Hari nih gua cuti.. saja-saja cuti-cuti Malaysia..
Dalam perancangan hari ini, gua cadang nak pegi servis awex gua, tapi gua dah buat hujung minggu lepas.. seterusnya, perancangannya ialah pegi tukar KPT (Kad Pengenalan Bermutu Tinggi) yang macam harem.. KPT gua hancur giler.. gua buat KPT a.k.a MyKad nih masa mula-mula dilancarkan tak silap gua tahun 2001 kot.. dalam tahun 2002, KPT gua hancur giler sampai la ke hujung tahun lepas bilamana KPT gua terbelah dua.. HEBAT!
Begitu hebat Kad Pengenalan Bermutu Tinggi! Gua rancang dah lama nak tukar KPT baru, tapi tak berkesempatan.. baru hari nih gua dapat tunaikan impian gua..
Urusan hari nih sungguh mudah dan 'agak' cepat.. awex yang jaga kaunter pon buleh tahan sampaikan beliao telah 'membatalkan' wuduk gua sebab bersentuhan kulit jarinya dengan jari gua bilamana beliao suruh gua buat thumb-scan.. haha.. sungguh lembut jarinya.. halus kulitnya.. muahaha... gegel sekejap gua..
Setel urusan KPT, member gua ajak buat akaun ASB.. gua pon berminat nak buat.. so, gua ikot beliao ke pejabat pos.. sampai kaunter, gua ingat nak daftar SPR skali pasal umor gua dah nak expired tapi masih tak daftar SPR lagi... so, bila nak buat tuh, antara dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan.. gua tunjuk kat makcik kaunter tuh, tapi beliao decline permohonan gua sebab gua takda kad pengenalan original! apa kes?
Tadi gua buat urusan tukar KPT, mamat kaunter siap bagi gua salinan sementara, takkan tak buleh guna..? makcik tersebut tetap enggan menerima permohonan gua! memang buat gua hangin giler.. gua sound direct, "Takkan tak boleh guna salinan sementara, kak? So, apa guna diorang bagi salinan sementara!?" lepas gua sound gua teros blah tinggalkan member gua sorang-sorang berurusan.. bengang giler gua dengan makcik tuh..
Kok ye ikut protokol ke, prosedur ke.. tak payah sampai nak skema sangat.. bukan nak buat apa pun, cuma nak verified je kan.. so, apa salah guna salinan sementara.. bukan takda nombor KP gua pon.. gua bukannya pemegang kad pengenalan merah! betol-betol gua hangin dengan makcik tuh.. terus gua taknak memandang muka beliao yang gebu dan masam tersebut.. tak reti nak senyum.. patotlah keja kat pejabat pos, kaunter pon buruk... muka masam pagi-pagi, rezeki tak masok tau!
Gua blah dan teros pegi kat parking motor sambil hisap rokok disamping memaki hamun tindakan skema makcik tersebut di dalam hati..
Skema pon ikotlah keadaan makcik! Timbangrasa dalam kerja.. bijak uruskan situasi.. nih skema buta!
Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard
Thursday, July 30, 2009
Skema berprosedur
Wednesday, July 29, 2009
Provokasi
Gua lepak giler arini.. bukan sebab apa, sebabnya hanyalah atas dasar provokasi tanpa disedari..
Disebabkan 'kelancangan' gua menolak report yang diserahkan kepada gua, boss gua 'agak' bertekak dengan seseorang untuk menegakkan benang gua yang basah.. apa kes? tak pasal-pasal boss gua kena 'tiaw' mentah-mentah.. naseb boss gua nih rebel siket orangnya.. dibalas balek..
Cuma yang buat gua tak sedap hati, boss gua yang kena.. bukan gua.. sori la boss..
Ceritanya begini:
Awal minggu nih gua ada terima tugasan yang diagih kepada gua untuk diselesaikan di sebuah kolej perempuan (tempat sedara).. arakian, kolej tersebut tidaklah pula dilengkapi perkhidmatan internet berwayar keseluruhannya.. tapi hanya pelajar antarabangsa saja yang beroleh perkhidmatan tersebut.. walaubagaimanapun, pelajar tempatan bakal menerima perkhidmatan yang sama tidak lama lagi.. hal ini diselesaikan berperingkat-peringkat bagi 4 buah blok di 4 buah kolej.. hanya 4 blok ini sahaja! blok lain semua tiada masalah..
Dijadikan cerita, report yang gua terima adalah dari sebuah bilik yang dilaporkan dihuni oleh pelajar tempatan.. dengan pantas gua terus tolak report tuh sebab dalam fikiran gua, hanya pelajar antarabangsa saja yang mendapat perkhidmatan internet bagi blok berkenaan sama seperti 2 blok lain yang sama tetapi berbeza kolej..
Bila gua dah tolak, gua siap bagi alasan kenapa gua tolak:
Internet connection di blok H**, K** untuk pelajar antarabangsa telah disambungkan. Untuk pelajar tempatan masih dalam tindakan kerana kekurangan device seperti switches.
Takkan pihak kolej tak maklum lagi tentang perkara ini?
p/s: rasanya yang lapor nih pelajar tempatan
gua buat ayat seperti di atas yang mana bos gua siap copy-paste ayat yang sama.. jadi orang yang 'berkuasa' di kolej tersebut pon macam hangin dengan ayat gua itu.. macam tak puas hati la.. so, dia teros call boss gua mintak penjelasan! tak puas hati dengan ayat gua, sound gua la.. tau la gua nak sound balek.. apsal melenting kat boss gua..
Ini yang gua panggil provokasi.. kolej cik puan nih memang SANGAT bermasalah dengan NetworkTeam.. ada je yang tak kena.. yang gua pelik, kolej dia je.. kolej lain suma ok dan memahami masalah-masalah yang kami hadapi..
Hello makcik! Tolong timbangrasa sikit.. apa kata makcik ikot kitorang buat keja.. kasi tengok apa perasaan makcik.. jangan sampai meleleh air mata tengok susah-senang kami buat keja.. panas-hujan kami redah semata-mata nak tolong selesaikan masalah network sekitar kampus dan kolej kediaman.. makcik bolehlah, keja dalam opis.. air-cond puspus tiup kat makcik.. kami nih? sapa suruh makcik berjanji itu-ini dengan pelajar..? bila apa yang dijanji tak dapat ditepati, kami ke yang nak dijadikan mangsa? pikir lah sikit..
Jadi, kesimpulannya, topik perbualan hari ini adalah berkaitan masalah makcik ini yang menerima bukan pujian, tapi makian yang jika dilempar kepada tenuk merah, boleh terpanggang kepanasan encik tenuk... terima kasih!
Sunday, July 26, 2009
Awex punya suara
Hari nih gua ada appointment nak bawak awex gua buat medical checkup services.. awex gua nih dua tiga menjak nih banyak buat hal.. kadang-kadang gua hangin gak.. tapi yang tak bestnya, awex gua lepas nih dah tak bersuara untuk sebulan.. ah, bapak.. kegersanganlah gua macam nih.. takdapat lagi nak menyanyi bersama dan mendengar kelunakan suara beliao.. ya.. GERSANG.. dah la bulan 8 nih gua ada jemputan kenduri kawen kat Yong Peng.. masaklah gua pegi Yong Peng penoh kegersangan, kesunyian..
Apa nak jadi? Gua tak buleh lah kalao tak dengar suara beliao.. nanti gua jadi buhsan.. macamana? Sapa nak cover kebuhsanan gua nih.. aiseh..
Baik punya gua usha kaklong kat tempat awex gua buat medical checkup services.. gua usha mintak cepat siket, harem.. sebulan gak.. aiseh.. letih lah gua cenggini.. nak taknak lepas nih gua kena usha awex bapak gua la.. jadi 'bapak-bapak' la gua kalao gua usha awex bapak gua.. konpem takdanya awek-awek cun kat UTM nak pandang gua.. jangan kata pandang, dari jaoh nampak awex bapak gua konpem beliao menutup muka beliao semua seperti malu-malu hanjing bila mana gua bersama awex bapak gua berlalu di hadapan, di belakang mahupun di sebelah beliao.. haduih.. mintak nyawa.. mintak nyawa.. mintak awek..
Nih gua kongsi suara awex gua yang tetiba jadi hancusss... gua dah taktao nak kata gua tone deaf, gua rasa gua masih buleh mendengar dengan jelas.. nak kata pitching lari, gua taknampak plak beliao mencicit berlari-lari anak mahupun memecut.. entah.. mana silapnya entah..
Tengok, suara awex gua dah kena cilok.. melopong je.. huish.. buhsan.. buhsan.. ada yang nak bagi pinjam awex beliao?? gua berbesar hati untuk menerimanya...Nih pitching entah lari mana entah.. puas gua geledah cari, tak jumpa gak pitching beliao.. lotih telinga gua nak mendengarnya.. tak dapat dengar sora Fafau.. sob.. sob.. sori Fafau, gua tak dapat dengar sora lu!
Wednesday, July 15, 2009
Sunday, July 5, 2009
Denggi
Gua tak tau mana silapnya.. baru pagi tadi bergotong-royong.. petang nih dah buat semburan asap plak.. haduss.. hangin gak gua kadang-kadang dengan Jabatan Kesihatan atau Majlis Bandaraya.. betol..
Dah lah bagi pengumuman nak buat semburan dah petang.. tak sampai 15 minit bagi pengumuman gua dengar enjin dah start.. haduss.. gabra gua.. time tuh plak gua tengah solat Asar.. naseb dah rakaat akhir.. kelabut gak la gua abeskan rakaat.. tak sempat doa.. - emergency, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Pengampun.. gua tinggal sorang plak tuh kat rumah, seisi rumah keluar pegi KipMart.. tinggallah gua kelabut nak tutup mana-mana makanan yang ternganga.. pulak tuh mak gua baru masak sambal tempoyak.. adei.. kelabut gua.. serius..
Dengan nak angkat baju yang bersidai lagi.. nak selamatkan Itam - arnab peliharaan mak gua gua lagi.. isk.. mana sempat tuh.. kelabut gua dibuatnya.. ditambah plak, tengah hujan.. memang hangin gak gua tadi dengan diorang nih.. kok ye nak menyembur pon, announce/notice la awal-awal.. apsal pagi tadi masa gotong-royong sesama tak bagitau.. harem betol... bengang gua.. dalam dua minggu nih, dah 3 kali buat semburan.. betol-betol black area tempat gua nih.. isk.. nih suma angkara askar jepun punya kebun agaknya..
ayat|tambah: naseb gua tak turun pakai kain gombang je tadi.. EMERGENCY!
Saturday, June 20, 2009
Gua masih MiSTERi ke?
Ciss..
Gua ingat, gua adalah sangat MiSTERi..
Rupanya, ada lagi yang lebih MiSTERi.. mengalahkan gua.. siot!
Budak ini gua suspek adalah awek yang gua cerita kat sini.. tapi gua tak konpem.. gua usha gambar kat profile beliao - walaupun beliao sorokkan, gua macam konpem itu adalah beliao.. ah, beliao lagi MiSTERi daripada gua..
Puas gua belek-belek blog beliao nak tengok profile beliao.. ciss, takda.. beliao sembunyikan ke hapa.. tetiba gua dapat idea.. naseb gua belajar programming, so gua berjaya menyelinap ke dalam profile beliao.. haha, gua usha gambar beliao.. gua rasa memang beliaolah orangnya..
Ah, lantak.. gua pedulik hapa.. yang gua tak puas ati sekrang nih adalah ada orang yang lebih MiSTERi daripada gua!
ayat|tambah: gua kena bertapa lebih lama untuk meningkatkan jurus keMiSTERian gua pada tahap yang maksima.. doakan gua..
Tag ke?
Hari ini gua buhsan..
Pagi-pagi gua lepak ngeteh port biasa..
Gua sms member gua.. beliao datang.. potpetpotpet.. blablabla.. gua borak merepek meraban.. OK, kata muktamad diperolehi.. gua nekad nak jalan-jalan..
Gua jalan-jalan pegi GIANT-MayBank-Carrefour Sutera Mall.. lepak-lepak jalan-jalan sambil beli barang, cuci mata.. perot lapar.. gua lepak makan KFC.. sementara tunggu member gua pegi order+bawak makanan, gua sms sorang awek.. saja.. gua takda niat lain selain 'saja' je.. - sebenarnya gua try nak usha beliao..
SMS punya SMS, beliao sent kat gua satu SMS..:
iSi ruANg koSg+4wArDKn bLk mSg ni pD sY
3pkRa aWk xLuPa pSL sY:
1.
2.
3.
naMa sY,aWK gElaR:
>
BeSt w0rd GmbRKn sY:
>
awk nK sY jD aWk puNye:
>
Gua pon apa lagi, gua balas...
iSi ruANg koSg+4wArDKn bLk mSg ni pD sY
3pkRa aWk xLuPa pSL sY:
1.pkai bj kurung buat kabel
2.pkai cincin tnang
3.smbut bday kt wcc xjmpot bdk network
naMa sY,aWK gElaR:
>mira praktikal
BeSt w0rd GmbRKn sY:
>nmpak baek,cun blh thn
awk nK sY jD aWk puNye:
>tunang,blh ke?
Hah, padan muka.. gua kutuk abes-abes.. tp ada yang betol.. dan jawapan gua tuh adalah kenyataan dan fakta belaka.. cuma jawapan terakhir je gua reka.. sori.. haha..
Kepada lu orang yang nak buat soklan nih sebagai tag, dipersilakan.. gua tak larang.. haha..
ayat|tambah: huh, akhirnya gua terjebak gak buat menatang 'tag' nih
Friday, June 19, 2009
HARAM JADAH
Sepanjang minggu nih gua kena attend training..
Gua pon tak tau, tang mana yang sangkot keja gua dengan training nih.. macam tak bleh blah je..
Gua rasa, tuari punya soklan exam baek soal gua pasal network security daripada soal gua pasal undang-undang lab yang entah apa apa..
Bukan pasal training yang gua nak citer..
Lu baca tajok di atas? HARAM JADAH! Ya.. sepanjang minggu ini, sepanjang gua training, mulut gua tak terlepas daripada mencarut HARAM JADAH, bukan saja pada manusia, termasuk juga kambeng dan kereta..
Gua pon tak tao..
Kenapa tetiba HARAM JADAH buleh jadi popular di bibir gua.. gua pon konpius...
Ok.. minggu depan keja macam biasa.. harap ada carutan terbaru!
ayat|tambah: semakin celaru jiwa gua.. makin haru hidup gua.. dan semakin biru muka gua nak mengadap keja-keja sempena student baru masuk! HARAM JADAH!
Wednesday, June 17, 2009
Bengang yang NYATA tapi SEMBUNYI
Gua bengang dengan SPACE!!
"Lu memang macam harem.. taknak bayar OT gua?? Penat-penat gua buang masa standby, lu taknak bayar OT gua.. lu memang harem punya SPACE.. buleh blah lepas nih gua nak tolong setup networking untuk lu orang punya function.. pegi MATI sama lu orang.. harap ramai awex je cantik keja sana, tapi suma macam HAREM!! termasuklah lu si technician p*****k!
"Lu ingat lu punya kerja sudah bagus?? Lu ingat, tenaga gua lu orang yang bayar selama nih?? Sori.. gua takda kena mengena dengan lu.. mengenangkan BOSS gua, gua sanggup tebalkan muka datang macam orang bodoh, tapi lu orang macam SETAN langsung tak layan gua lepas tuh report kat boss gua kata gua takda! Lu memang harem! Lebih-lebih lagi lu si technician.. lu ingat, tanpa gua dan senior-senior gua, lu orang buleh dapat ke servis network macam hari tuh??
Kalo gua tau benda nih nak jadi macam nih, SUMPAH gua takkan pasang AP kat situ.. biar lu orang MATI kering layan student hari tu..! Lantak lu orang.. gua dah tau lu orang punya cara macam nih, lepas nih SORI.. sebarang surat menyurat takkan dilayan.. sila 's.k' kepada Pengarah.. gua tak heran.. gua buleh jawab.. takda hal.."
Itu dia luahan hati gua terhadap si SETAN yang bekerja di SPACE yang ingat, gua nih tunggul kayu dan makan gaji buta.. lu orang pikir sendiri sudah.. gua nih spec dalam bidang network dan takda kena langsung dengan management SPACE.. tapi, gua dapat arahan daripada boss gua untuk gua standby kalao kalao network down..
Gua telah pun melaksanakan kewajipan gua iaitu memastikan network takkan down pada hari urusan diorang.. tapi lu orang tau?? Diorang report kat boss gua kata gua takda.. macam harem tak?? DIorang bajet, gua datang sana nak tolong diorang, "Ya encik, sila bawa dokumen-dokumen penting untuk pendaftaran," "Mintak IC encik, saya nak masukkan dalam sistem,"
ABAH dia!! dah lah tak briefing kat gua langsung..! Gua punyalah semangat datang pagi-pagi buta dengan berpeluh-peluh, bukak notebook, test WiFi.. tapi sekor SETAN pon tak perasan gua kat situ.. Takda plak yang tanya gua samada gua nih dari CICT ke, staff ke, student ke.. HAREM.. gua memang bengkek giler dengan si SETAN tuh suma..
Gua tak tau nak halalkan ke tak tenaga gua yang terbazir selama hampir 8 JAM! takpa, gua rilek je.. naseb gua mengenangkan boss gua, kalao tak memang gua downkan je network lu orang, SETANNNNN!!!
Thursday, June 11, 2009
8.30 p.m - 11.30 p.m
AkuSiMisteri: Gua rasa nanti atas pelamin, gua buleh kena peloh lebat nih..
akuxbiadab: apa susah, lu pakai baju ujan sudah.. hahaa..
AkuSiMisteri: Apa jadah???
akuxbiadab: Lu bawak keta.. gua bawak keta.. tapi awek takda. Mat rempit?? Bwak RXZ je..Muka rabak, pecah tanah, pecah pintu.. tapi awek?? AWESOME.!
AkuSiMisteri: ..???
AkuSiMisteri: Besok exam lu kena baca sejarah Malaysia.. jangan tak tau nama Perdana Menteri sudah..
akuxbiadab: ciss.. gua tau lah Najib = PM, sapa timbalan dia hah??
AkuSiMisteri: ...??? Muhyiddin lah!
akuxbiadab: oh.. gua ingat Khairy.. hahaha..
Monday, June 8, 2009
Kalau dah jodoh..
Ah, siak.. bukan berita gumbira gua nak story kat sini.. sori..
Kalah dah jodoh.. musti sambungannya, 'tak ke mana..'
So, perkara ini dan yang ini langsung tak berlaku pada gua. Maknanya, 'kalao dah jodoh, tak ke mana... tapi kalau dah tak da jodoh, nak buat macamana..'
Gua pasrah.. gua semakin yakin si dia bukan untuk gua.. langsung tiada kiriman SMS mengucap selamat tinggal pada gua.. ok sori.. gua dah tawar hati.. patut sejak 5 tahun lepas gua tawarkan hati gua sampai pudar.. tapi gua degil, gua ingat gua dan dia pasti akan bersama suatu hari nanti..
SILAP.. totally gua silap.. gua harapkan panas berpanjangan.. betol-betol musim panass... bahang.. isk..
LIFE MUST GO ON.. sori la babe, gua bukan terpaksa.. tapi memang gua sengaja nak lupakan lu lepas nih.. sori, mungkin kasih gua pada lu cukup takat 5 tahun yang lepas.. isk.. gua tengah emo nih..siot betol..
Ok.. gua taknak taip apa-apa lagi pasal gua tengah emosi.. sori.. gua nak pegi cari tisu.. hingus gua nak meleleh.. selesema sket.. aaaccchhhuuuummmmm!
Mintak mahap
Lu orang baca pasal ini?
Secara rasmi gua nak mintak mahap kat orang yang gua maki.. gua tak jadi nak solat jenazah, biar orang laen je yang buat..
Sebab? sebab gua dah dapat apa yang pending.. terima kasih lah kepada encik orang tengah yang sudi menghantar tempahan gua walaupun lewat..
Gua cuma nak mintak mahap pada yang gua maki dan ucap terimas pada encik orang tengah.. terimas dan I'M SORRY...
ayat|tambah: notis berkenaan adalah BENAR dan MUNGKIN rezeki gua.. rezeki orang laen gua tak tau... sori..
Tak tenang
Hari nih dalam sejarah..
Lepas sarap pagi tadi, gua dengan senior terus gerak buat kerja.. ronda-ronda rumah ALUMNI.. cilakak, ada 'pak pacak' plak.. apa kes tahan van gua?? siak betol.. tak nampak logo U ke?
Member gua turunkan tingkap.. "Nak pegi ALUMNI.." teros bagi jalan.. tau takot! harini ada entah perbarisan apa entah, gua tengok bebudak PALAPES suma melepak konon-konon kawad kat padang.. tuh yang tak bagi lalu.. siak..
Lepas ALUMNI, gerak plak Pusat Kesihatan.. problem tak dapat network, sistem down.. ah.. leceh.. 2 jam melepak sana.. Dalam masa tengah lepak-lepak Pusat Kesihatan sambil kantoi usha awek, gua rasa sangat tak tenang.. ah, sudah.. apa hal?
"Bagi IC.." mintak abang kaunter pada sorang awek..
"88**********.." gua tolong bacakan selamba.. sebab gua tadi nampak senior gua tolong taipkan nombor tuh..
"Tuh kalao dah ada keserasian tuh, namanya ada jodoh tuh.." selamba member gua sound gua depan kakak awek tuh.. siak.. gua malu.. blushing.. ah, merah padam muka gua kalao kulit gua putih.. nih gelap je, gua tak rasa merah padam.. macam tukar kaler maroon je.. harem..
Lepas setel kat Pusat Kesihatan, gua balek opis.. tak tenang lagi.. siot.. gua raba-raba dalam kocek.. "Eh.." gua terkejut. Gua keluarkan satu kotak dari dalam kocek.. Gua bukak kotak tuh.. Gua terkejut.. gua tengok jam, dah tengahari.. Gua kira isi dalam kotak.. alamak, ada lagi 11.. siot..
Gua terlupa nak smoking.. patotlah gua tak tenang.. harem...
Keje punya pasal...!
Sunday, June 7, 2009
HALALkan????
Gua baru dapat info daripada satu laman torrent terkemuka Malaysia berkaitan tempahan t-shirt..
Ciss..
Gua tak rasa macam nak salahkan encik orang tengah sebab gua dah tau cerita sebenar..
Gua pun terkena gak.. gua dah order 2 helai baju - collar & non-collar tapi gua cuma dapat sehelai je.. patot gua tunggu dekat 2bulan baju tak sampai-sampai.. kesian kat gua..
Berikut adalah notis minta maaf daripada admin tersebut secara tak rasmi:
****** Torrent ingin mengucapkan maaf secara tak rasmi kepada buyer2 t-shirt ****** Torrent ..
Aku taknak ckp banyak.. cuma dr survey dan feedback yg di terima 2 jenis baju tersebut adalah AMAT MEMALUKAN!!! (Khususnya non-collar)
Bukan salah z****e, dia hanya orang tengah sahaja.
Kami harap korang mengHALALkan mereka yang terlibat dalam mengambil tender baju non-collar dan collar tersebut.
Semua order sudah dihentikan ... rasanya takkan ada lagi projek sebegini di masa depan.
Jika ada pun aku sendiri yang akan handle .. (if you got to do it right.. do it yourself..) Pengajaran bagi gua beb ....
Regards
***
Gua rasa gua tak mampu nak menghalalkan apa yang si penerima tender tuh buat.. itu antara dia dengan ALLAH.. gua nih sapa, ye tak? gua cuma manusia biasa, hamba yang serba kekurangan.. so, kepada lu yang tak jujur dan tak ikhlas serta penipu dan tak amanah, gua tak dapat buat apa-apa la kan.. lu jawab sendiri dengan Dia.. moga lu dapat petunjuk.. harap lu kembalikanlah duit-duit orang lain tuh.. kesian, kerja tungkus lumus nak bayar..
Kalao gua jumpa lah si penerima tender tuh yang 'songlap' duit tuh, memang gua rasa gua terus amik wuduk je buat solat jenazah pada beliao.. silap-silap gua buat solat jenazah ghaib, sebab lunyai gua kerjakan.. haram jadah!
ayat|tambah: isk.. kenapalah kan..?
Saturday, June 6, 2009
Kawen: Bahagian 1
Huh...seperti di musim musim cuti persekolahan yang biasa, maka bermulalah pelbagai acara kawen oleh mereka mereka yang berkemampuan dan telahpun WAJIB berkawen..
Bukan je orang yang kawen sibuk, orang yang dijemput adalah yang paling sibuk. Bayangkan dalam satu hari mau attend 3-4 kenduri.. hush.. penen..penen..
Duit gaji bulan pun habes buat salam kerok dengan hadiah..
Gua pun tak terkecuali dek aktiviti tersebut kerana gua banyak dapat undangan, lebih 6 undangan.. tapi bukan dalam satu hari lah.. dalam 6 undangan tuh, gua baru lah berkesempatan meluangkan masa, duit dan tenaga gua pada kenduri kawen bekas cikgu gua masa gua di sekolah teknik dulu.
Huish..
Gua memang tak sabar sebenarnya nak datang kenduri beliao sebab gua memang tak sabar nak tengok cikgu gua berkeris bersanding atas pelamin.. dan juga dapat jumpa member member lama yang memang dah lost contact lepas SPM..
Tapi malang sket, pasal gua tak dapat tengok pengantin bersanding.. sebab?
Sebab manusia yang BODOH menyebabkan kesesakan jalan raya.. lu orang bayangkan, patut dari JB ke Kota Tinggi boleh makan masa 1-11/2 jam, tapi gua sampai lebih kurang 3 JAM!!
Dalam kesesakan yang siak itu telah membuang masa gua yang sungguh banyak..
Gua tak dapat tengok cikgu gua bersanding.. SIAK betol.. gua pon tak tau.. kenapa sesak sangat.. gua tau lah arini hari cuti umum, kok ye pon takkan sesak sangat.. sebelum sebelum nih pun, gua ada gak ke Kota masa cuti umum.. takda plak JAMMED sampai macam hari nih.. Dalam kereta memang gua maki maki je si setan yang buat sesak tuh..
Dari observation gua dan rakan rakan, gua dapati bahawasanya kesesakan berlaku dek kerana ke'setan'an yang dilakukan oleh manusia di atas jalan raya. Lu orang pikir, satu lane buleh jadi TIGA! tak ke gila.. apa punya manusia.. isk.. bila kenang-kenang balek, macam mana diorang buleh dapat lesen.. tak tau baca signboard ke??? haduss...
Besok ada satu lagi jemputan.. kat Simpang Renggam plak.. kita tengok macamana nanti..
BERSAMBUNg...
kepada yang nak jadi pemandu berhemah di bawah khemah, sila klik INI - seronok!!
SMT Tanjung Puteri

Cuba lu peratikan betol-betol, ada sekor TOYOL menyelit, nampak muka je.. kalao gua sebar kat akhbar nih, musti gua jadi kaya.. 'TOYOL... kau datang padaku berlari-lari.. lalala...'

Aidil 'Pandan', Airil 'Monster', Daniel, Pengantin - En Zaki, gua 'AkuSiMisteri', Nazrul 'Thol', Azhar, Muhizad
- gua tengok semua posing sama je .. cheh..

Nih on the way datang...
OK! gua tipu! sebab gua takda gambar time datang, gua tipu dengan gambar nih.. terimas..

On the way balek.. time nih gua tengah berpeloh-peloh.. panassss...
Thursday, June 4, 2009
Jun dah TIBA... a.k.a Jodoh depan MATA
Kamu penah baca artikel/entry/post nih?
The time has come. Gua pun tak tau. Sejak gua dapat tau 'dia' nak datang ke Johor, gua sangat exited. Ah, tak sabar nak jumpa. Dah lama.. 5 TAHUN! gua dilanda kerinduan! haha.. sedikit emo di sini.
Tapi, gua sedikit terkilan.
Gua dipahamkan, 'dia' tidaklah bercuti sehingga ke Johor Bahru, sebaliknya hanya di YongPeng. Huh? Macamana nak jumpa? Gua kena gerak naik YongPeng? Pulak..
Kebetulan, kehadiran 'dia' hanyalah sepanjang minggu ini sahaja. Gua pulak sibuk dengan kerja-kerja harian dari Isnin sampai Jumaat. Hari minggunya plak, schedule gua packed dengan undangan kawen.. mana ada masa nak gerak YongPeng.
Ah, tak kesampaian lagi. 'Dia' pun macam nak tak nak je.
Nampaknya, kalao gua tak dapat jumpa 'dia' lagi sehingga hujung minggu nih, gua dah berperasaan pasrah. Gua yakin 'dia' bukan lagi untuk gua. Cukup rasanya sampai takat nih. Gua redha je. Harapan hari demi hari, minggu ke minggu, bulan dari bulan, tahun bertahun hanyalah tinggal beberapa hari je lagi. Gua pasrah.. ah, ter'emo' plak.. Memang gua tengah emo.. siak..
Gua pun tengah berpikir gak nih. Macamana nak gerak YongPeng? Sempat ke tak sempat. Sabtu-Ahad nih gua packed dengan jemputan kawen.. kalao tak gerak jemputan, apa kata yang menjemput? takut-takut nanti majlis gua takda yang nak join plak.. hadusss... gua serba salah.. gua tersepit..
SMS? Gua terasa nak ber'sms' dengan 'dia' tapi gua takut tak berbalas. Gua pun takda masa nak mengetik pin-pin nombor kat handset gua.
Call? Gila apa? Gua serius bukanlah seorang yang pandai bergayut.. Ah, gua serba serbi dilema nih. Nak buat macamana?
Gua kena pasrah gak.. samada besok gua kena call, SMS or buat dono je. Esok penentunya..
Nak kena berdoa ke tidak nih? 'Dia' akan jadi milik gua atau tidak? ALLAH punya kuasa. Jodoh-pertemuan, ajal-maut gua dan lu orang adalah kuasa ALLAH. Nak bangkang? Cubalah kalau nak kena sambar petir! Gua tak berani...
ayat|tambah: serius.. gua rindu giler...apa gua nak buat nih???





