Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, March 4, 2010

Hilang pertimbangan

Last week, negara digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati apabila seorang lelaki telah melakukan 'penderaan' terhadap seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di hadapan umum sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit.

Pelbagai tohmahan dilempar kepada suspek. Sudahlah mendera, setelah ditahan dan disiasat, didapati pula suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa yang juga tinggal 'bersama' ibu mangsa. Dalam istilah lainnya, bersekedudukan.

Banyak faktor yang menimbulkan syak wasangka. Apa sebenarnya status mangsa. Menurut siasatan, didapati suami kepada ibu mangsa sedang dalam tahanan atas kes/jenayah yang dilakukannya. Tetapi, menurut sumber lain pula, ibu mangsa tinggal bersama teman lelakinya dan mereka saling mengenali sejak ENAM TAHUN yang lepas. Suami kepada ibu mangsa pula dipenjarakan sejak 2006. Timbul persoalan di sini. Siapa sebenarnya ayah mangsa?

Keluarga suspek pula mendakwa mangsa adalah anak kepada si pelaku/suspek.

Dalam masa yang sama, ibu mangsa di dakwa sedang hamil EMPAT BULAN disamping mangsa mempunyai seorang lagi anak berusia 1 tahun lebih. Jadi apakah yang dapat kita simpulkan di sini? GILA! Ini semua kerja gila. Kalau menurut pemerhatian gua, gua tafsirkan sebagai telah berlaku zina di antara ibu mangsa dengan teman lelakinya kerana di dapati mangsa mempunyai seorang adik berusia 1 tahun lebih sedangkan suami kepada ibu mangsa berada dalam tahanan sejak 2006! Tapi, tak nak lah gua tuduh.. takut jadik tuduhan qazaf.. kalau tak betul, mau kena sebat gua!

Hari ini pulak, ada satu lagi kes yang hampir sama, cumanya kali ini ia melibatkan kanak-kanak berusia 18 bulan berketurunan India. Gua tak heran sangat, cumanya sebagai manusia gua prihatin bila kanak-kanak yang tak tahu apa-apa diperlakukan sedemikian rupa! Apa dosa kanak-kanak tersebut? Nak makan pon masih disuapkan.. tak tahu apa-apa.. takkan sampai dipijak, dipukul dengan benda tumpol sampai MATI???

Okeh, gua nak timbulkan di sini, nampaknya norma-norma kemanusiaan dalam diri manusia semakin hilang. Hilang pertimbangan, hilang kewarasan. Tahun ini sahaja, dah macam-macam cerita melibatkan pertimbangan dan kewarasan manusia. Anak penggal bapa, anak rodok bapa dan sebagainya sehinggalah pulak penderaan kanak-kanak ini. Kasihan.. kalau marah sekali pun dengan kanak-kanak, takkan sampai begitu sekali?

Gua semakin hairan dengan keadaan dunia sekarang. Nampaknya, memang ketara tanda-tanda kiamat itu!
Semoga gua, keluarga gua, kawan-kawan gua dan kamu semua dilindungi ALLAH hendaknya. Amin..

Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: