
Gua nak ucap..
Selamat menyambut hari KEMERDEKAAN Malaysia yang ke-52 tahun yang genap pada 31 OGOS.
Dah 52 tahun negara kita merdeka. Walaupun gua nih anak Malaysia pasca-merdeka, tapi gua tetap taknak Malaysia kembali dijajah. Kekalkan kemerdekaan kita! Intergritikan perpaduan antara kita, pertahankan perjuangan atok dan nenek kita!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard
Monday, August 31, 2009
Masih MERDEKA
Wednesday, August 12, 2009
5 hari
Mulai esok, gua akan menghilangkan diri gua dengan paksa-rela..
Gua akan dikuarantin selama 5 hari.. bukan sebab gua terjebak penyakit hini (H1N1), tapi gua terjebak dalam program BanTuaN Biro TataNegara (BTN) di Pontian..
Mulai esok gak, komunikasi gua dengan dunia luar akan disekat sebab henset akan dirampas sementara bagi mengelakkan sebarang hubungan luar tabii dengan dunia luar.. memang konpem kebosanan gua nanti.. 5 HARI tau!!
Tapi best gak, dapat jumpa balek batch induksi tahun lepas.. huh, rindu nak membahan.. haha..
Ok, harap lu orang takkan merindui gua.. eh, lu orang akan rindu sama gua ke? tak kan??? gua bukannya sapa-sapa dalam hidop lu orang.. gua sendiri bukan sapa-sapa dalam hidop gua.. harap takda yang nak merindu gua sampai membunuh cacing kerawit dalam tubuh masing-masing.. harap bersabar selama 5 hari saja.. itupon kalao gua ada mood lah nak sambung balek membahan dalam blog nih.. mana lah tau kan, tetiba plak gua jadi seorang warganegara yang skematik plak nanti abes program nih.. mematuhi undang-undang negara sambil keluar mengundi.. ye tak..?? heh..
Ok, gua nak kemas baju-seluar gua.. dah lah gua kena kembur balek baju sekolah gua semata-mata atas arahan memakai kemeja putih lengan pendek.. harem! baju sekolah gua pon dah kunen.. naseb muat lagi.. maklomlah, gua nih comey.. ok.. da..da..



ayat|tambah: HORATIO CAINE tak mati!! gua dah agak, musti ada konspirasi bising internasional.. ceh..
Tuesday, August 11, 2009
Bukan maksud gua
Kadang-kadang.. tapi jarang-jarang..
Kadang-kadang, tapi jarang-jarang orang tinggalkan mesej kat Y!M gua bila diorang jalan-jalan atau 'ter'jalan-jalan dalam blog gua..
Bilamana gua pree, takda plak yang meninggalkan dunia mesej atau private message dalam Y!M gua.. tapi, selalu kalao gua idle konpem ada je yang meninggalkan mesej mintak bantuan dsb..
Bukan maksud/niat gua tak melayan lu.. tapi kenyataannya bilamana status gua kat PingBox tuh bertukar menjadi idle, maksudnya memang betol-betol gua takda kat PC.. sebabnya? samada gua membuang masa gua depan TV atau gua memanfaatkan waktu gua dalam tandas atau gua mencuri masa menikmati udara segar di laman rumah sambil menghisap rokok atau memang gua takda kat rumah apatah lagi depan PC..
Jadi, kalao lu tinggalkan sebarang mesej dan gua langsung tak membalasnya bermakna gua memang takda depan PC dengan melakukan aktiviti-aktiviti contoh di atas.. dan kalao status gua tuh tak pulak menunjukkan gua sedang idle, mungkin gua sedang beraksi di padang bola dalam game FIFA 2007 (jadahnya.. orang dah main FIFA 2010 kot..- muahaha)..
Harap lu orang mengerti.. gua tak berniat taknak layan lu orang.. gua suka nak berkawan tetapi perempuan diUTAMAkan! hahaa.. sori, naluri lelaki gua tak dapat dielakkan..
ayat|tambah: gua selalu online lepas maghrib sampai kadang-kadang tengah malam.. bergantung mood..
Sunday, July 26, 2009
Personaliti mengikut Zodiak
Haiwan & Zodiak
Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!
KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November
TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos
ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember
SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November
MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember
PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober
MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember
HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober
ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.
KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.
MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.
HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.
TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.
SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.
PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.
MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.
MENGENALI LELAKI MELALUI ZODIAK
Leo (24 Julai - 23 Ogos) Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu). Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo. WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif!
Virgo (24 Ogos - 23 September) Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk) WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober) Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem
Scorpio ( 24 Oktober - 23 November) Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain. WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning)
Sagitarius ( 23 November - 21 December) Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan... WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.
Capricon ( 22 December - 20 Januari) Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...
Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari) Orang Nya: Pijak semut tak mati.. Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu
Pisces (20 Februari - 20 Mac) Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Tips utk memikat: Kasi jer belacan... WARNING: Diorang tak suka macam belacan!
Aries (21 Mac - 20 April) Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent, Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.
Taurus (21 April - 21 Mei) Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri... Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u.. WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...
Gemini (22 Mei - 21 Jun) Orang nya: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nya Tipa utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua. WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.
Cancer ( 22 Jun - 23 Julai) Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya) Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas. WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...
kredit: nasihat317
ayat|tambah: seperti biasa ramalannya hampir/memang mengena.. tapi gua tak percaya ramalan untuk orang lain.. gua agak percaya dengan ramalan untuk gua, sebab memang mengena!
Sunday, July 19, 2009
27 Rejab - Isra' Mikraj

Petikan teks khutbah Jumaat dari JAKIM: - terjemahan Jawi kepada Rumi
Rahsia Kebersihan Jiwa dalam Isra' Mikraj
Sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH SWT,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan tuan para jemaah sekalian, marilah sama sama kita bertaqwa kepada ALLAH SWT dengan sebenar benar taqwa iaitu melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Mudah mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk, 'Rahsia Kebersihan Jiwa dalam Isra' Mikraj'.
Muslimin yang dirahmati ALLAH SWT,
Menurut sebahagian ulamak, peristiwa Isra' Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah SAW bagi memenuhi jemputan ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Isra', ayat 1: (maksudnya)
"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Bagaimanapun sebelum berlaku Isra' Mikraj, Rasulullah SAW menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril untuk membersih hati daripada ketulan hitam bernama 'Alaqah' iaitu tempat syaitan membisikan was-wasnya dan dimasukkan himah, ilmu dan iman. Selepas itu ALLAH SWT mengatur program kerohanian untuk Rasulullah SAW iaitu program Isra' Mikraj mengadap ALLAH SWT dalam tempoh satu malam sahaja.
Perjalanan suci Rasulullah SAW ini melibatkan beberapa amalan luar biasa iaitu perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin, Rasulullah SAW menjadi imam solat kepada rasul rasul sedangkan mereka itu telah lama meninggal dunia, dan mengadap ALLAH SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu secara berhadapan terus dengan ALLAH SWT.
Perjalanan yang melibatkan dua masjid tertua di dunia dan paling suci dalam Islam menjadi petanda betapa hubungan akrab Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa berkaitan peristiwa kiblat dan pusat gerakan rasul rasul terdahulu menegakkan syiar Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjadi imam kepada beberapa nabi dalam suasana alam kerohanian itu dan bersalaman satu sama lain menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama ALLAH SWT.
Pertemuan Rasulullah SAW dengan ALLAH SWT di Sidaratul Muntaha dalam suasana alam kerohanian itu tanpa ditemani Malaikat Jibril, adalah pertemuan kemuncak sebagai penghargaan dan perhormatan ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang menyempurnakan Islam sebagai agama global untuk manusia.
Muslimin yang dirahmati ALLAH SWT,
Salah satu pengajaran penting dalam peristiwa Isra' Mikraj ialah persediaan teliti Rasulullah SAW dalam penyucian hati atau kalbu. Proses penyucian kalbu ini akan mengukuhkan kepercayaan kita bahawa dalam pertemuan dengan ALLAH SWT, seseorang dituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji. Justeru dengan jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketaqwaan, maka akan beroleh kemudahan untuk berkomunikasi secara khusyuk dengan ALLAH SWT dan membawa hasil yang menguntungkan.
Kebersihan dan penyucuan hati amat penting dalam membentuk keperibadian manusia. Pakaian yang bersih apabila kita pakai akan menjadi kotor. Semakin lama kita pakai, maka semakin kotor pakaian kita. Cuba bayangkan bagaimana rupa dan baunya jika pakaian itu tidak dibasuh. Demikian juga dengan tubuh badan kita. Semakin hari semakin kotor, berbau busuk dan terdedah kepada pelbagai penyakit jika kita tidak mandi dan membersihkannya dengan sempurna.
Begitu jugalah hati atau kalbu kita atau kalbu manusia. Setiap manusia tanpa mengira kedudukan pangkat dan keturunan ketika dilahirkan adalah dalam keadaan bersih, tetapi kedua ibu bapalah yang akan menentukan nasib agama anaknya".
Bagaimanapun, manusia ini mempunyai sifat kelemahannya. Manusia menginginkan pangkat, kedudukan, kemuliaan, penghormatan, kekayaan dan kesenangan. Dalam keadaan sedar memenuhi keperluan hidup itu, maka manusia kadangkala yang berat lagi bertabiat pula melakukan dosa kecil atau besar. Dosa ini akan menjadi titik hitam dalam kalbunya. Semakin banyak kesalahan maka semakin tebal titik hitam dalam kalbu manusia. Kelemahan dan kegagalan manusia menyelenggara dan meningkatkan prestasi penyucian kalbu telah menjerumuskan individu atau keluarga dalam perbuatan yang bercanggah dengan hukum ALLAH SWT dan hak asasi manusia.
Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara kita membaiki, menyelenggara dan meningkatkan prestasi kalbu kita supaya kalbu kita terus selari dengan akidah, akhlak dan syariah Islam?. Mimbar ingin mengingatkan bahawa ketahuilah kalbu kita adalah pusat kesedaran, pusat penggerak setiap gerak geri kaki tangan, mulut, mata, fikiran dan pancaindera kita. Alangkah indahnya pergaulan antara manusia dalam masyarakat apabila rata rata manusia yang hidup dalam masyarakat mempunyai hati yang putih bersih kerana dapat menjamin masyarakat hidup dengan aman dan damai.
Selari dengan sunnah Rasulullah SAW, maka dengan rasa tanggungjawab mimbar menyeru wahai jemaah sekalian, walaupun dalam keadaan sibuk sekalipun dengan urusan dunia, sediakanlah dalam masa masa tertentu untuk menginsafi, bertaubat dan meminta ampun kepada ALLAH SWT. Sediakan waktu waktu tertentu untuk mengingati ALLAH SWT memuji dan membesarkan ALLAH SWT, mensucikan ALLAH SWT agak kalbu dan jiwa saudara dan jemaah sekalian menjadi kembali bersih.
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru marilah kita melipat gandakan penyucian diri dan beribadahlah menyembah ALLAH SWT dnegan penuh berkualiti dalam menunaikan solat, berzakat, menunaikan puasa, haji, melaksanakan ibadah sunat yang lain serta sentiasa bertaubat kepada ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT: (maksudnya)
"BAcalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati ALLAH SWT adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) ALLAH SWT mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (surah al-Ankabut:45)
sumber: e-khutbah
ayat|tambah: banyak perubahan tulisan jawi hari ini dengan masa gua sekolah agama dulu.. perit gak gua nak translate.. huh..
Friday, July 17, 2009
Cari Duit
Untuk makluman sedara sedari yang berminat.. gua tak paksa, sapa nak cuba, sila klik
Salam... Senario menambah pendapatan secara online kini sebenarnya suatu cara terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kewangan mereka. Mungkin ramai diluar sana ingin menambahkan pendapatan sampingan tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Di sini aku ingin kongsikan bersama melalui pengalaman pertama aku dalam menyertai program KuasaRM untuk menambahkan pendapatan.Dengan hanya bermodalkan RM20, Alhamdulillah di hari pertama sahaja aku mendapat pulangan sebanyak RM80, dan Insyallah ianya akan terus bertambah sehingga ke hari ini. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana wang tersebut boleh digandakan dengan sedemikian. Untuk makluman program ini bukan program MLM, Menjual Produk, atau sebagainya. Program ini merupakan;
SISTEM KUASARM YANG MUDAH DAN SENANG
MODAL YANG RENDAH RM 20
100% KEUNTUNGAN MILIK ANDA
TIDAK BANK IN KEPADA ADMIN
TIADA CAS PENGELUARAN
HANYA DENGAN KONSEP PROMOSI LINK ANDA
Untuk menjadi ahli, modal RM20 diperlukan, dan setelah menjadi ahli anda akan mendapat 17 ebook percuma seperti dibawah.
1. Cara Buat Ebook
2. Panduan Biz Internet
3. Software pencari email
4. Software bulk email sender
5. Senarai Email List
6. Cara Format Komputer
7. Panduan Membina Laman web
8. Panduan Buat Ebook Cover
9. Skrip Web Matrix
10. Skrip Level
11. Bukti Kebenaran Al-Quran
12. 1001 Kisah Teladan
13. Kisah Para Nabi dan Tokoh Islam
14. Himpunan Risalah Islam
15. Koleksi Hadith 40
16. Nabi Muhammad S.A.W
17. Kitab Riadhussolihin
Banyak bukan, tapi percayalah ianya semua diberikan percuma hanya dengan RM20 sahaja, Cuba bayangkan berapakah harga jika ebook tersebut dibeli daripada laman web lain? Dan keistimewaannya anda berpeluang menjana wang sampingan. Dengan sistem yang menarik ini membuatkan aku terus berani untuk mendaftar setelah dikenalkan oleh seorang rakan di dalam blog. Terima kasih mama emry kerana memberi peluang untuk aku menambah pendapatan dan memperolehi ebook yang sungguh bermanfaat.
SISTEM SEMUDAH ABC
1. DAFTAR
2. BUAT BAYARAN RM20 KEPADA PENAJA ANDA
3. PROMOSI LINK PENAJAAN ANDA
4. TERIMA BAYARAN DARI AHLI BARU
Gua baru join, kalao ada rezeki, INSYAALLAH, dapatlah.. kalao takda, takpa.. gua cuba je..
credit: Sederhana Itu Indah
ayat|tambah: modal RM20 je.. kalao ada rezeki, dapat balik modal dan bertambah.. INSYAALLAH..
Friday, July 10, 2009
TERBAIK
2-3 ari lepas gua dah berjaya mencuri masa gua tanpa diketahui orang.. kalao orang tau, maknanya bukanlah mencuri.. ye tak?
Gua berjaya mencuri masa untuk gua menonton Transformers: Revenge of the Fallen.. huh, memang TERBAIK citer kali nih.. gua bagi 6 bintang daripada 5 bintang.. extra satu sebab memang TERBAIK..
Gua melayan movie nih penuh keasyikkan walaupun gua tau sikit sikit jalan ceritanya sebelom gua tonton sebab dah ada mangkok-mangkok yang bercerita sebelom gua tonton.. harem..
Apa pun, memang TERBAIK.. gua salute Michael Bay pasal berjaya buat citer nih.. memang best.. gua tunggu yang ketiga plak..
ayat|tambah: banyak lagi movie yang gua donlod belom sempat gua usha.. adei.. takda masa beb..
Monday, July 6, 2009
Lagi tips
Gua nak tegaskan di sini kepada blogger tegar yang menjadikan notebook mereka sebagai balak/awek yang tak rasmi..
Gua banyak mendapat aduan daripada orang keliling gua yang mengadu kepada gua - sebab diorang ingat gua bekerja sebagai kaunselor kot tentang masalah notebook mereka.. antara masalah popular adalah skrin notebook tetiba BLANK!
Gua nak tegaskan di sini lagi, dan gua nak bagi tips untuk menjadikan nilai lu orang beli notebook sesuatu yang berbaloi... untuk info, bateri dibekalkan sebagai alternatif menjadikan notebook itu lebih mobile/portable..
Antara kesan grafik yang buleh menyebabkan lu orang murung akibat kedangkalan lu orang yang ketika buat direct karan ialah bateri notebook itu MUNGKIN buleh mencair/short circuit mainboard notebook lu orang.. gua ulang lagi,
So, sebelum lu orang depressed baek lu orang amek PERHATIAN! gua dah malas nak dengar keluh kesah kak Esah pasal masalah notebook lu orang.. gua takda masa nak tolong buat brainstorming menyelesaikan masalah notebook lu orang.. lu orang pikirlah sendiri...
Assalamualaikum!
ayat|tambah: gua bukan bermaksud lu orang dumb atau bodoh.. gua cuma maksudkan dummies sebagai pemula/beginner.. harap maklom!
Flag
Kepada teman-teman blogger dari Malaysia yang mencintai Malaysia selaku tanah tumpah darah kita, gua nak menyeru teman-teman suma supaya sama-sama kita melaporkan kesumbangan sorang blogger yang disyaki dari seberang Indonesia yang sungguh anti-Malaysia..
Gua berharap setan ini di'flag'.. sama-sama kita flag setan ini dan pilih Hate or violence terhadap blogger ini yang sangat sangat menyentuh sensitiviti kita selaku rakyat Malaysia.. terimas atas sokongan anda!
Friday, July 3, 2009
Rahsia Tahi Lalat
- Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
- Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
- Ubun-ubun - kurang jujur
- Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
- Di Kening kanan - cergas dan cekap
- Di kening kiri - cergas dan sopan santun
- Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
- Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
- Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
- Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
- Di alis kanan - baik hati, suka menolong
- Di alis kiri - ramai yang suka
- Di pipi kanan - ramai teman
- Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
- Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
- Pada hidung - banyak rezeki
- Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
- Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
- Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
- Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
- Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
- Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
- Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
- Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
- Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
- Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
- Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
- Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
- Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
- Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
- Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
- Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
- Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
- Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
- Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
- Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
- Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
- Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
- Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
- Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
- Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
- Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
- Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
- Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
- Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
- Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
- Ketiak kanan - menyimpan rahsia
- Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
- Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
- Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
- Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
- Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
- Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
- Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
- Betis kanan - suka berpoya, boros
- Betis kiri - tidak suka menganggur
- Tumit kanan - jujur, banyak kawan
- Tumit kiri - baik budi
- Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
- Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
- Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
- Lutut kiri - kurang berusaha
Lupa update: orang kata, tahi lalat kat atas bibir maknanya mulut celupar.. nampaknya mereka silap.. tahi lalat di atas bibir itu ertinya BAIK HATI-RAMAI KAWAN serta manis je..ayat|tambah: isk.. SILA beriman pada Qada' dan Qadar ALLAH yer...
Wednesday, July 1, 2009
Tragedi di bilik asrama UTM
Tragedi di bilik asrama UTM
Oleh Intan Mas Ayu Shahimiimas@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.
Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.
Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.
Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.
Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.
“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.
“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.
Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.
“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.
Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.
Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.
“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.
Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
sumber: HarianMetro Online
ayat|tambah: gua dah tak tao apa nak jadi dunia sekarang..
Monday, June 29, 2009
Privasi
Akibat daripada kesilapan teknikal yang tak dapat dielakkan, padahal sangat mudah dielakkan gua terpaksa memprivasikan blog gua kepada umum buat seketika sehingga keadaan menjadi reda.
Mungkin akan mengambil masa sehari, dua hari, seminggu atau sebulan bergantung kepada keadaan. Walaubagaimanapun, hanya penulis blog/blogger sahaja yang masih boleh membaca/mengakses ke dalam blog ini tanpa sebarang halangan. Kepada mereka yang bukan penulis blog/blogger, sori, kamo tak dibenarkan akses ke dalam blog ini.
Terimas..
Monday, June 22, 2009
SILA HAYATI
Gua bukan baik pon. Solat pon selalu missed.. tapi gua cuba yang terbaik dan berusaha kepada yang TERBAIK..
Di sini gua nak berkongsi dengan lu orang suma satu klip video yang gua tonton dari blog makcik ini dan sedikit sebanyak buat jiwa gua tersentuh.. SERIUS! Gua tak tipu..
Sila tonton dan HAYATI!
Masih ada insan yang sungguh khusyuk, tawaddu', taqwa kepada ALLAH.. gua kagum dengan sheikh ini..
ayat|tambah: walau gua selalu missed solat, at least dalam sehari gua PASTI akan mengerjakan dua waktu solat! serius.. sama-sama kita tingkatkan amal ibadah yer!
Sunday, June 14, 2009
IQ Test
Saja nak kongsi satu laman menguji minda yang mencekik darah.. haha.. sapa berani, bulehlah langgan.. gua tak suka ngabeskan kedit gua pada benda macam setan nih..
Lu nak test IQ lu orang? Sila klik sini
Sebarang kos gua tak bertanggungjawab ye..
Gua telah mencuba menguji minda gua dengan 10 soklan kalao tak silap gua.. dan gua berjaya mendapat score yang agak baik kot.. Berikut adalah level score yang ditetapkan/mesti dicapai:
Over 140 - Genius or near genius
120 - 140 - High intelligence
110 - 119 - Very intelligence
90 - 109 - Normal or average intelligence
80 - 89 - Dullness
70 - 79 - Borderline defficiency
Under 70 - Definite feeble-mindedness (BONGOK!)
Jadi untuk tahu keputusan IQ gua, gua kena register guna mobile phone.. tak ke harem?? pandai diorang trick.. tapi memandangkan gua nak tau sangat keputusan IQ gua, gua pon send sms.. dan replied seperti berikut:
From 36181:
RM0.00. We have received a request from you to subscribe the service. To confirm, please send REG IQ to 36181. For hel, please call hotline 03-20722617
From 36181:
RM0.00. Successful registration. No subscription fee. Price: RM3.00/SMS, until cancelled. To cancel, send STOP to 36181.
From 36181:
RM3.00. IQ: Your score is 125. Superb score! You have a gift so don't waste it. For your perfection is just around the corner.
From 36181:
RM0.00. Key in STOP ALL to cancell all service.Key in OUT to cancel promo msg.You are currently subscribed to CONTENT,to cancel send STOP IQ to 36181.
From 36181:
RM0.00. Your subscription to CONTENT has been terminated. Thank you for your patronage. For more info, pls contact 03-20722617.
Score IQ gua adalah 125 = High intelligence
Soklan yang dikemukakan bukanlah susah mana pon. Banyak soklan matematik je.. gua rasa budak form 4 pon buleh jawab.. mudah je kot..
ayat|tambah: gua cepat2 je STOP menatang jadah nih...haha.. selamat kedit gua..
Sedikit tips
Kepada lu orang yang sungguh tegar menggunakan laptop/notebook sebagai nyawa lu orang, gua nak bagi sikit tips untuk lu orang gunapakai demi kebaikan lu orang sendiri dan juga keharmonian 'poket' lu orang.
Gua tau.. walau gua tak pernah memiliki laptop/notebook tapi gua tau lu orang yang memilikinya sungguh galak dan tegar bila menggunakan menatang tuh. Lebih-lebih lagi kalau lu orang dah upgrade status lu orang sebagai blogger tegar.
Sini gua nak bagi sedikit tips yang tak seberapa yang gua nak kongsi sama lu orang tentang penggunaan laptop/notebook.
1. Ramai yang kurang sedar akan hakikat perkara ini. Tahukah lu orang, laptop/notebook lu orang sangat sensitif? Dah lah mahal! Adakah laptop/notebook lu orang selalu kerosakan/kejahanaman bateri? Kalau ya, tahukah lu orang puncanya?
Daripada observation yang gua lakukan secara tak rasmi, gua perhatikan sungguh ramai pengguna laptop/notebook yang bila kehabisan bateri, terus menggunakan aliran elektrik secara terus ke laptop/notebook. BetoL! Tidak salah. Tapi, adakah lu orang menanggalkan bateri semasa menggunakan direct electric?
Antara punca kerosakan bateri ialah tabiat seperti di atas yang tidak menanggalkannya dari laptop/notebook semasa penggunaan elektrik secara terus. Jadi, tips gua untuk lu orang ialah, tanggalkan bateri semasa menggunakan elektrik secara terus. Bateri hanyalah sebagai alternatif sekiranya tiada arus elektrik untuk digunakan. Selain itu, jangan cas bateri terlalu lama kerana berpotensi untuk menyebabkan litar-litar mainboard cair sekaligus menjahanamkan keseluruhan laptop/notebook.
2. Tips lain. Kalau lu orang tengok langit/cuaca mendung dan berpotensi untuk hujan/petir/kilat, janganlah guna direct electric semasa menggunakan laptop/notebook. Gua banyak menerima aduan daripada pengguna laptop/notebook yang mana skrin laptop/notebook mereka tidak menyala/hidup/berfungsi bila dihidupkan selepas terkena sambaran petir/kilat daripada punca elektrik. Untuk makluman lu orang, berkemungkinan petir/kilat yang menyambar arus elektrik telah mencairkan litar-litar mainboard atau secara langsung membakar board skrin laptop/notebook tersebut.
Selain sambaran petir/kilat melalui arus elektrik, petir/kilat juga bisa menyambar talian telefon dan sekaligus boleh menyebabkan modem terbakar dan secara tak langsung memberi kesan pada PC/laptop/notebook.
3. Lain tips. Hard disk (HDD) laptop/notebook juga sungguh SENSITIF. Jangan sesekali membuat laptop/notebook terhentak dengan kuat secara sengaja atau sebaliknya. Hentakan pada mana-mana bahagian laptop/notebook buleh memberi impak yang sangat besar kepada HDD. Hentakan tersebut buleh menyebabkan HDD gagal berfungsi dan menjadi punca kehilangan pelbagai data-data yang disimpan dalam HDD seperti koleksi citer lucah, video/filem/movie, dokumen-dokumen, muzik dsb. Jadi, berhati-hati mengelolakan laptop/notebook.
Kesimpulan yang gua nak simpulkan hingga terbelit di sini ialah, jagalah laptop/notebook itu dengan baik kerana harganya mahal. Gua sendiri tak pernah memiliki laptop/notebook. Gua tak mampu. So, diharap lu orang menjaga dengan rapi kerana kebanyakan alat gantian laptop/notebook sangat mahal dan harganya lebih kurang dengan harga sebuah laptop/notebook BARU!
ayat|tambah: gua tak buleh tolong apa-apa untuk repair laptop/notebook sebab sangat kompleks.. bukan shopping complex atau kompleks sukan Bukit Jalil la sengal!
Thursday, June 11, 2009
Idea - pendapat - cetusan minda
Dear kawan-kawan..
Gua nak mintak pendapat lu orang.. kepada yang ada pendapat/idea bulehlah sumbangkan pada gua.. bukan kesumbangan suara lu orang yang gua nak, tapi idea.. paham? idea!
Gua nak mintak pendapat/idea lu orang untuk gua menamakan satu blog. Konsep blog tersebut sungguh mudah:
1. Perihal semua jenis kereta
2. Cerita perihal kereta - tiada kereta dikecualikan..
3. Sesiapa buleh bercerita - tentang kereta/automotif
4. Blog ini ala ala kelab kereta - penyertaan pelbagai jenis kereta
5. Ahli kelab kereta digalakkan dari kalangan blogger yang berkereta - takda kereta pon takpa
5. Dan lain-lain yang berkaitan jentera mesin bernama kereta
So, kepada yang ada idea, mintak jasa baek lu orang untuk sumbangkan kebernasan idea lu orang.. sila tinggalkan komen untuk menyumbangkan idea.. terimas..
Saturday, May 30, 2009
Lupa Update: Barca...Basah..
Gua lupa lagi nak update. Ronda ronda blog, 'ter'baca plak pasal Barca.
Tahniah gua ucapkan kepada diri gua sebab tak tersilap pilih pasukan. Walau gua kuciwa masa Barca kalahkan Chelsea, tapi gua tetap terpaksa sokong Barca supaya Man U dijatuhkan dengan kemaluan keaiban yang dasat!
Kronologi gua 'menonton' Final UEFA Champions League 2009:
2.44 a.m: gua tersedar dari tidur. ON astro, tukar channel 811/812 - gua lupa sebab gua mamai.... oh, baru start..
3.00 a.m: gua tersedar...laa..'ter'tidow tadi rupanya..result? Barca lead 1-0..gua gelak dalam hati..padan muka Man U!
entah pukul berapa a.m: gua tersedar lagi...laa...'ter'tidow lagi! hampeh...result? Barca lead 2-0..haha...gua gelak lagi..bagusssss...
dekat dekat pukul 5 a.m: tersedar lagi...lorr...apsal gua 'ter'tidow...???! Bengang betol...full time? bukan! oh, penyampaian medal dengan trophy...sapa menang?? Barca...Barca...basah peloh...hahaha...padan muka Ronaldo! SIAK kao! Berambus la..pegi la Real Madrid sana...tengok ko buleh naik ke tak??
Engko memang BEST and SKILLED la Lionel Messi...
Monday, May 18, 2009
Kenapa encik?
Gua bukanlah orang yang lu orang cari kalao lu orang ingat URL blog gua sebagai AkuSiMisteri.blogspot.com hanyalah misteri pada nama!
Silap! Lu orang sangat silap! Ok. Gua sangat MiSTERi sebab gua sendiri yang declare diri gua.
Kenapa takda gambar gambar gua?
Silap! Lagi sekali lu silap! Gua ada posting beberapa gambar gua, tapi sedaya upaya gua cuba selindung sebaik mungkin wajah anugerah tuhan ini untuk tatapan lu orang sebab kalao gua dedahkan muka gua, gua terpaksa tukar URL blog gua sebagai AkuDahTakMisteri.blogspot.com!
Sengal!
Gua pernah sampai satu tahap di suatu ketika dulu untuk memperagakan wajah anggun gua ini untuk tatapan umum. Untuk apa? Ah, untuk lu orang kutuk gua? Silap!
Gua sengaja je tak nak mendedahkan rupa paras gua sebab gua tau, lu orang pon bukan nak tengok muka gua. Gua takot lu orang nanti kena morning sickness selama 7 hari tanpa henti lepas tengok muka gua! Gua cuma buleh bagi hint sket je. Muka gua ala ala Hugh Jackman - Wolverine.
Tak percaya?
Bagus, sebab gua tipu lu orang! Kalau lu orang masih tak percaya gua tipu lu orang, lu orang buleh pegi join sidang DUN Perak dan buat undi tidak percaya pada gua. Gua tak kesah.
Ok. Harap lu orang sangat jelas kenapa gua tak pamerkan muka gua dalam blog gua. Sebab gua adalah AkuSiMisteri yang sangat MiSTERi - rupa, attitude, perasaan, emosi dsb.
ayat|tambah: hint seterusnya, gua bekerja di CICT!













