Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, April 6, 2010

Langit tak selalunya cerah

Dalam apa jua perkara atau tindakan, segalanya diiringi dengan baik dan buruk.

Gua ada satu tabiat yang buruk, iaitu jarang BERFIKIR PANJANG dalam membuat keputusan atau tindakan.

Tindakan terbaru gua yang tak berfikir panjang ialah menghebahkan perihal peribadi gua kepada beberapa orang. Sebenarnya, gua cuma berfikir, orang tersebut adalah orang yang boleh gua percayai. Gua hargai segala macam jenis nasihat yang diberikan kepada gua secara percuma. Gua appreciate.

Cumanya, gua agak kesal dan menyesal kerana tak fikir panjang akan baik dan buruk perbuatan gua tersebut. Gua tak fikir pulak yang orang itu akan 'menghebah' kepada umum perihal gua walaupun ianya tidak secara terus, maksud gua secara kiasan. Gua cuma fikir gua dan dia berdialog secara profesional. Dialog sesama orang dewasa.

Hmm.. gua dah tak boleh nak fikir. Gua blur.. Dah terhebah nampaknya. Yang buat gua gusar ialah, gua tak yakin gua boleh lakukan sebagaimana nasihat yang dicurahkan oleh dia. Sebenarnya, gua dah putus harap. Gua dah tak berminat dan gua cuma nak fokus pada kehidupan mendatang gua. Masa depan gua.

Gua cuba nak sedapkan hati dia yang memberikan nasihat dan tunjuk ajar supaya nampak sikit gua hargai jasanya itu. Tapi apakan daya, susu yang gua harap rupanya air tawar je yang diberi. Entahlah..

Kepada kamu yang berkaitan, terima kasih atas nasihat kamu malam tadi. Gua kecewa sebab kamu menghebahkan berita ini. Gua kecewa. Gua cuma nak tunjukkan pada kamu yang gua menghargai nasihat kamu dengan melakukan apa yang kamu suruh/nasihatkan. Gua tak ikhlas dalam melakukannya. Ditambah pulak dengan perbuatan kamu menghebahkannya di laman sosial gua, gua dah tak reti nak buat apa.. nak delete nanti nampak sangat seolah gua meng-ia-kan tindakan kamu. Lebih baik gua pasrah je. Kamu nak hebahkan apa jua tentang kesah peribadi gua, dipersilakan. Cuma jangan terlampau sangat, sikit-sikit cukup.

Okeh la ye.. gua tak kan komen apa-apa tentang apa yang kamu hebahkan. Berdiam diri adalah PINTAR.

Wassalam..

0 ketidak-puasan-hati: