Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, May 13, 2010

It's called K.A.R.M.A

KARMA, gua tak pasti maksud sebenar .. bunyiknya sedap, terkadang macam bunyik KARAM Singh Walia .. entah la .. pada fahaman gua, KARMA seperti suatu takdir ... lu orang google ar sendiri maksud KARMA tuh ..

Bagi definisi gua sendiri, karma adalah takdir. ALHAMDULILLAH, kebelakangan ini karma kehidupan gua agak bersinar .. dari satu perkara baik kepada perkara yang lebih baik .. bahkan semakin baik .. kurniaan Ilahi ..

Karma gua lately sangat baik untuk gua namun memberikan sedikit impak yang mencelarukan pemikiran dan jiwa raga gua .. entah leee .. tapi yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya .. Hanya Dia Maha Mengetahui .. kita sekadar pasrah, tawakal dan sentiasa berdoa dan memohon semoga segalanya yang dikurniakan kepada kita yang baik-baik untuk diri kita dan sekeliling kita ..

Dalam aspek pemikiran gua, gua nih seorang yang sangat berfikiran negatif .. orang-orang sekeliling gua sangat jelak dengan pemikiran negatif gua .. contoh pemikiran negatif adalah; gua selalu berfikir yang buruk tentang sesuatu perkara yang pastinya mengusutkan lagi pemikiran .. misalnya; mesej gua yang tak berbalas, gua selalu fikir, "Ah, dah taknak mesej gua lagi la tuhhh .." padahal, mungkin ada sebab lain yang menyebabkan mesej gua tak berbalas ..

Jumud bukan? Pemikiran sedemikian .. namun, gua lebih selesa berfikir negatif daripada yang positif kerana pada gua, kalao kita berfikiran negatif apabila berlaku sesuatu yang NEGATIF, kita telah bersedia untuk menerima apa yang negatif itu .. paham tak maksud gua? Nak gua bagi contoh lagi keee... ?

Okeh, gua bagi contoh: Dalam exam, kita berfikir kita akan gagal. Jadi apabila kita 'betol-betol' gagal, maka kita tidak berapa kecewa berbanding jika kita fikir kita akan lulus tetapi gagal. Apakah yang kita akan buat? Bukan kah kita akan jadi lebih DOWN?!

Lebih kurang begitu lah .. lain pulak halnya dengan pemikiran orang sekeliling gua. .. mereka menyirap je bila membayangkan perangai gua nih .. always NEGATIVE then POSITIVE .. tapi itu lah gua... gua cuma nak lebih bersedia untuk menerima sesuatu yang negatif .. kalao gua berfikiran positif, apabila berlaku yang negatif, adakah mental gua bersedia nak menerima yang negatif? belum pasti atau belum tentu mental gua bersedia ..

Karma .. mungkin ia adalah karma gua .. takdir gua ..

Gua bersedia dengan pelbagai akibat .. samada gua berjaya atau gagal, pastinya gua akan bersedia menerima akibatnya .. semoga yang baik-baik dianugerahkan-Nya kepada gua .. Amin ..

Okeh .. cukup dulu .. gua galakkan kamu semua berfikiran positif sentiasa yee .. jgn ikot perangai gua yang dah macam nak rosak nih .. Selamat untuk semua!

0 ketidak-puasan-hati: