Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, March 3, 2010

Nampaknya celaru lagi!

ALLAH Taala Maha Kuasa.

Sebelom gua ada, gua mintak macam-macam pada-Nya, dan kini bila ada tanda-tanda yang dianugerahi-Nya, gua jadi dilema. Kembali kepada-Nya memohon petunjuk.

Gua dah mula mengayat kekasih lama gua. Dalam masa yang sama, tiba-tiba muncul pulak seseorang yang sebelum ini tersenarai dalam TOP 5 gua. Gua ingat, gua dah boleh tapis semuanya. Tapi nampaknya, hati gua berbelah bahagi. Gua semacam menaruh lagi perasaan pada dia. Macamana pulak dengan kekasih lama gua? Takkan gua nak campak begitu saja. Walaupun belum ada kata yang pasti lagi dari kekasih lama gua, tapi gua mengharapkannya dan dalam masa yang sama, si dia juga menjadi harapan gua.

Entah lah.. mungkin ini antara jawapan yang ALLAH Taala berikan pada gua atas setiap permintaan yang gua pohon selalu kepada-Nya dalam solat gua. ALLAH Taala pastinya ada perancangan untuk hidup gua. Gua pasrah.. tapi gua masih perlukan petunjuk dan pertolongan daripada-Nya. Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dalam firasat gua pon, dah macam ada dua-tiga lagi nak masuk line. Gua nak tunggu dan lihat. Gua tak boleh buat keputusan terburu-buru. Gua mohon petunjuk ALLAH Taala semata. Tolonglah hamba-Mu ini Ya ALLAH.

0 ketidak-puasan-hati: