Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, March 6, 2010

Lirik menusuk qolbu

Sejak kebelakangan ini, gua terlalu addicted pada lagu-lagu WALI Band. Bermula dengan lagu Cari Jodoh pada tahun lepas (gua addict pada Cari Jodoh sebelum lagunya masuk ke Malaysia lagi). Sampai ke detik ini, gua betul-betul ketagih. Hari-hari di rumah mahupun di pejabat sampaikan ke ringtone henset gua pon berlagu-kan WALI Band.

Bukan lirik-lirik jiwang sahaja, tapi lagu-lagu islamik yang dibawakan sungguh menyentuh hati. Terkadang pernah jugak gua ikut menyanyi lagu-lagu tuh sorang-sorang dalam bilik sampai-kan hampir menitiskan air mata (macam poyo kan? Tapi ini-lah yang berlaku. Terpulang apa jua pandangan kamu). Betul-betul menusuk qolbu. Gua jadi insaf. Gua jadi takut. Macam-macam perasaan gua.

Ke-addicted-an gua nih dah jadi satu bahan pulak. Mentang-mentang gua selalu bukak lagu WALI Band kat opis, sampaikan bila gua beraksi main futsal pon, boss gua suruh pasang lagu WALI Band.. kononnya nak suruh gua bersemangat dan bagi score.. Ceh..

Di sini gua nak berkongsi lirik-lirik lagu dan jugak lagunya sekali yang gua cilok dari laman Youtube untuk kamu semua hayati.. Sematkan lirik ini sebagai medium untuk kita lebih dekat kepada ALLAH. InsyaALLAH..


dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat
bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafighrullahal’adzim

ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astafighrullahal’adzim

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astafighrullahal’adzim

0 ketidak-puasan-hati: