Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, April 30, 2010

Sejarah, Kenangan, dan Masa Depan

Mungkin akan ada yang rasa geli geleman membaca penulisan gua. Mana-kan tidak, seorang lelaki bermadah bagai seorang puitis cinta yang kemaruk. Istilah zaman sekarang mudah, POYO ..

Tak kesah lah apa jua yang nak ditanggap terhadap diri gua. Meluah rasa, terkadang untuk meminta pendapat dan cita rasa orang lain .. mungkin lebih bernas daripada cita rasa sendiri..

Kalao diikutkan kronologi kisah hidup dan cinta gua, terkadang rasa memang nak muntah dengan segala luah rasa gua.. betol, bukan kamu saja, gua pon begitu juga.. masa menaip mengukir dan menyusun kata, rasa macam "ishh.. best nih.." .. bila kembali mengulang cerita terasa geli dan loya ..

Di ketika ini, gua sedang menaut kembali kasih dan cinta gua pada seseorang yang pernah suatu ketika menjadi kasih cinta gua yang PERTAMA. Bak kata orang, CINTA PERTAMA ITU SUKAR DILUPAKAN .. tak tau lah nak kata gua nih setia ke apa, tapi yang pasti gua selalu teringat pada dia dan berharap dia begitu juga bahkan sentiasa berdoa dia kembali kepada gua..

Kebelakangan ini gua rasa sejarah dan kenangan itu berlegar-legar mengelilingi hidup gua. Dalam rasa sedar tak sedar, hubungan gua dan dia yang suatu ketika hilang tanpa berita kembali bertaut ..  rasa gembira tak terkata.. macam-macam bayangan bermain di minda .. itu-ini, begitu-begini .. perihal tentang dia ..

Namun, hubungan ini seperti belum pasti .. pada masa sama, gua seolah dah tak berharap pada dia .. cuba nak cari yang lain pula .. apakah kesetiaan gua semakin goyah? takot .. gua takot tak setia .. gua takot berubah hala.. bukan dia, tapi gua sendiri .. gua seolah dah tak percaya pada diri gua lagi .. gua takot diri gua ini tak setia dan sampai hati bermain kayu tiga, walhal sekalian tahu gua bukan begitu ..

Dalam perihal cinta, segalanya mungkin berlaku .. kita manusia, merancang segalanya tapi ALLAH jua yang Maha Penentu segalanya .. doa saja menjadi medan memohon pertolongan dan hidayah daripada-Nya semoga yang baik-baik datang bertakhta ..

Sebenarnya, cinta antara gua dan dia seolah dah lama berkubur dan gua semakin mula melupakan kenangan silam gua dengan dia .. entah macamana, dia datang semula walau bukan dengan niat untuk menyambung kisah cinta yang lama .. gua yang ber-ia .. takot dia hilang dan gua berputih mata .. mula-mula gua was-was dengan hubungan yang gua minta .. gua rasa semacam gua bertepuk sebelah tangan .. tapi bila sering berhubungan, gua rasa semacam dia pon turut sama bertepuk .. seolah memberi harapan pada hubungan yang dulu putus entah bagaimana ..

Sekarang gua dan dia agak rapat dan selalu berhubungan, cuma gua belum berani nak minta apakah kami bisa menghebah perhubungan .. dalam bahasa cinta moden kini, DECLARE ..

Gua takot nak declare secara maya mahupun atas talian telefon semata .. gua takot, dia kecewa dengan apa yang dia harapkan daripada gua .. gua takot dia menyesal .. gua takot apa yang dibayang dan diharapkannya bukanlah seperti apa yang dalam imaginasinya.. gua juga begitu .. gua takot .. tapi gua redha, walau apa jua keputusannya, gua berharap dalam masa terdekat ini keputusannya telah disemat dan diputuskan ..

Gua berancangan untuk bertemu muka bertentang mata supaya jelas apa yang dirasa dan dibayangkannya .. selepas bertemu muka dan bertentang mata baru la langkah seterusnya di-orak untuk membangkitkan keputusan samada kita dapat bersama atau sebaliknya .. andai kata, kami tidak ditakdir bersama, semoga gua berani bangun melangkah semula mencari cinta dengan sesiapa yang sudi menerima gua se-adanya ..


nukilan,
mat cinta ..

1 ketidak-puasan-hati:

Si Jukogyu said...

sangat suwiiiiiiiiittt oke...

ape lagik jumpe la..kenal betul2...baru boleh amik langkah seterusnya...
smoge die jadik milik mu...

^_^