Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, March 22, 2010

Minat itu kembali

2007 merupakan tahun yang boleh gua banggakan. Dalam tahun tersebut, gua berada dalam tahun-tahun akhir pengajian, maka bermula juga projek akhir. Projek pilihan gua, ANIMASI.

Berbekalkan 'bakat' tak seberapa, gua menconteng kertas hingga menjadi sebuah animasi.

Dari kecik membawak ke hari ini, gua memang berminat dalam bidang seni lukis. Cumanya gua tak berbakat.

Pun begitu, walau gua tau gua tak berbakat, gua masih nak kongsi beberapa hasil sentuhan jari jemari serta idea gua yang tak seberapa. Berbekalkan pen murah berdakwat hitam, hasilnya adalah seperti berikut:


Gua melakar tanpa sebarang correction. Semuanya gua lakar secara 'LIVE'. Maknanya, kalao tersalah, gua tak buleh nak padam.. ini lah hasilnya.. tak seberapa, tapi membanggakan gua..

0 ketidak-puasan-hati: