengundi.. ye tak..?? heh..

Ok, gua nak kemas baju-seluar gua.. dah lah gua kena kembur balek baju sekolah gua semata-mata atas arahan memakai kemeja putih lengan pendek.. harem! baju sekolah gua pon dah kunen.. naseb muat lagi.. maklomlah, gua nih comey.. ok.. da..da..


ayat|tambah: HORATIO CAINE tak mati!! gua dah agak, musti ada konspirasi bising internasional.. ceh..

Risiko dalam peluang

"Sedangkan kapal terbang pun orang buleh rampas...


Tuh dia prinsip yang digunapakai oleh sorang member gua.. bila sentuh soal awek, gua selalu cuba ngelak dengan alasan, "Awek orang.. tak baik kacau" dan prinsip di atas digunapakai oleh beliao dalam situasi cuba memberi semangat kepada gua..

Gua tak buleh hidup dengan prinsip macam tuh.. kalao dah hak orang, takkan gua nak rampas.. even she's just a girlfriend and not a wife yet.. gua rasa tak adil gua nak potong jalan orang..

Peluang... gua dah ada peluang.. tapi akhirnya kantol jugak peluang gua dan termaktub, memang bukan untuk gua.. peluang tuh sudah pun ditutup dan dah ada orang yang grab dulu sebelum gua.. mungkin bertahun dulu..

Takpa, gua tetap yakin musti ada lagi peluang dan lobang lain untuk gua.. cuma masa je yang memainkan peranan sekarang nih.. gua takkan sesekali guna prinsip di atas..!

Saturday, August 8, 2009

1M: Dunia didahulukan, Dosa dihimpunkan

Malam nih malam ke-empat kalao tak silap gua berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran ke-51 peringkat antarabangsa di Dewan Merdeka, PWTC.

Dah empat malam berlangsung, baru malam nih gua pree nak menonton.. malam-malam lain, gua bizi siket dengan perihal keduniaan.

Pada malam nih gak, berlangsungnya majlis Festival Filem Malaysia ke-22 kalao tak silap gua. Hah.. tuh dia.. agak-agak lu orang, mana satu majlis menjadi perhatian umum?

Kalao lu orang berkesempatan menonton tilawah Al-Quran malam nih, lu orang musti ada perasan kerusi-kerusi untuk VIP dari kiri ke kanan membawak dari kanan ke kiri KOSONG! Mana perginya para menteri, yang berhormat dan lain-lain?? Dan kalao lu orang berkesempatan menonton FFM, musti lu orang perasan betapa ramai VVIP yang dok menangok nengok punggung artis bergelek, kulit artis yang terdedah dan lain-lain.. (sori, gua tak tengok FFM)

Nih yang gua sangat heran.. kalao majlis penyucian kerohanian, KOSONG je gamaknya.. tapi kalao majlis keduniaan, fuhh.. berpusu-pusu, bersesak-sesak orang datang.. apa salahnya sekali sekala luangkan masa ke majlis tilawah nih.. tak membaca, walau mendengar sahaja bacaan ayat suci Al-Quran dah dapat pahala.. nih, pegi ke majlis macam FFM nih gua rasa nawaitu je dah membawak ke dosa.. mana taknya, dengan manusia yang berpakaian macam tak berpakaian.. bergesel-gesel antara bukan mahram.. tergelak-gelak sakan atas pentas, terkinja-kinja.. isk.. tak pahey betol gua..

Nih yang gua dapat tafsirkan sebagai 1 M*******: Dunia didahulukan, dosa dihimpunkan.. nihlah orang kita.. orang melayu..


ayat|tambah: TAHNIAH, selamat pengantin baru kepada sahabat gua yang dah bergelar Puan Zarina Binti Abdullah dengan pasangannya Encik Hisyam yang selamat melangsungkan perkahwinannya pada hari ini.. moga bertambah zuriat cucu cicit Adam atas muka bumi nih..

Sunday, August 2, 2009

Cinta kera

Gua bosan-bosan pagi nih, gua cuba melakukan sesuatu perkara yang realistik.. tapi gua tetap gagal.. maka, berbekalkan nyawa sebuah PC nih, gua membelek gambar-gambar dulu-dulu..


Kadang gua senyum..
Kadang gua gelak..
Kadang gua rasa sedih..


Terlakar memori dalam sebuah gambar.. apa yang gua nak celoteh kat sini ialah tentang cinta..

Banyak gambar-gambar dalam simpanan gua adalah gambar-gambar semasa gua bergelar student.. dan banyak juga antara gambar-gambar tersebut merakam detik-detik manis member-member gua bercinta..

Kalao bercinta di sekolah dulu, dipanggil cinta monyet.. kalao di IPT? gua tak pikir panjang, gua klasifikasi sebagai 'cinta kera'.. ok tak? apa yang gua nak cerita?

Dalam kelas gua, hanya ada 9 orang pelajar lelaki termasuk diri gua.. dan di antara 9 orang tersebut ada dalam 4-5 orang yang bercinta sesama rakan sekelas.. maksud gua di sini, awek-awek member gua juga merupakan rakan sekelas gua.. tak lepas juga pelajar perempuan yang ketika tuh sedang hangat bercinta dengan bukan rakan sekelas..

Dan kesemua 4 orang pelajar lelaki yang bercinta sesama rakan sekelas tersebut langsung tak menjadi.. walaupun perhubungan mereka kekal walau selepas tamat pengajian, tapi jodoh-pertemuan mereka itu telah disuratkan.. lepas tamat pengajian, cinta yang mereka jalinkan rupanya hanya setengah jalan.. baru-baru nih pon, ada member gua yang gua bayangkan untuk ke jinjang pelamin terputus di tengah jalan.. 4 tahun berkawan/bercinta, tapi akhirnya?

Naseb baik gua tak termasuk dalam kategori cinta kera tersebut.. masa study dulu pon, gua bercita-cita gak nak bercinta nih.. dan gua pernah 'bercinta' dengan seorang awek bukan sekelas dan juga bukan dari pusat pengajian yang sama tapi cuma bertahan hanya 30 hari kalao gua tak silap.. mungkin masa tuh gua terburu-buru nak bercinta.. hehe, merasa gak gua.. tapi sebulan je..

Gua pon ada berminat dengan pelajar perempuan dalam kelas gua, tapi tak kesampaian.. awek tuh mungkin tak suka nak berkawan dengan gua, maklomlah rupa paras gua yang seakan-akan beranak 'EMPAT'..lagipula, awek tersebut berasal dari negeri Che Wan Kembang dan mak gua tak merestui hubungan gua dengan orang sana.. gua pasrah..

Apa pun, cinta kera member-member gua nih bagai satu drama swasta.. gua teringin gak nak tengok orang yang bercinta sakan nih naik pelamin bersama.. nak tengok gak la hasil cinta yang bagai nak rak masa belajar.. sanggup tak study, keluar berlendir.. tapi apa pun tak jadi.. lepas tamat pengajian, gua dengar ramai member perempuan sekelas gua menamatkan zaman solo.. tak jempot pon.. cuma ada dua orang je yang menjempot.. dan seorang lagi akan datang..

Gua? Bila lagi? Heh.. gua tunggu jodoh tuh datang bergolek.. gua malas nak mengerah kudrat gua tackle awek.. biar gua jadi kutu sudah.. haha..



ayat|tambah: hujung tahun depan gua nak bertunang.. sapa-sapa nak kawen cepat tapi tiada calon, sila hubungi gua.. hantar resume beserta gambar terkini berukuran poskad..

Bila aku menulis

Ayat-ayat di bawah mungkin ditaip/disusun mengikut skema tatabahasa yang betul..


Bila aku mula berkecimpung dalam dunia blog, tiada niat lain selain cuba berjinak dalam dunia IT kerana pada ketika itu, aku sedang menuntut dalam jurusan berkaitan. Kononnya ingin mengaplikasikan pengetahuan tentang dunia IT.

Bermula April 2007, aku berjinak dalam dunia blog. Pengetahuan pertama yang diaplikasi adalah percubaan memanipulasi aturcara (coding) pembangunan sesebuah laman web. Pelbagai aturcara yang telah aku cuba dari A hingga Z. Selain itu, aku turut memuatkan pelbagai kisah peribadi yang ingin aku kongsikan pada dunia luar malah sasaran pembaca aku hanyalah kepada orang-orang di sekeliling aku sahaja.

Bertitik tolak dari itu, aku terus giat menaip tentang apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Semuanya cuba aku coretkan dalam penulisan di dalam blog. Aku mula sasarkan pembaca di kalangan rakan sekelas di samping pembaca luar. Sampai ke satu tahap, aku berhenti menulis kerana kurang sambutan daripada sasaran aku.

Aku berhenti menulis untuk beberapa bulan. Pada tahun berikutnya, aku kembali menulis tetapi hanya sekadar mengisi kekosongan idea dalam blog aku. Tiada yang menarik cuba aku ketengahkan. Aku cuba mencetuskan idea dan konsep yang baru terhadap blog aku dan muncullah sebuah blog informasi dan tutorial. Seratus peratus berbeza dengan konsep mula-mula aku menceburkan diri dalam dunia blog.

Konsep tersebut hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Pada hujung tahun 2008, aku menukar kembali konsep idealogi aku dalam penulisan blog. Aku kembali kepada konsep asal. Tetapi kali ini, konsepnya lebih bervariasi selain curahan perihal hidup aku. Pada ketika ini juga aku dapati semakin ramai yang membuka blog dan menjadi seorang blogger. Pada kebangkitan ini membuatkan aku bersemangat menaip kata-kata di dalam blog sehingga artikel ini ditaip.

Sepanjang aku menjadi penulis blog, aku telah mengalami zaman jatuh bangun akibat perbuatan sendiri yang bebas mencetuskan pelbagai rasa yang kadang-kala dirasakan mengguris pelbagai pihak. Maka, bertitik tolak dari kesilapan tersebut, aku membuka sebuah blog baru tetapi masih berlandaskan konsep yang sama hanya berbeza pada nama. Terhasillah blog ini, akusimisteri.blogspot.com

Alasan utama penerbitan blog baru ini ialah percubaan aku melarikan diri daripada kesilapan yang lalu. Dan mungkin ianya berjaya, kerana sejak tercetusnya konsep baru ini, penulisan aku boleh dikatakan mendapat perhatian berbeza berbanding semasa awal kebangkitan dulu.

Aku berterima kasih kepada yang menyokong, memuji, mengeji malah membenci blog atau penulisan aku ini. Segala yang tercatat hanyalah merupakan curahan, luahan rasa hati aku walaupun ia kadangkala mengaitkan seseorang.

Semoga idealogi aku akan terus mencurah.


Tttttteeeeeeeeeeeetttttttttttttt...


Ok, cukup ayat skema.. bapak letih giler gua nak reka ayat-ayat skema..


TRIVIA: Percaya atau tidak, kadang-kadang aku cuba mencari jodoh melalui penulisan aku

Saturday, August 1, 2009

My Babe is back!

Semalam gua dapat banyak panggilan tapi gua lebih berminat dengan satu panggilan pada waktu tengahari yang memaklomkan kepada gua bahawasanya suara awex gua telah siap diservis..


Pagi nih, gua tak cakap banyak, gua gerak ke Perodua untuk hantar awex gua.


Semalam, dalam panggilan telepon tersebut, brader tuh bagi jaminan dalam setengah jam konpem siap pasang.. hakikatnya, gua melahu selama sejam lebih menunggu awex gua siap dioperasi.. dan sepanjang tempoh itu lah gua telah berkenalan dengan seorang brader ini.



Lepas siap, gua terus melempiaskan nafsu gua yang terbendung selama hampir seminggu ke atas awex gua.. hoh, memang puas hati.. barulah semangat gua nak berjalan-jalan bersama awex gua.. haha.. best.. my babe got the sound back!!




ayat|tambah: sori.. ayat-ayat gua suma skema.. gua tak reti nak taip 'aku' sebagai 'aq' atau 'ak'.. gua tak berapa suka nak memanipulasi sesuatu perkataan.. harap mudah kamo membaca ye!

Thursday, July 30, 2009

Salam Ulangtahun AkuSiMiSTERi

Doa dan harapan sempena ulangtahun daku.. Aminn...!


tambah|tambah: thanks to Brader Zihan & NetworkTeam, Farhana Jasman, Norlina (eldest sis) for the wishes.. thanks.. heh..

Tuesday, July 28, 2009

Lagak Pak Belang

Olmos setaon gua join NetworkTeam.. 4 Ramadhan nih maka genaplah setaon menurut kalendar Islam perkhidmatan gua nih.. almaklomlah, gua join NetworkTeam pon last Ramadhan.. haha..


Sejak gua join team yang awesome nih yang dianggotai oleh brader-brader awesome serta bos-bos yang aaaawwweeesssooommmeee (bodek lebih siket..) nih, gua semakin galak tunjuk belang.. seawal 3/4 bulan pertama gua join ini team, gua dah mula buat 'sedara'..


Lu orang paham apa maksud gua dengan 'sedara'..? yeah, dalam bahasa sanskrit diolah sedikit sunquick serta transkrip, terjemahan sedara itu adalah ala-ala seteru/orang bergadoh..


Yah, gua mula cari pasal.. baru masok 3/4 bulan keja, gua dah pandai buat hal dengan orang yang dah keja 10-20++ taon .. rilek je, sampaikan brader-brader gua bilang gua nih memang rebel giler.. cap jari belom kering dah pandai buat sedara.. haha.. thanks for all you supports dude..


Bukan apa, gua bukan nak sangat bersedara nih.. tapi, kekadang persedaraan gua nih ditolong serta di'backup' oleh brader-brader gua.. heh.. mana tak naik tocang.. orang lama backup, konpem la gua tayang belang gua.. sampai sekarang, anything happens related to areas where that 'sedara' covered for, of course la brader gua akan sebut, "Pis, tempat sedara ada problem.." haha.. apa je yang berkait dengan persekitaran kerja si sedara, "Tuh tempat sedara.."... gua tak malu, takot atau segan sambil tersipu.. gua pon tak bangga.. cuma kekadang gua dah terbiasa.. gua rasa sampai pencen beliao akan disedarakan dengan gua..


Puncanya pon bukanlah ekstrim sangat.. cuma sedikit salah faham dengan sedikit sikap panas baran gua.. tuh je.. tak lebih dari itu.. secukup rasa.. pon bukan gua yang mulakan dulu.. adalah sekor akak tuh yang jadi batu api.. haha.. sampai sekarang gua malas nak tengok muka akak tuh, hinggakan beliao memuji uniform team gua, gua buat tak layan je.. padan muka! sapa suruh jadi api.. brader-brader gua pon sama.. tak melayan.. layanlah perasaan sendiri.. haha..


Si sedara gua tuh pon sekarang tengah sarat mengandung.. pompuan ke yang jadi 'sedara' gua?? Yep, pompuan.. haha.. rebel tak gua.. buat sedara dengan pompuan? gua cuma doa beliao selamat melahirkan anak beliao dengan mudah tanpa sebarang komplikasi yang memerlukan beliao meminum air basuhan kaki gua.. uupppss... sori.. kenyataan gua kasar sket.. haha..


Nasihat gua pada lu orang, bila mula masuk keja, keja elok-elok.. buat apa yang patot dan betol! selagi cap jari belom kering, enggeh je apa orang suruh.. tapi yang elok-elok je.. jangan jadi macam gua.. tak sampai setaon, perangainya dah ngalahkan orang yang tunggu setaon lagi nak pencen.. heh.. gua pon cuba nak berbaik dengan sedara dan of kos gua memang berbaik dan boleh bertegur sapa dengan beliao.. cuma si api je gua malas siket.. bukan apa, takot terbakar.. haha.. gua dah lah jenis cepat panas.. dan juga cepat sejok ye..!


Jadi, keringkan cap jari dulu sebelum buat hal.. terimas...

Monday, July 27, 2009

Kita dan anak-anak

Kalao zaman gua dulu, pemikiran sebagai anak-anak sungguh terhad..


Zaman sekarang, pemikiran anak-anak boleh dikatakan sama level dengan pemikiran orang dewasa.. mana taknya, zaman sekarang anak-anak sudah punya handset.. yang mahal-mahal dan canggih... zaman gua, duit syiling adalah teman baik di samping telefon awam.. maju bukan? dari segi teknologi sudah membuktikan pemikiran anak-anak pada hari ini sungguh advance.. jauh melangkaui usia.. dasat.. kadang-kadang gua risau akan fenomena sebegini..


Kalao kita imbas, anak-anak seawal usia 8 tahun sudah bisa projek di bawah meja dalam kelas.. advance.. gua sendiri pon mengenal erti seks seawal 16 tahun!! Tak percaya? ya, gua sungguh dungu dulu tentang seks.. hinggakan subjek Sains di tingkatan 3 tentang sperma, ovum dan sebagainya buat gua blurr.. gua tak tahu dan mengerti.. tapi anak-anak berusia 8 tahun sudah boleh buat projek tanpa bantuan subjek Sains tingkatan 3.. hebat bukan??


"This is my kindergartener's artistic rendering of a pair of scissors she just showed me. I wonder what her teacher thought about it?

But I am so damn proud of myself . I allowed myself just a small smirk when I saw it. I waited until she was out of my room before I started to cry from laughing so hard.


Apa persepsi pertama lu orang bila tengok gambar di atas??

Inilah yang gua maksudkan tentang betapa anak-anak zaman ini sudah sama taraf pemikirannya dengan orang dewasa.. tapi gua amat yakin, anak-anak berusia 5/6 tahun ini tiada niat langsung sebagaimana yang kita lihat.. di gambaran matanya, ini adalah GUNTING.. tapi di mata kita?? apa pun, anak-anak zaman ini sungguh bertuah dan canggih.. jauh bezanya dengan kita.. ibu bapa lah penunjuk arah anak-anak.. kalau jalannya lurus, maka luruslah yang diikut anak-anak.. begitu juga sebaliknya..


ayat|tambah: pertama kali gua tengok gambar nih, adalah sebagaimana persepsi lu orang.. bukan salah gua.. tapi salah gambar!


Sunday, July 26, 2009

Awex punya suara

Hari nih gua ada appointment nak bawak awex gua buat medical checkup services.. awex gua nih dua tiga menjak nih banyak buat hal.. kadang-kadang gua hangin gak.. tapi yang tak bestnya, awex gua lepas nih dah tak bersuara untuk sebulan.. ah, bapak.. kegersanganlah gua macam nih.. takdapat lagi nak menyanyi bersama dan mendengar kelunakan suara beliao.. ya.. GERSANG.. dah la bulan 8 nih gua ada jemputan kenduri kawen kat Yong Peng.. masaklah gua pegi Yong Peng penoh kegersangan, kesunyian..


Apa nak jadi? Gua tak buleh lah kalao tak dengar suara beliao.. nanti gua jadi buhsan.. macamana? Sapa nak cover kebuhsanan gua nih.. aiseh..


Baik punya gua usha kaklong kat tempat awex gua buat medical checkup services.. gua usha mintak cepat siket, harem.. sebulan gak.. aiseh.. letih lah gua cenggini.. nak taknak lepas nih gua kena usha awex bapak gua la.. jadi 'bapak-bapak' la gua kalao gua usha awex bapak gua.. konpem takdanya awek-awek cun kat UTM nak pandang gua.. jangan kata pandang, dari jaoh nampak awex bapak gua konpem beliao menutup muka beliao semua seperti malu-malu hanjing bila mana gua bersama awex bapak gua berlalu di hadapan, di belakang mahupun di sebelah beliao.. haduih.. mintak nyawa.. mintak nyawa.. mintak awek..


Nih gua kongsi suara awex gua yang tetiba jadi hancusss... gua dah taktao nak kata gua tone deaf, gua rasa gua masih buleh mendengar dengan jelas.. nak kata pitching lari, gua taknampak plak beliao mencicit berlari-lari anak mahupun memecut.. entah.. mana silapnya entah..


Tengok, suara awex gua dah kena cilok.. melopong je.. huish.. buhsan.. buhsan.. ada yang nak bagi pinjam awex beliao?? gua berbesar hati untuk menerimanya...


Nih pitching entah lari mana entah.. puas gua geledah cari, tak jumpa gak pitching beliao.. lotih telinga gua nak mendengarnya.. tak dapat dengar sora Fafau.. sob.. sob.. sori Fafau, gua tak dapat dengar sora lu!


ayat|tambah: budak ini plak telah membakar line dengan memberitahu bahawa awex beliao telah mempunya suara baru! harem..!!!

Thursday, July 23, 2009

Gua berevolusi

Semalam gua jumpa ex-classmate gua.. dalam sejarah.. haha.. gua pon taktao macamana gua buleh terjebak jumpa beliao.. mungkin sebab beliao ex-classmate gua.. atau mungkin juga beliao adalah bekas awek kepada member baek gua.. haha.. whatever.. semalam memang sejarah..


Lepas konvo, gua takda jumpa lagi beliao.. barulah dua tiga bulan lately, beliao SMS gua.. dari situ mula balek perhubungan sebagai kawan sekelas.. dan tup-tup beliao mengajak untuk berjumpa gua kerana kebetulan beliao berkursus kat JB nih.. gua rilek je.. gua terus kata boleh je kalao nak jumpa.. mungkin dalam pikiran gua, gua rilek je sebab sebelum nih masa study dulu pon kitorang selalu hang-out sama sama dengan balak beliao.. cuma kurang mesra dan TAK macam malam tadi.. huh, gua dengan beliao seolah-olah memang betol betol berkawan baik..


Dari situ gua dah nampak.. gua sedang berevolusi daripada seorang pemalu kepada yang 'kurang' pemalu.. haha.. gua dah kata, 'gua hari ini bukan lagi gua dulu'... terimas..


Dalam pertemuan malam tadi, macam-macam topik diborakkan dari zaman cintan-cintun beliao hingga kepada kerjaya terkini beliao.. dan gua pon tak terlepas borak-borak sikit sikit pasal kesah hidop gua.. dan sampai satu tahap, gua membisu.. sama gak dengan beliao.. gua sendiri dah tak tao nak borak pasal apa.. gua lost sekejap.. untuk cover ke'lost'an gua, gua cuba bukak topik.. dan seperti biasa, bila dah abes topik tuh gua lost lagi.. haha.. inilah gua.. lost dan blur je selalu bila 'berdua' dengan awek..


Gua sangat gembira berjumpa beliao malam tadi.. walaupun last minute beliao memberitahu beliao ada di JB.. gua bajet nak bawak pegi makan-makan kat Anjung Warisan, tapi tutup plak.. lastly, gua bawak ke tempat yang biasa beliao pegi dulu masa bercintan.. Danga Bay.. melepak lah kat sana sekejap.. jadilah.. bawak kawan-kawan pusing town..


Memang gua tak sangka apa yang telah gua buat malam tadi.. keluar 'berdua' dengan awek.. dah lama gua tak buat.. haha..



ayat|tambah: beliao menjadi Perempuan asing yang PERTAMA selain family gua yang merasa duduk dalam awex putih gua.. abes keta gua.. dah tak suci lagi.. hahaha..

Wednesday, July 22, 2009

Cakap cakap

Gua berani cakap belakang je kalao citer bab awek nih..


Setakat nak berdepan dengan awek, apa ada hal.. gua berani je..


Borak-borak SMS, YM, gua tak heran nak kata gua berani jumpa awek..


Itu cakap belakang..

Bila realitinya, bila awek nak jumpa.. berderau darah gua.. tak semena-mena aliran darah gua memecut ke jantung terus menyelit dalam otak gua.. otak gua tepu.. oksigen.. oksigen..


Gua kantol! Nak-taknak, gua kena jumpa gak.. tunjuk 'kelelakian' gua terhadap awek.. tekadkan hati.. gua kena jumpa gak.. bila lagi??

Lajak

Dalam racing apa pun, tak kira halal-haram, 'lajak' itu penting.. Lajak itu penentu kemenangan dalam perlumbaan..


Itu pemikiran gua lebih 10 taon lepas masa gua muda remaja menyertai kempen lumba haram aka rempit.. zaman 10 taon lepas, gua masih muda mudi dan belom kenal erti motosikal.. keharaman lumba yang gua join adalah basikal.. secara rasminya, gua tak join lumba haram tersebut.. gua cuma amek port je apa yang perlu untuk memenangi sebarang perlumbaan haram tersebut..


Lajak..


Faktor yang perlu ada..


Kat opis tadi, gua telah melalui situasi lajak.. balek dari servis dalam lingkungan jam 5 petang, gua terus melekat depan monitor.. sambung edisi 'Bleach Marathon' yang dah lama gua tinggalkan.. gua kena pick-up balek episod-episod yang gua missed..


Gua tak sedar.. bila gua sedar, dah pukul 6 lebih.. SIAK! Gua terlajak..!


Rupanya, Bleach yang tengok gua.. gua tertido dan terlajak.. malangnya..

Monday, July 20, 2009

Silam

Gua ada banyak kisah silam..


Banyak kisah silam gua yang sad ending diketahui oleh ramai member gua pasal gua nih celupar sket suka citer-citer kisah hidop gua kat member-member dengan tujuan member-member buleh lah nak menjadi pendengar kepada masalah gua..


Yang menjadi masalah, gua tak suka bilamana gua dah kata gua tak suka.. ada plak member yang jadi batu api membahan gua hingga membawak kepada family beliao.. sampai ke hari ini, badi kisah silam gua menjadi igauan mereka sekeluarga.. pantang nampak kelibat gua, siket-siket bukak citer kisah silam gua.. dan terang-terang gua dah warning si member, jangan diungkit benda nih.. eh, dia buat jugak..!


Yang paling sadis, kadang-kadang nampak macam dia nak bagi nasihat atau pandangan kat gua.. uh, gua buleh dengar dan mungkin terima.. tapi, still membahan gua! Kadang-kadang gua rasa, baik gua idop macam katak bawah tempurung.. lagi elok rasanya...


Gua plak rilek je.. gua banyak cover line.. gua taknak kena bahan walaupun gua tak kesah dibahan member-member.. gua cuma tak tahan bila kena bahan dengan orang tua! Gua bengang.. saket jiwa gua.. tu pasal blog gua nih dinamakan 'Kecelaruan Jiwa yang Kacau Bilau'..


And for that reason, even I have any serious relation to any girl right now, surely there is no one will find out about that.. bukan apa, kalao terjadi lagi sad ending, for sure gua kena bahan seumur hidup mereka.. buleh gila gua dibuatnya... Bukan takat dibahan antara members of their family, badinya siap membawak ke family gua.. naseb family gua memahami gua.. so, kurang sket tekanannya..


Kepada yang terasa, gua nak buat macamana..? Sinilah tempat gua nak mencurah rasa, kalao terbaca, gua lagi suka.. tak payah gua nak ngabeskan air liur gua warning sana sini.. penat.. letih.. jiwa gua sengsara.. lu apa tau! sedap berkepit sana, berkepit sini.. siket2 nak bakar line, petik kisah silam gua.. isk, ikot naluri lelaki gua, dah lama gua daftar masuk ICU untuk yang terasa.. panas beb.. panass....



ayat|tambah: artikel nih memang gua mencurah rasa panas gua..! FUCK!

Sunday, July 19, 2009

Kecelaruan Jiwa Yang Kacau Bilau

Sejak dua tiga menjak nih, gua berperasaan tak berapa nak meriah mengisi blog nih.. entah, gua rasa macam gua malas je..


Lagipon, kat opis gua penoh dengan pekerjaan di samping mengusha awek-awek student yang sumbong-sumbong melaka.. uh, belaka.. mahapkan saya...


Life gua dua tiga menjak nih pon macam kurang teratur.. nak pegi keja pon, kena tunggu mak gua gerakkan gua dari tidor.. gua pon taktao apa kena dengan gua.. hidop gua macam kosong je.. tapi, saban hari waktu bekerja, hidop gua tak berapa nak kosong lah pasal gua menyibukkan diri menyelesaikan pelbagai keja-keja tertangguh yang selama nih gua sengaja takmo buat.. bukan apa, gua MALAS..


Lately, kehidupan gua pon kurang atau langsung tidak dikelilingi oleh member-member.. gua pon taktao, samada gua yang mengelak diri atau diri gua yang mengelak.. entah, kalao tak elak kang kena plak.. baek elak.. hoh..


Coming soon, ex-classmates gua nak kawen.. bulan 8 nih kot.. huh, kurang lagi sorang member bujang.. haha.. apa buleh buat, dah seruan.. gua punya seru je belom sampai-sampai lagi.. traffic jammed agaknya.. tu yang sampai lambat.. takpa, pelan-pelan kayuh, biar lambat asal selamat..


Semalam gua ada la berborak dengan one of member baek gua.. dah lama gua tak borak panjang.. ada la dalam sejam lebeh bergayut.. huh, macam bergayut dengan awek.. muahaha.. lama betol tak mengumpat di talian.. semalam macam-macam citer yang diborakkan.. berbual atas talian nih memang tak memuaskan, nak kena berdepan jugak.. takpa, bulan 8 nih buleh jumpa sebab sama2 attend kenduri member kawen.. hoh.. antara topik yang ditanya kepada gua adalah 'awek'.. haha, sori bro.. gua memang takda awek.. nak cari awek memang tak susah pasal kat UTM tuh berlambak awek.. cuma nak dapat itu adalah sesuatu yang MUSTAHIL buat diri gua.. haha, gua rasa kalao lu keja sini konpem lu berlendir je hari-hari..


Gua masih taknak berpikir soal nak ada awek.. kehidupan gua sendiri tak teratur, takkan gua sibuk-sibuk nak tambah ketidak-teraturan hidop gua dengan 'membela' sekor awek.. gua rasa gua taknak ada awek, gua cuma nak ada kekasih.. haha, bahasa sopan siket.. bak kata member gua, 'awek' nih macam bersepah kat tepi jalan.. tapi 'kekasih' nih tak, sopan je bunyiknya..


Gua nak nasihatkan kepada yang berpasangan dan yakin nak bawak naik pelamin, tukarlah status 'awek' lu orang kepada 'kekasih'.. lagi besh je bunyiknya.. tak rasa macam pelacur sangat.. muahaha.. jangan marah..! gua tak takot pon kalao lu marah.. apa ada hal..


Ok, gua rasa gua nak rilek dulu.. gua masih penat lagi dari membuat keja-keja rumah.. gua sekarang dah macam 'housewife'.. basuh baju, kemas bilik, basuh motor dengan kereta pon gua kena buat.. op kos la.. dah gua yang guna, takkan gua nak suruh ketua kampong gua plak tolong basuhkan.. adei..


Challow betey...

Thursday, July 16, 2009

Serba sakit

Dah lama gua tak kerah anggota tubuh badan gua terhadap aktiviti yang hardcore..


Semalam join main futsal..


Hari ini suma sakit-sakit..



ayat|tambah: gua tak sempat stretching, budak2 panggil suruh main.. harem.. patotlah gua sengsara nih..