Sekarang kecoh pasal sorang wanita muslim yang akan dihukum sebat maksimum ENAM sebatan dan denda RM5k berikutan tertangkapnya beliao akibat meminum arak beberapa tahun lalu..
Gua respek dengan hukuman yang dijatuhkan.. tapi timbul plak beberapa spekulasi yang buat gua nak menghentam beberapa pihak berikutan spekulasi yang ditimbulkan..
Pertama:
Wanita terbabit serta keluarganya KECOH macam ayam bertelor.. konpem rakyat Malaysia dah tau engko salah dan dijatuhkan hukuman.. OK, itu satu hal.. yang tak bestnya, engko kecoh satu Malaysia yang engko tak kesah kena sebat.. itu pon OK.. menunjukkan engko nih prihatin dan nak mengajak umat Islam yang lain sedar dan bertaubat serta insaf.. itu bagus.. yang tak berapa cantiknya, bila tiap-tiap hari engko kecoh kat media pasal hukuman sebat engko itu.. mungkin gak bukan salah engko, salah media.. sibuk nak besar-besarkan cerita.. kecoh betol.. dah macam mintak simpati lah pulak..
Kononnya plak engko dah taubat serta insaf.. tapi masih nampak lagi taubat dan insaf engko itu nipis.. buktinya, bila buat press conference engko buat statement pasal rela/redha terima hukuman tersebut tapi engko tak tunjuk plak yang engko nih betol-betol insaf.. kenapa gua kata cenggitu? pasal engko masih tak menutup AURAT untuk membuktikan engko dah insaf serta bertaubat.. entahlah.. mungkin engko 'TER'Lupa kot..
Kedua:
Kecoh plak ada pihak-pihak tertentu menyeru engko untuk buat rayuan.. apa relevannya?? Itu hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Mahkamah Syariah.. mana pegi rasional engkorang yang menasihatkan wanita terbabit untuk buat rayuan?? naseb lah cik puan itu taknak buat rayuan.. eh, kalao begitu mudah kena hukuman lepas tuh buat rayuan, makin ramailah manusia beragama Islam nih minum arak, kena tangkap, jatuh hukum je buleh mintak rayuan..
Eh, engkorang dah giler ke nak main-main hukum nih?? buang tabiat?? memanglah hukuman tuh nampak kejam, tapi itu hakikatnya!! Kalao tau takut kena hukum, jangan buat!! dah termaktub dalam al-Quran benda itu HARAM!!
Nabi pon dah bersabda, "Yang HARAM itu jelas dan yang HALAL itu juga jelas"..
Pikir-pikirkan dan selamat beramal~
Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard
Tuesday, August 25, 2009
Sebat: Rayuan???
Thursday, August 20, 2009
Ahlan Ramadhan
Tak berapa lama saja lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubaraq.. moga kehadirannya kita sambut dengan penuh kesyukuran.. semoga ibadah kita di dalamnya diterima oleh ALLAH SWT..
Dengan ini, gua ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubaraq kepada semua umat Islam yang skodeng ke dalam blog gua ini.. tunaikan ibadah puasa dengan penuh tawadduq dan rendah diri serta ikhlas..
Saturday, August 8, 2009
1M: Dunia didahulukan, Dosa dihimpunkan
Malam nih malam ke-empat kalao tak silap gua berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran ke-51 peringkat antarabangsa di Dewan Merdeka, PWTC.
Dah empat malam berlangsung, baru malam nih gua pree nak menonton.. malam-malam lain, gua bizi siket dengan perihal keduniaan.
Pada malam nih gak, berlangsungnya majlis Festival Filem Malaysia ke-22 kalao tak silap gua. Hah.. tuh dia.. agak-agak lu orang, mana satu majlis menjadi perhatian umum?
Kalao lu orang berkesempatan menonton tilawah Al-Quran malam nih, lu orang musti ada perasan kerusi-kerusi untuk VIP dari kiri ke kanan membawak dari kanan ke kiri KOSONG! Mana perginya para menteri, yang berhormat dan lain-lain?? Dan kalao lu orang berkesempatan menonton FFM, musti lu orang perasan betapa ramai VVIP yang dok menangok nengok punggung artis bergelek, kulit artis yang terdedah dan lain-lain.. (sori, gua tak tengok FFM)
Nih yang gua sangat heran.. kalao majlis penyucian kerohanian, KOSONG je gamaknya.. tapi kalao majlis keduniaan, fuhh.. berpusu-pusu, bersesak-sesak orang datang.. apa salahnya sekali sekala luangkan masa ke majlis tilawah nih.. tak membaca, walau mendengar sahaja bacaan ayat suci Al-Quran dah dapat pahala.. nih, pegi ke majlis macam FFM nih gua rasa nawaitu je dah membawak ke dosa.. mana taknya, dengan manusia yang berpakaian macam tak berpakaian.. bergesel-gesel antara bukan mahram.. tergelak-gelak sakan atas pentas, terkinja-kinja.. isk.. tak pahey betol gua..
Nih yang gua dapat tafsirkan sebagai 1 M*******: Dunia didahulukan, dosa dihimpunkan.. nihlah orang kita.. orang melayu..
ayat|tambah: TAHNIAH, selamat pengantin baru kepada sahabat gua yang dah bergelar Puan Zarina Binti Abdullah dengan pasangannya Encik Hisyam yang selamat melangsungkan perkahwinannya pada hari ini.. moga bertambah zuriat cucu cicit Adam atas muka bumi nih..
Sunday, July 19, 2009
27 Rejab - Isra' Mikraj

Petikan teks khutbah Jumaat dari JAKIM: - terjemahan Jawi kepada Rumi
Rahsia Kebersihan Jiwa dalam Isra' Mikraj
Sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH SWT,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan tuan para jemaah sekalian, marilah sama sama kita bertaqwa kepada ALLAH SWT dengan sebenar benar taqwa iaitu melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Mudah mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk, 'Rahsia Kebersihan Jiwa dalam Isra' Mikraj'.
Muslimin yang dirahmati ALLAH SWT,
Menurut sebahagian ulamak, peristiwa Isra' Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah SAW bagi memenuhi jemputan ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Isra', ayat 1: (maksudnya)
"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Bagaimanapun sebelum berlaku Isra' Mikraj, Rasulullah SAW menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril untuk membersih hati daripada ketulan hitam bernama 'Alaqah' iaitu tempat syaitan membisikan was-wasnya dan dimasukkan himah, ilmu dan iman. Selepas itu ALLAH SWT mengatur program kerohanian untuk Rasulullah SAW iaitu program Isra' Mikraj mengadap ALLAH SWT dalam tempoh satu malam sahaja.
Perjalanan suci Rasulullah SAW ini melibatkan beberapa amalan luar biasa iaitu perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin, Rasulullah SAW menjadi imam solat kepada rasul rasul sedangkan mereka itu telah lama meninggal dunia, dan mengadap ALLAH SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu secara berhadapan terus dengan ALLAH SWT.
Perjalanan yang melibatkan dua masjid tertua di dunia dan paling suci dalam Islam menjadi petanda betapa hubungan akrab Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa berkaitan peristiwa kiblat dan pusat gerakan rasul rasul terdahulu menegakkan syiar Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjadi imam kepada beberapa nabi dalam suasana alam kerohanian itu dan bersalaman satu sama lain menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama ALLAH SWT.
Pertemuan Rasulullah SAW dengan ALLAH SWT di Sidaratul Muntaha dalam suasana alam kerohanian itu tanpa ditemani Malaikat Jibril, adalah pertemuan kemuncak sebagai penghargaan dan perhormatan ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang menyempurnakan Islam sebagai agama global untuk manusia.
Muslimin yang dirahmati ALLAH SWT,
Salah satu pengajaran penting dalam peristiwa Isra' Mikraj ialah persediaan teliti Rasulullah SAW dalam penyucian hati atau kalbu. Proses penyucian kalbu ini akan mengukuhkan kepercayaan kita bahawa dalam pertemuan dengan ALLAH SWT, seseorang dituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji. Justeru dengan jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketaqwaan, maka akan beroleh kemudahan untuk berkomunikasi secara khusyuk dengan ALLAH SWT dan membawa hasil yang menguntungkan.
Kebersihan dan penyucuan hati amat penting dalam membentuk keperibadian manusia. Pakaian yang bersih apabila kita pakai akan menjadi kotor. Semakin lama kita pakai, maka semakin kotor pakaian kita. Cuba bayangkan bagaimana rupa dan baunya jika pakaian itu tidak dibasuh. Demikian juga dengan tubuh badan kita. Semakin hari semakin kotor, berbau busuk dan terdedah kepada pelbagai penyakit jika kita tidak mandi dan membersihkannya dengan sempurna.
Begitu jugalah hati atau kalbu kita atau kalbu manusia. Setiap manusia tanpa mengira kedudukan pangkat dan keturunan ketika dilahirkan adalah dalam keadaan bersih, tetapi kedua ibu bapalah yang akan menentukan nasib agama anaknya".
Bagaimanapun, manusia ini mempunyai sifat kelemahannya. Manusia menginginkan pangkat, kedudukan, kemuliaan, penghormatan, kekayaan dan kesenangan. Dalam keadaan sedar memenuhi keperluan hidup itu, maka manusia kadangkala yang berat lagi bertabiat pula melakukan dosa kecil atau besar. Dosa ini akan menjadi titik hitam dalam kalbunya. Semakin banyak kesalahan maka semakin tebal titik hitam dalam kalbu manusia. Kelemahan dan kegagalan manusia menyelenggara dan meningkatkan prestasi penyucian kalbu telah menjerumuskan individu atau keluarga dalam perbuatan yang bercanggah dengan hukum ALLAH SWT dan hak asasi manusia.
Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara kita membaiki, menyelenggara dan meningkatkan prestasi kalbu kita supaya kalbu kita terus selari dengan akidah, akhlak dan syariah Islam?. Mimbar ingin mengingatkan bahawa ketahuilah kalbu kita adalah pusat kesedaran, pusat penggerak setiap gerak geri kaki tangan, mulut, mata, fikiran dan pancaindera kita. Alangkah indahnya pergaulan antara manusia dalam masyarakat apabila rata rata manusia yang hidup dalam masyarakat mempunyai hati yang putih bersih kerana dapat menjamin masyarakat hidup dengan aman dan damai.
Selari dengan sunnah Rasulullah SAW, maka dengan rasa tanggungjawab mimbar menyeru wahai jemaah sekalian, walaupun dalam keadaan sibuk sekalipun dengan urusan dunia, sediakanlah dalam masa masa tertentu untuk menginsafi, bertaubat dan meminta ampun kepada ALLAH SWT. Sediakan waktu waktu tertentu untuk mengingati ALLAH SWT memuji dan membesarkan ALLAH SWT, mensucikan ALLAH SWT agak kalbu dan jiwa saudara dan jemaah sekalian menjadi kembali bersih.
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru marilah kita melipat gandakan penyucian diri dan beribadahlah menyembah ALLAH SWT dnegan penuh berkualiti dalam menunaikan solat, berzakat, menunaikan puasa, haji, melaksanakan ibadah sunat yang lain serta sentiasa bertaubat kepada ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT: (maksudnya)
"BAcalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati ALLAH SWT adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) ALLAH SWT mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (surah al-Ankabut:45)
sumber: e-khutbah
ayat|tambah: banyak perubahan tulisan jawi hari ini dengan masa gua sekolah agama dulu.. perit gak gua nak translate.. huh..
Monday, June 22, 2009
SILA HAYATI
Gua bukan baik pon. Solat pon selalu missed.. tapi gua cuba yang terbaik dan berusaha kepada yang TERBAIK..
Di sini gua nak berkongsi dengan lu orang suma satu klip video yang gua tonton dari blog makcik ini dan sedikit sebanyak buat jiwa gua tersentuh.. SERIUS! Gua tak tipu..
Sila tonton dan HAYATI!
Masih ada insan yang sungguh khusyuk, tawaddu', taqwa kepada ALLAH.. gua kagum dengan sheikh ini..
ayat|tambah: walau gua selalu missed solat, at least dalam sehari gua PASTI akan mengerjakan dua waktu solat! serius.. sama-sama kita tingkatkan amal ibadah yer!
Friday, May 29, 2009
Patotlah Solat Jumaat
Tadi lepas solat Jumaat - bukan tadi je, sebelum sebelum nih pun sama.. gua peratikan, pak arab kat UTM nih lepas solat je terus kerumun jumpa kaum kerabat diorang..senyum senyum, salam salam..borak borak..kat luar masjid..
huh..
Bagusnya..patotlah ada solat Jumaat..mengeratkan silaturrahim sesama saudara seIslam selain beribadat..
Tak macam orang Melayu..abes je solat, suma bertebar keluar..bukan nak cari saudara seIslam, salam salam..borak borak..
Masing masing nak berkejar balek opis.."abes waktu rehat, nanti tak sempat makan.." katanya..
Ah, buat apa nak jumpa pun kan..dah selalu jumpa..dah naik jelak nengok muka masing masing..siap doa jangan jumpa lagi kot..haha..
Tapi, yang kurangnya aku tgk pak Arab nih, lepas solat terus blah..takdanya nak tunggu imam habes baca doa..isk...bagusnya plak orang Melayu, abes solat tunggu sampai abes baca doa..baru blah...
Apa apa pun, solat Jumaat itu WAJIB ye kengkawan..

