Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, May 9, 2010

Gua, misi dan dosa

Salam to all,

First, gua nak ucap ALHAMDULILLAH .. dan gua berharap kamu yang membaca nih pon ucap lah sekali .. bukan apa, tanda kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang .. masih memberi kita peluang bernafas atas muka bumi ini ..

ALHAMDULILLAH ..

Gua bersyukur sangat atas limpahan karunia ALLAH Taala kepada gua; ilmu, rezeki, hidayah, rahmat dan sebagainya ..

Gua dilimpahi atau dianugerahi dengan sedikit ilmu daripada ALLAH Taala .. namun, gua masih lagi menyalahgunakan ilmu yang dilimpahi oleh-Nya .. maksud gua, gua menggunakan ilmu yang dianugerahi bukan dengan tujuan atau niat yang baik walaupun ianya tidak menyusahkan mahupun menyakiti seseorang .. ilmu yang gua gunakan adalah lebih kepada 'menceroboh' privasi orang lain .. maksud gua di sini, bukan lah privasi seperti gua pegi skodeng makcik minah mandi ataupun pakcik Kordi berasmaradana dengan isteri beliao ..

Dunia hari ini, terutama remaja sudah ramai yang menyertai pelbagai komuniti maya seperti Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya .. dengan teknologi serba canggih ini lah pelbagai perkara yang berlaku, baik dan buruk .. sedih dan gembira ..

Gua dianugerahi dengan sedikit ilmu berkaitan alam maya (bukan gua saja, tapi kamu kamu juga .. ) dan gua 'terlalu bijak' memanipulasi kemahiran dan pengetahuan gua .. dengan berbekal sedikit ilmu dan pengetahuan, gua suka menjelajah ke laman sosial seseorang .. itu perkara lumrah buat remaja zaman sekarang .. yang buat gua rasa bersalah adalah, gua suka 'menyiasat' seseorang melalui laman maya .. selain itu juga, gua suka menggunakan khidmat 'kawan-kawan' untuk menyempurnakan misi gua, iaitu menjengah ke laman sosial seseorang yang sudah pastinya private and confidential bagi mereka-mereka yang tak berkenaan seperti gua ..

Mungkin ini satu ilmu .. sebab gua berjaya mencari seseorang yang kalau diikutkan susah untuk ditemui melainkan dengan skill atau kemahiran tertentu dalam bidang/alam maya nih ..

Gua rasa berdosa bila gua dah buat perkara tersebut, tetapi tak berfikir apabila nak buat .. walaupun dah berdosa, gua tetap teruskan juga menjelajah dan untuk mengesahkan misi gua .. dosa ke? gua rasa berdosa sebab kita jelajah tanpa pengetahuan dan kebenaran sang pemilik atau tuan punya diri ..

Lagi berdosa, bilamana gua melibatkan orang lain dalam misi gua .. semata-mata untuk mencapai misi gua ..

Gua mintak mahap kepada semua yang berkenaan .. tidak-lah dapat gua nyatakan di sini satu persatu daripada mereka kerana dah 'ramai' mangsa kekejaman gua nih .. sorry all, gua bukan niat nak menceroboh, cuma gua nak ambil tahu saja ..

Jadi, jangan-lah koma semua berperangai sebagaimana gua .. jahil, jahat, jumud .. perangai yang tak elok, okeh ..

Okeh, cukup dulu .. babai ..

0 ketidak-puasan-hati: