Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, March 4, 2010

Surat Berantai: Lupakah pada rukun IMAN?

Gua pernah jugak bangkitkan isu surat berantai nih.

Dalam mailbox gua, dulu selalu menerima email/surat berantai yang meminta penerima forward/menyebarkan kandungan email/surat tersebut kepada umum. Kebiasaannya, surat berantai tersebut dihantar kepada gua oleh seorang yang beragama ISLAM!

Dalam kandungan surat berantai tersebut disuruh melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan yang mungkar. Tapi, yang tak sedapnya ada pulak isi-isi kandungan seperti akan menerima bala bencana atau malapetaka seandainya tidak mempedulikan surat tersebut iaitu tidak disebarkan kepada umum.

Ada pula diselitkan 'pengalaman' seseorang yang gagal menyebarkan atau tidak mempedulikan surat tersebut kononnya mereka ditimpa kecelakaan atau kesusahan akibat perbuatan tersebut! Eh, mana pergi pertimbangan kamu? Bukankah kamu menyatakan keimanan kamu dan mempercayai ENAM rukun IMAN; Percaya kepada ALLAH Taala, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Nabi dan Rasul, Percaya kepada Kitab, Percaya kepada hari  Akhirat dan Percaya kepada Qada' dan Qadar.

Jadi, sekiranya kamu percaya musibah yang menimpa kamu itu adalah disebabkan kamu tidak mengendahkan arahan surat tersebut, maka bererti kamu tidak percaya rukun IMAN ke-enam iaitu PERCAYA KEPADA QADA' dan QADAR ALLAH Taala!

Tolong-lah. Kita ada akal, kita ada Quran dan Sunnah Nabi SAW. Bagaimana kamu boleh percaya hanya kepada kandungan surat berkenaan yang berintipatikan 'sumpah' atas nama ALLAH Taala tetapi memberikan ugutan kepada penerima supaya menyebar dakyah tersebut jika tidak mahu ditimpa musibah. Astaghfirullah..

Niatnya nampak baik tapi INGAT! Niat tidak menghalalkan cara!

Sama-sama fikirkan. Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: