Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, April 1, 2010

Gua ke - di - dari Kuching

Salam to all,

Gua selamat tiba semalam dari Kuching atas urusan kerja. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Apa gua nak cerita nih? gua tak reti sangat nak cerita, cumanya gua sangat teruja dapat naik 'kapal terbang' memandangkan it was my first time ever. Sebelum nih gua tak pernah merasa nak naik kapal terbang pasal takda pulak sebarang keperluan nak ke sana-sini menaiki kapal terbang. Sementelah, gua pon bukan dari kalangan keluarga yang senang-lenang boleh bercuti seberang laut.

Apapun, pengalaman pertama itu biasanya memberikan sedikit jawapan atas segala yang tidak pasti.

Pengalaman
Naik kapal terbang merupakan pengalaman pertama gua sepanjang lebih 20 tahun gua hidup. Serius! Perasaan sangat teruja cumanya tidak pula terkinja-kinja. Gua masih lagi tenang ketika melangkah masuk ke dalam pesawat. Tiada sebarang perasaan gemuruh, takut, cuak dan sebagainya yang berjaya menyelubungi diri gua walaupun sebelum itu dah ada orang menakut-nakutkan gua dengan perihal kejadian kemalangan yang melibatkan kapal terbang. Itu semua gua tolak ke tepi. Pada gua, kalau dah sampai ajal nak lari ke mana pon tetap akan mati jugak!
Gua rilek. Masuk ke dalam pesawat, mengambil tempat gua. Gua jakun, gua perati je apa penumpang lain buat. Pakai tali pinggang keledar dan sebagainya.
Ketika pesawat nak berlepas, gua sangat teruja merasai pengalaman berada dalam pesawat yang meluncur sangat laju sebelum naik ke awangan. BEST! Memang best. Nak rasa pengalaman dengan kelajuan tersebut kat atas jalan raya adalah sangat mustahil, maka hanya kapal terbang yang mampu merealisasikan perasaan gua tersebut.
Seawal penerbangan, gua tiada sebarang masalah. Tiada rasa nak muntah dan sebagainya. Ketika pesawat berada pada ketinggian lebih 20 ribu kaki dari aras laut, kepala gua tetiba sakit. Sakit yang AMAT! Bukan rasa pening, tapi sakit. Dengan telinga gua terkadang rasa macam berdengung, gua cuba nak lelapkan mata. Tapi sakit itu cuba menghalang tujuan gua. Dalam ketinggian 33 ribu kaki dari aras laut dengan kelajuan lebih 800km/j, gua cuba nak lelapkan mata. Malangnya, sakit tetap ada. Ketika pesawat semakin turun (dah nak sampai), baru-lah rasa sakit kepala gua hilang. Gua tak pasti apa puncanya, mungkin tekanan tinggi agaknya. Yang gua pelik, orang lain okeh je. Cuma gua sorang berkeadaan begitu. Mungkin sebab gua nih jakun, maklumlah pertama kali naik pesawat.
Perjalanan memakan masa 1jam 20minit.

Kuching
Tiba di Kuching lebih kurang 2.25 petang, terus check-in ke hotel Four Points. Sampai hotel lebih kurang 3 petang, kemudian terus naik bilik. Siap-siap solat semua, jam 3.30 petang gua bersama para pegawai dan Timbalan Pengarah jalan-jalan kat Waterfront City Kuching. Cari port makan, TPI belanja. Hihi..
Kemudian, sambung jalan-jalan ke Kampung Gersik untuk cari souvenir - kek lapis. Gua tak borong banyak sangat. Saje je nak tengok style kat sana. Sampai tempat di tuju, gua dah tak boleh handle. "Nak kena beli nih. Untuk mak, kawan-kawan"
Ada dalam 6 pack kek lapis bermacam jenis yang gua borong. Ingat nak borong lebih siket, tapi apakan daya gua kena buat bajet pasal gua cuma standby dalam dompet gua RM200 je. Gua tak pikir plak nak borong pada petang tuh sebab gua expect malam-malam pon boleh jalan-jalan lagi. Rupanya, sekitar jam 7 petang, kedai-kedai dah tutup. Huh.. Jadi sempatlah gua beli kek lapis dengan 3 helai baju untuk anak sedara gua.
Lepas dah borong siket tuh, cari teksi nak gerak balek hotel pasal dinner start 6.30 petang, walhal kami masih di situ sehingga jam 7.

Seminar
Seminar di BCCK bermula dari jam 9 pagi hingga ke petang. Kalau ikut agenda majlis, sehingga jam 8.30 malam tapi ramai peserta mintak habiskan awal atau tunda majlis ke masa yang lain sebab diorang nak jalan-jalan cari souvenir. Memandangkan masa yang terhad, ada yang kena naik flight awal keesokan harinya, maka penganjur bersetuju nak habiskan seminar jam 5 petang untuk beri peluang peserta jalan-jalan. Jam 8 malam dinner akan bermula.
Gua dan bos gua sorang (Datuk K) berniat memang taknak join dinner. Kami nak jalan-jalan lagi sambung cari souvenir. Maklumlah, teringat orang sini orang sana untuk diberikan buah tangan dari Kuching. Jadi, kami berkeputusan untuk berhenti di Main Bazaar dan kembali ke hotel dengan sendiri.
Sambung lagi cari souvenir. Kali nih, gua dah nak borong habis. Pon tak cukup lagi, sebab sebelum tuh akak gua mesej gua suruh carikan kek lapis. Officemate dia pesan. Huh.. lari lagi bajet gua. Malam sebelumnya gua berjaya cari ATM untuk keluarkan sedikit wang. Pon gua keluarkan siket je dalam RM200. Untuk rekod, kat Kuching tuh sangat susah nak cari ATM. huh..
Bila gua dah ada RM200, dengan nak belikan akak gua kek lapis lagi, baju-baju, itu-ini sampaikan tak cukup duit gua. Terpaksa pulak gua loan dengan bos gua. Haih la. Kalao akak gua tak pesan tuh semua, konpem lagi banyak souvenir yang gua boleh beli selain kek lapis.
Kat Sarawak terkenal dengan ikan terubok, kek lapis dan bagi para lelaki yang nak tunjuk 'jantan', satu lagi yang terkenal ialah gambir Sarawak. Huh, gua pon memula tak tahu dan tak paham fungsi gambir Sarawak. Selepas diterangkan oleh tourist guide, baru-lah gua tahuuuuu.. haih la..
Lepas dah cukup semua keperluan, gua dengan boss gua nak cari port makan pasal dah tak sempat pun nak join dinner kat Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Nasib kami agak baik pasal ada jugak peserta lain yang join kami yang terdiri daripada peserta-peserta dari TM KL, UPM dan KPT. Nasib kami lagi-lah baik, semuanya di 'payung' oleh orang TM. Hihi.. Habis makan dan borak pung-pang-pung-pang, kami balik semula ke hotel menaiki teksi. Setel hari kedua..

Back to Johore
Pagi-pagi lagi dah bersiap nak gerak balik. Souvenir dah ada. Seminar dah habis. It was time to head back to peninsular of Malaysia, Johore. Jam 9.30 pagi selepas breakfast, kami bergerak ke airport sebab penerbangan jam 10.50 pagi. Segalanya lancar.
Sekali lagi masalah gua bila pesawat berlepas. Kepala gua SAKIT. yeah, sama keadaannya semasa berlepas hari pertama.
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai jam 12.15 tengahari. Selamat. Kemudian kami dijemput oleh staf PHB untuk ke UTM. Sampai di UTM lebih kurang jam 1petang. Gua pon dah siap call mak gua untuk suruh ayah atau abang ipar gua amik gua kat UTM. Gua sengaja cabut balik rumah pasal dah penat. Kehkeh..

Itu saja pengalaman gua dapat naik kapal terbang. Yang best-nya dapat naik kapal terbang. Memang TERBAIK!

0 ketidak-puasan-hati: