Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, April 24, 2010

Selemah-lemah iman - menegur dalam hati

Dalam Islam, kita digalakkan atau lebih tepat lagi disuruh melakukan makruf dan menegah kemungkaran.

Gua.. bukan-lah seorang yang sempurna dari segi peribadi, akhlak mahupun amal ibadah. Namun, gua punya rasa bertanggungjawab untuk menegah sebarang kemungkaran dan dalam masa yang sama memperbaiki diri gua daripada tercebur ke dalam lubang kemungkaran tersebut.

Ada sesetengah pihak, atau lebih tepat sesetengah individu agak sensitif bila mana gua menegur perkara-perkara atau perbuatan yang tak baik yang dilakukan di hadapan mata gua. Mungkin terkadang gua 'tersalah' cara atau kaedah tapi rasanya tak salah tempat dalam menegur kemungkaran yang berlaku.

Gua terkadang juga tak berfikir dengan lebih panjang cara gua menegur. Spontan. Itu yang biasa gua lakukan, mungkin akan sikap 'spontan' gua itu membangkitkan rasa tak puas hati atau marah atau malu terhadap mereka yang ditegur.

Gua mintak mahap, gua tak berniat nak memalukan sesiapa, sebaliknya niat gua cuma satu. Gua cuba nak menegah kemungkaran dan menyelamatkan kamu kamu yang ditegur daripada sambaran api neraka bahkan juga mengingatkan kamu kepada kemurkaan ALLAH SWT. Mungkin kamu akan berasa gua bajet bagos, berlagak alim dan yang sewaktu dengannya. Tapi percayalah, niat gua baik dan untuk kebaikan kita bersama.

Selemah lemah iman adalah menegur dari hati. Itu taraf keimanan seseorang insan yang digambarkan. Walau gua tak dapat nak menegah melalui perbuatan, gua masih mampu menegah melalui pertuturan atau ucapan dari lidah gua. Semoga kamu menerimanya sebagai satu teguran ikhlas daripada gua kerana kita K.A.W.A.N..

terima kasih kerana membaca~