Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, March 22, 2010

Sakit itu suatu ujian

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertaubat
(Shaad:34)

Dalam ketika ini, gua sedang dalam keadaan sakit. Bukanlah sakit yang parah, hanya sedikit sakit yang diberikan oleh ALLAH Taala kepada gua untuk menguji gua. Gua sedang selesema, tekak tak sedap begitu juga badan gua.

Sesungguhnya, sakit yang gua sedang lalui ini merupakan ujian daripada ALLAH Taala yang ingin menguji kesabaran dan ketabahan gua. Sesungguhnya, aku tergolong dalam hamba-Mu yang lemah, Ya ALLAH.

Gua bersabar. Sedang bersabar dan sedang berusaha mencari penawar iaitu dengan pergi ke klinik.

Dalam petikan ayat surah Shaad, ALLAH Taala menerangkan tentang kisah nabi Sulaiman yang dilemparkan ujian ke atas baginda alaihissalam. Dalam firman ALLAH Taala itu, dinyatakan bahawa nabi Sulaiman a.s diuji dengan keadaan lemah dan sakit, kemudian baginda bertaubat. Sesungguhnya, ia satu ujian daripada ALLAH.

Dengan sifat yang sabar dalam mengharungi ujian ALLAH bakal memupuk nilai-nilai keimanan yang tinggi kepada ALLAH Taala.

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku
(Asy-Syua'araa:80)

Petikan ayat dalam surah di atas merupakan ucapan daripada Nabi Ibrahim a.s dalam menyampaikan dakwah syariat ALLAH Taala. Benar, ALLAH Taala sahaja tempat bergantung harap dan Dia-lah Maha Penyembuh.

Maka, marilah kita sama-sama berserah, sabar, tawakal kepada ALLAH atas segala macam ujian yang diberikan kepada kita. Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah di dalamnya. Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: