Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, March 25, 2010

Walau pahit, ku telan jua.. kihkih

Awal minggu nih, gua ada letak satu statement dalam status gua.. ada-lah perihal isu semasa sket.

Dalam statement tersebut, gua palitkan secara UMUM tentang satu kerjaya yang dikhabarkan bakal mendapat sedikit imbuhan tambahan tetapi gua simpulkan statement gua seolah-olah gua tak berpuas hati dengan berita tersebut berikutan kerjaya tersebut memberikan banyak impak yang negatif kepada penyandangnya..

Lantas, komen demi komen yang gua terima. Semuanya menyuarakan ketidak-puasan hati sama seperti gua, cuma ada pulak sekor minah nih yang 'TERASA' sangat. Dia mempertahankan orang-orang yang menyandang jawatan tersebut. Gua takda hal.

Dari segi bahasanya, gua menaip dan memahamkan susunan ayat dan kata gua itu secara UMUM. Tapi entah kenapa, minah tersebut seolah-olah membaca dan memahamkan susunan ayat dan kata gua itu secara KHUSUS seolah-olah gua menuding perihal negatif jawatan tersebut ke atas batang hidungnya! Aik?

Betul-lah kata sorang member gua, "dia tak senang hati sebab dia ada buat lah tu....lau tak nape nk melenting..." gua tak terfikir sampai ke situ pulak, tapi memandangkan 'keceluparan' ayat member gua tuh, gua rasa MUNGKIN ada betulnya. Nak tahu apa impaknya ke atas gua? hihi.. impaknya tidaklah sebesar mana yang mampu menggoyah iman gua untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ALLAH Taala ini.

Impak dari statement gua dan mungkin member gua tersebut ialah si minah telah 'memadam' nama gua dari senarai kawan-kawan FB-nya.. Gua jelaskan di sini, IA LANGSUNG TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA DIRI GUA DAN RAKAN-RAKAN. Cumanya, gua mula terfikir, sampai begitu sekali tindakan drastik yang diambil oleh cik minah hanya kerana statement UMUM daripada gua. Tindakan cik minah menggambarkan dan membenarkan statement member gua. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Sendiri faham-lah yer.

Walau apa pun, gua sikitpun tak terkilan, tak terguris dan langsung tak mendatangkan impak yang negatif dalam kehidupan gua. Takda hal. Lu nak delete pon okeh, memang takda kesan. Gua cuma nak nyatakan di sini, TINDAKAN CIK MINAH UMPAMA MENG-IA-KAN STATEMENT GUA.. lu pikir-lah sendiri..


p/s I: sesapa lagi nak terasa, DIPERSILAKAN.. none of my business.. :P
p/s II: entah-entah berbakul-bakul statement mengeji gua dalam page-nya.. agaknya-lah.. (SILA BERSANGKA BAIK! - abaikan 'p/s II' saya..)

0 ketidak-puasan-hati: