Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, March 5, 2010

Setinggi syukur ku panjatkan kepada-Mu, Ya ALLAH

Tarikh: 5 Mac 2010
Masa: 12:27 p.m

Di ketika gua menaip post ini, gua mungkin dalam keadaan gembira.

Gua sangat bersyukur jika apa yang dihebahkan di CICT ketika ini adalah benar! ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang melimpah kepada gua.

Dalam perjalanan karier gua, gua tak sangka akan secepat ini gua naik. ALHAMDULILLAH, sesungguhnya ALLAH Taala telah memperkenankan doa-doa gua. Betul-betul gua gembira bilamana pagi tadi semasa minum pagi, senpai gua mendapat panggilan daripada seorang member yang jugak Penolong Pegawai yang mengkhabarkan berita gembira tersebut. Gua mulanya seperti mengesyak sesuatu bilamana senpai gua bertanya-kan nama penuh gua.
Selepas si Penolong Pegawai, seorang lagi kakak di pejabat am yang call senpai gua. Ia seolah mengesahkan khabar tersebut. Gua terus macam terfikir, "Ah, sudah. Gua bersedia ke?"

Jadi, gua semacam yakin memang benar perkhabaran tersebut.

Ingat-lah, dalam apa jua perkara/keadaan, jangan lupakan ALLAH Taala. Sentiasalah berdoa memohon kepada-Nya, disamping redha, berserah dan tawakal kepada-Nya, Insyaallah ALLAH akan memakbulkan permohonan kamu. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Wallahualam..


Terima kasih kepada semua terutama kepada kedua ibu bapa, adik beradik, saudara mara, teman-teman sepermainan, rakan-rakan sekerja dan semua yang terlibat. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian.. ALLAH Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian..

0 ketidak-puasan-hati: