Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, March 26, 2010

Mulut tempayan boleh ditutup

Kebelakangan ini gua agak 'rajin' berbicara pelbagai hal dengan kawan-kawan. Dari yang sepatutnya sampai-lah kepada yang tak sepatutnya. Macam-macam cerita yang keluar dari mulut gua.

Kawan-kawan gua ada yang 'rajin' meluah rasa pada gua. Gua bersedia secara percuma mendengar dan kalau boleh memberi nasihat atas permasalahan mereka, tapi apakan daya terkadang kesilapan demi kesilapan yang gua orak sebagai langkah kehidupan gua tanpa sedikitpun gua sedari impaknya.

Kata orang, mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut orang?

Minggu lepas, gua ada berjumpa dengan seorang rakan. Makan-makan dan borak-borak kosong. Dalam perbualan tersebut, gua dah mati akal nak bercerita entah apa-apa topik. Lalu, gua pon membukak segala macam cerita untuk tidak menjadikan suasana kusam dan kelam. Gua bukak cerita satu persatu perihal perkembangan rakan-rakan semasa. Entah macamana, gua boleh tersasar dari perbualan dan 'terpecah' rahsia seorang rakan.

Gua ingat member gua tuh akan buat acuh tak acuh saja. Dan lagi, entah macamana gua diberitakan member gua tersebut telah membuka cerita gua itu kepada seorang membernya. Haih.. gua dan member gua umpama menarik 'pin' grenade dan hanya menanti ia meletup!

SILAP GUA! gua tersilap langkah bercerita kepada member gua sebab gua pun tak pernah nak menyangka dia akan membuka cerita yang sama kepada membernya.

Yang membuatkan gua kesal sekarang ini, masalah ini melibatkan beberapa pihak, hati dan perasaan. Ia melibatkan TIGA ORANG! Memang gua masak! Mati dan parah gua dibuatnya. Gua dah mati akal. Apa gua nak buat?

Untuk itu, gua berkeputusan untuk mematikan sebentar langkah gua dalam alam maya ini. Gua akan hanya memerhati segala macam tindak tanduk tanpa melakukan sebarang serangan balas.

Dengan isu ini yang dibongkar malam tadi menambah kekusutan gua. Gua semak!

0 ketidak-puasan-hati: