Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, May 3, 2010

Perginya seorang yang dikasihi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Sabtu lepas, macam biasa adalah cuti hujung minggu. Bersempena pulak dengan cuti 1 Mei, iaitu cuti hari pekerja. Hari pekerja? gua tak pulak celebrate hari tersebut walaupun hakikatnya hari tersebut diwujudkan untuk menghargai para pekerja di Malaysia (ataupun dunia kot) seperti gua nih yang dah bergelar 'pekerja'.

Hari cuti tanpa aktiviti, gua habiskan masa di rumah saja. Melayari internet, makan-minum dan tidur. Maka, lepas zuhur, gua melelapkan mata. Lebih kurang jam 4.30 petang gua bangkit untuk mencari sesuap (walhal dah bersuap) nasi kerana tetiba gua rasa lapar. Keluar saja dari bilik, ayah gua yang sedia ada di rumah sambil menghabiskan masa beliao menonton tv tiba-tiba bersuara tatkala melihat gua melangkah keluar bilik..

"Kita balik kampung, Pis." ayah gua bersuara. "Kampung? Kampung mana? Negeri Sembilan?" gua bertanya sebab gua pon konpius tetiba ayah gua ajah balik kampung. Sambil mengangguk, "Pak Ngah kau dah meninggal,"

Gua terkejut dalam mamai. "Hah, pak ngah? Pak ngah Ran??"

Itu-lah peristiwa yang berlaku pada Sabtu lepas. Perginya seorang pakcik yang baik. Pak Ngah gua tersebut merupakan adik ipar kepada ayah gua. Berusia dalam lingkungan 50-an. Sejurus mendengar berita tersebut, hati gua serba tak kena. Kalau ikotkan hati, langsung gua nak terus gerak ke kampung. Kebetulan pula mak gua takda di rumah, keluar ke hospital menziarah seorang jiran sakit. Gua dan ayah menunggu kepulangan mak gua untuk sama-sama berangkat ke kampung.

Kami tiba di kampung lebih kurang jam 10 malam. Setibanya di rumahnya, orang ramai dah ada berkunjung ke rumahnya. Gua masuk bertemu waris-warisnya dan masuk untuk melihat jenazah Allahyarham. Sedih, sebak, terharu. Macam-macam perasaan bercampur aduk dalam jiwa gua.

Gua sebenarnya tidak lah rapat dengan Allahyarham, tetapi gua sayang padanya kerana Allahyarham seorang yang baik, menghormati tetamu, rajin dan sebagainya. Allahyarham juga seorang yang taat pada tuntutan agama. Gua dapat lihat melalui tingkah laku dan wajahnya. Baik. Itu-lah perkataan terbaik untuk Allahyarham.

Sepanjang dua hari di sana, gua bersungguh menghulur bantuan dan kerahan tenaga gua dalam menguruskan jenazah Allahyarham, dari mandi sehingga pengebumian.

Keluarga Allahyarham paling terasa kehilangannya, terutama anak bongsu Allahyarham yang tak dapat mengawal emosi dan pengsan beberapa kali kerana mereka berdua rapat. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar.

Allahyarham disyaki meninggal kerana serangan jantung mengejut berikutan muka dan sebahagian badannya menjadi biru. Menurut waris, sebelum menghembus nafas terakhir, Allahyarham sempat berkunjung ke dua majlis perkahwinan. Sesampai di rumah, Allahyarham dikatakan muntah-muntah selepas menunaikan solat zuhur. Anak-anaknya membawak Allahyarham ke hospital namun, ALLAH lebih menyayangi Allahyarham, Allahyarham meninggal dalam perjalanan di atas pangkuan anaknya. Doktor mengesahkan dan mengesyaki akibat serangan jantung berikut simptom yang ditunjukkan.

Paling menyayat hati, Allahyarham sebenarnya telah bersiap untuk bergerak ke Johor bersama keluarganya. Beg pakaian dah disiapkan, kereta pon dah siap tersedia di depan rumah, hanya menunggu Allahyarham menunaikan solat zuhur.

Apakan daya, ajal-maut, jodoh-pertemuan adalah ketentuan Ilahi. Segalanya sudah tersurat. Pemergiannya amat dirasai namun redha tetap mengiring bersama Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman disisi ALLAH SWT. Amin

0 ketidak-puasan-hati: