Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard
Showing posts with label Maki. Show all posts
Showing posts with label Maki. Show all posts

Friday, June 19, 2009

HARAM JADAH

Sepanjang minggu nih gua kena attend training..


Gua pon tak tau, tang mana yang sangkot keja gua dengan training nih.. macam tak bleh blah je..


Gua rasa, tuari punya soklan exam baek soal gua pasal network security daripada soal gua pasal undang-undang lab yang entah apa apa..



Bukan pasal training yang gua nak citer..



Lu baca tajok di atas? HARAM JADAH! Ya.. sepanjang minggu ini, sepanjang gua training, mulut gua tak terlepas daripada mencarut HARAM JADAH, bukan saja pada manusia, termasuk juga kambeng dan kereta..


Gua pon tak tao..



Kenapa tetiba HARAM JADAH buleh jadi popular di bibir gua.. gua pon konpius...



Ok.. minggu depan keja macam biasa.. harap ada carutan terbaru!





ayat|tambah: semakin celaru jiwa gua.. makin haru hidup gua.. dan semakin biru muka gua nak mengadap keja-keja sempena student baru masuk! HARAM JADAH!

Monday, June 8, 2009

Mintak mahap

Lu orang baca pasal ini?


Secara rasmi gua nak mintak mahap kat orang yang gua maki.. gua tak jadi nak solat jenazah, biar orang laen je yang buat..


Sebab? sebab gua dah dapat apa yang pending.. terima kasih lah kepada encik orang tengah yang sudi menghantar tempahan gua walaupun lewat..

Akhirnya, hampir 2 bulan menunggu, tempahan kedua sampai juga.. wa caya la..

Gua cuma nak mintak mahap pada yang gua maki dan ucap terimas pada encik orang tengah.. terimas dan I'M SORRY...




ayat|tambah: notis berkenaan adalah BENAR dan MUNGKIN rezeki gua.. rezeki orang laen gua tak tau... sori..

Saturday, June 6, 2009

Kawen: Bahagian 1

Huh...seperti di musim musim cuti persekolahan yang biasa, maka bermulalah pelbagai acara kawen oleh mereka mereka yang berkemampuan dan telahpun WAJIB berkawen..


Bukan je orang yang kawen sibuk, orang yang dijemput adalah yang paling sibuk. Bayangkan dalam satu hari mau attend 3-4 kenduri.. hush.. penen..penen..


Duit gaji bulan pun habes buat salam kerok dengan hadiah..


Gua pun tak terkecuali dek aktiviti tersebut kerana gua banyak dapat undangan, lebih 6 undangan.. tapi bukan dalam satu hari lah.. dalam 6 undangan tuh, gua baru lah berkesempatan meluangkan masa, duit dan tenaga gua pada kenduri kawen bekas cikgu gua masa gua di sekolah teknik dulu.


Huish..


Gua memang tak sabar sebenarnya nak datang kenduri beliao sebab gua memang tak sabar nak tengok cikgu gua berkeris bersanding atas pelamin.. dan juga dapat jumpa member member lama yang memang dah lost contact lepas SPM..


Tapi malang sket, pasal gua tak dapat tengok pengantin bersanding.. sebab?


Sebab manusia yang BODOH menyebabkan kesesakan jalan raya.. lu orang bayangkan, patut dari JB ke Kota Tinggi boleh makan masa 1-11/2 jam, tapi gua sampai lebih kurang 3 JAM!!


Dalam kesesakan yang siak itu telah membuang masa gua yang sungguh banyak..


Gua tak dapat tengok cikgu gua bersanding.. SIAK betol.. gua pon tak tau.. kenapa sesak sangat.. gua tau lah arini hari cuti umum, kok ye pon takkan sesak sangat.. sebelum sebelum nih pun, gua ada gak ke Kota masa cuti umum.. takda plak JAMMED sampai macam hari nih.. Dalam kereta memang gua maki maki je si setan yang buat sesak tuh..



Dari observation gua dan rakan rakan, gua dapati bahawasanya kesesakan berlaku dek kerana ke'setan'an yang dilakukan oleh manusia di atas jalan raya. Lu orang pikir, satu lane buleh jadi TIGA! tak ke gila.. apa punya manusia.. isk.. bila kenang-kenang balek, macam mana diorang buleh dapat lesen.. tak tau baca signboard ke??? haduss...


Besok ada satu lagi jemputan.. kat Simpang Renggam plak.. kita tengok macamana nanti..



BERSAMBUNg...

kepada yang nak jadi pemandu berhemah di bawah khemah, sila klik INI - seronok!!



Pengajian Kejuruteraan Awam 1 - class of 2002/2003
SMT Tanjung Puteri


Cuba lu peratikan betol-betol, ada sekor TOYOL menyelit, nampak muka je.. kalao gua sebar kat akhbar nih, musti gua jadi kaya.. 'TOYOL... kau datang padaku berlari-lari.. lalala...'

Dari kiri:
Aidil 'Pandan', Airil 'Monster', Daniel, Pengantin - En Zaki, gua 'AkuSiMisteri', Nazrul 'Thol', Azhar, Muhizad

- gua tengok semua posing sama je .. cheh..


Nih on the way datang...
OK! gua tipu! sebab gua takda gambar time datang, gua tipu dengan gambar nih.. terimas..


On the way balek.. time nih gua tengah berpeloh-peloh.. panassss...


Wajah-wajah sengsara akibat cuaca panas.. uh.. panasss...

ayat|tambah: gua hangin dengan sorang member yang kata nak konvoi, sampai masa jangan kata batang hidung, tahi lalat bawah mulut pon tak nampak.. SIAK lah lu...

Wednesday, May 20, 2009

Bank 'bulan 5' macam S**L!

Gua memang bengang tahap gaban dengan satu bank nih.


Gua rugi RM200 sebab ATM bank nih macam S*AL! Gua rasa, baek lu orang hati hati dengan bank nih. Macam B*BI!


31hb Mac tuari, gua ada lah nak keluarkan duit gua yang dalam akaun A*Bank guna ATM si Bank 'bulan 5' nih. Gua bajet nak keluar RM200, tp haram! Satu sen pun tak keluar! So, gua ingat ATM tuh rosak ke, jahanam ke. Gua rilek je.


Lama gak, baru gua sedar duit gua RM200 tuh lesap dari akaun gua. Tuh pun sebab gua check via onlineBanking. Macam S*AL! Gua pun mendapatkan nasihat daripada kakak gua supaya buat report sebab beliao pon bekerja dengan A*Bank. Gua pun buatlah report, tapi lambat sket la sebab minggu tuh gua busy giler.


Bila gua dah buat report, gua tunggu sampai hari ini, dah sebulan lebih, still tak setel lagi. Gua bengang betol. Gua pun mintak tolong kakak gua follow up kes gua. Lu orang nak tao apa kata si
Bank 'bulan 5'? Diorang kata duit tuh dah keluar, dan gua dah sebat duit tuh!


Bapak la! Gua punya tahap nak maki sungguh tinggi siot! Gua macam nak bakar je semua cawangan
Bank 'bulan 5' kat Malaysia nih.


Dalam sejarah, gua memang tau ATM bank nih memang mcm S*AL! Tapi gua takda pilihan, dah tuh je ATM terdekat dengan tempat kerja gua. Kebetulan time gua keluar duit tuh gua kena standby, so, gua tak bulehlah nak gerak jauh.


Ah, lu memang S*AL lah
Bank 'bulan 5'! Kalau gua tak dapat balek RM200 gua, lu siap lah. Gua akan boikot lu, gua akan hasut semua orang. Gua akan buat surat layang. Biar lu bankrupt!


Kepada lu orang yang ada akaun
Bank 'bulan 5' nih, gua harap lu berhati hati. Walaupun RM200 gua tuh tak besar macam RM200k, tapi tuh duit gak. Dapat gak kalao nak pegi joli kat PD awal bulan depan. Dalam sejarah, memang banyak gua dengar komplen orang ramai pasal servis ATM bank nih!

Logo bank bangsat!


ayat|tambah: memang gua takkan bukak akaun kat kampeni lu lagi. S*AL!!!



Tuesday, May 19, 2009

Gua baru tapi dah lama, SIAK!

..."Awak dapat apa hari keluarga?"..


"Saya dapat grand prize, TV LCD 32inchi..hehe..saya tak pergilah"


"Kenapa tak pergi? Awak kena pergi. Awakkan baru masuk keluarga CICT"


"Akak pergi? Akak pun tak pergi kan? Kita sama la!!!" - siak! Gua bengkek giler dengan sekor akak yang pagi pagi dah sound gua macam lah beliao sebijik pengarah CICT! Mood gua nak pergi bersarap pun sedikit terganggu dengan sindiran sinis sekor itu!


Banyak plak cekadak nak ceramah gua pepagi. Macam lah dia pegi. Sendiri tak pegi nak sound gua! Mulut bau longkang siak! Gua benci betol! Pagi pagi gua semangat nak pegi sarap, nak buat keja, buleh plak sound gua macam lah gua nih kera sumbang. Walaupun gua baru lagi, tapi 88% staff kat situ dah kenal gua. Tak payah gua kenalkan diri gua, diorang sukarela kenal gua. Gua pun tak kenal dgn diorang, tapi diorang buleh kenal gua. Kira ok lah tuh. Tak payah susah susah nak join hari keluarga.


Hari keluarga? Ah, buat apa pergi kalao gua bujang. Tuh bukan hari keluarga lah kalau gua pergi sesorang. Nama pun 'keluarga', gua belum berkeluarga, cuma gua memanglah ada keluarga, tapi bukan keluarga gua, keluarga ayah gua. Gua nih masih lagi merupakan ahli keluarga ayah gua.


Gua belum punya keluarga sendiri tahu??? Kao tuh dah ada keluarga, apsal tak pergi? Gua taulah kao mungkin ada hal, pun sama gak dengan gua. Kalau gua tak pergi tuh mungkin gua ada hal. Tak payahlah nak sound gua macam gua kera sumbang macam lu. Tapi lu bukan kera sumbang. Lu kerang BUSUK!! Siak betol! Gua bengang!



ayat|tambah: gua macam nak sumbat bom C4 je kat mulut sekor tuh. Siak betol!