Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, March 6, 2010

Ta'aruf: Sesi Perkenalan

Beberapa hari yang lepas, gua ada berborak dengan seorang rakan di laman maya. Topik perbualan kami lebih menjurus kepada kekeliruan yang dihadapi oleh rakan gua tersebut. Gua bertindak selaku 'kaunselor' dalam permasalahan beliau. Antara intipati perbualan, beliao berasa keliru dengan status perhubungan beliau dalam pada masa yang sama, beliau menyukai pasangannya cuma sedikit perasaan takut dalam menjalin perhubungan antara mereka.

Pelbagai nasihat se-mampu gua telah gua berikan kepadanya. Antaranya, gua menasihatinya supaya jangan bimbang dan jangan takut dengan perhubungan. Bahkan, adalah lebih baik mereka mengikat perhubungan mereka samada melalui proses pertunangan atau perkahwinan. Gua memberikan pendapat gua tentang 'bercinta selepas kahwin', malangnya beliau agak takot dengan konsep tersebut. Gua juga menasihati beliau supaya 'berta'aruf' dengan pasangannya. Beliau keliru. Apa itu ta'aruf?

Gua juga asalnya tak mengenali/memahami apa itu ta'aruf. Gua mengenali/memahami perkataan ta'aruf itu melalui sebuah filem cinta islamik yang antara babaknya menunjukkan/mengajarkan proses ta'aruf. Berikut, gua huraikan intipati mengenai ta'aruf yang gua jumpa di laman maya:


Pengenalan ta'aruf:
Taaruf adalah sesi berkenalan, kalau pada masa ini kita sebut sebagai berkenalan bertatap muka, atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Boleh juga dikatakan bahawa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf boleh juga dilakukan jika kedua belah pihak keluarga setuju dan tinggal menunggu keputusan anak untuk bersedia atau tidak untuk dilanjutkan ke jinjang pelamin - taaruf dengan mempertemukan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal.


Perbezaan ta'aruf dan pacaran (dating):
Sebagai sarana yang objektif dalam melakukan pengenalan dan pendekatan, taaruf sangat berbeza dengan pacaran. Taaruf secara syar`i memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin nikah. Perbezaan hakiki antara pacaran dengan ta’aruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Jika tujuan pacaran lebih kepada kenikmatan sesaat, zina, dan maksiat. Taaruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan.

Proses ta'aruf:
Dalam usaha ta’aruf dengan calon pasangan, pihak lelaki dan wanita dipersilakan menanyakan apa saja yang kira-kira terkait dengan kepentingan masing-masing nanti selama mengharungi kehidupan. Tapi tentu saja semua itu harus dilakukan dengan adab dan etikanya. Tidak boleh dilakukan cuma berdua saja. Harus ada yang mendampingi dan yang utama adalah wali atau keluarganya. Jadi, taaruf bukanlah bermesraan berdua, tapi lebih kepada perbicaraan yang bersifat realistis untuk mempersiapkan sebuah perjalanan panjang berdua.

Tujuan ta'aruf:
Taaruf adalah media syar`i yang dapat digunakan untuk melakukan pengenalan terhadap calon pasangan. Sisi yang dijadikan pengenalan tidak hanya terkait dengan data global, melainkan juga termasuk hal-hal kecil yang menurut masing-masing pihak cukup penting. Misalnya masalah kecantikan bakal isteri, dibolehkan untuk melihat langsung wajahnya dengan cara yang saksama, bukan cuma sekadar curi-curi pandang atau menatap fotonya. Justeru Islam telah memerintahkan seorang calon suami untuk mendatangi calon isterinya secara langsung face to face, bukan melalui media foto, lukisan atau video.

Kerana pada hakikatnya wajah seorang wanita itu bukan aurat, jadi tidak ada salahnya untuk dilihat. Khusus dalam kes taaruf, yang namanya melihat wajah itu bukan cuma melirik-melirik sekilas, tapi kalau perlu diperhati dengan teliti. Periksalah apakah ada jerawat yang tumbuh di sana. Begitu juga dia boleh meminta diperlihatkan kedua telapak tangan calon isterinya. Juga bukan melihat sekilas, tapi melihat dengan teliti. Kerana telapak tangan wanita bukanlah termasuk aurat.

Kelebihan ta'aruf:
Selain urusan melihat fizikal, taaruf juga harus menghasilkan data yang berkaitan dengan sikap, perilaku, pengalaman, cara kehidupan dan lain-lainnya. Hanya semua itu harus dilakukan dengan cara yang benar dan dalam koridor syariat Islam. Minimal harus ditemani orang lain baik dari keluarga calon isteri atau dari calon suami. Sehingga tidak dibenarkan untuk pergi jalan-jalan berdua, menonton, boncengan, dating dan seterusnya dengan menggunakan alasan taaruf. Janganlah ta`aruf menjadi pacaran, sehingga tidak terjadi khalwat dan ikhtilath antara pasangan yang belum jadi suami-isteri ini.

Hiasan: Dalam proses ta'aruf, si lelaki digalakkan melihat wajah dan tapak tangan bakal isterinya
Itulah dia proses ta'aruf dalam membina mahligai berumahtangga supaya akan mendapat keredhaan dan rahmat daripada ALLAH SWT serta menjadi sebuah keluarga yang sakinah yang mawaddah warahmah.

Wallahualam.

0 ketidak-puasan-hati: