Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, March 20, 2010

HARAM itu jelas, HALAL itu jelas

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
(Al-Ma'idah: 90)
Dalam al-Quran al-Karim, telah dijelaskan oleh ALLAH SWT tentang segala hal yang merangkumi pelbagai perkara. Al-Quran merupakan kitab yang tidak dapat disangkal kerana ia diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup sekalian makhluk sejagat.

Gua berminat nak menyentuh tentang perkara-perkara atau perbuatan yang HARAM, yang jelas dan nyata serta telah tumbuh mekar dalam minda dan fikiran setiap umat manusia yang beragama ISLAM!

Antara perkara-perkara atau perbuatan yang HARAM adalah seperti berjudi dan minum arak.

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.
(Al-Baqarah: 219)

Terang dan nyata, ALLAH berfirman sesungguhnya arak (khamar) dan judi itu berdosa besar.
Kalau gua perhatikan dunia sekeliling pada hari ini, khususnya di kalangan muda mudi Melayu beragama Islam, arak dan judi sudah menjadi satu sindrom yang normal pada mereka. Tanpa rasa segan silu, meneguk arak dan berjudi. Apakah sudah hilang pedoman dalam mempertimbangkan baik buruk sesuatu yang dilakukan?


Mungkin akan mengatakan; ia sudah menjadi trend atau gaya hidup yang urban. "Minum hanya sedikit, tidak pula sampai mabuk!" mungkin ini antara kenyataan mempertahankan diri di kalangan individu yang beragama Islam yang melakukan perkara TERKUTUK tersebut. Sedarlah! Walau hanya setitik, dengan kerelaan diri sendiri tanpa sebarang paksaan atau dalam keadaan darurat, meminum arak itu HARAM dan berdosa besar!

Telah dijelaskan oleh ALLAH Taala, arak itu haram maka walau SETITIK tegukan, dosanya tetap sama seperti minum dalam isipadu yang banyak. Apakah kita boleh berkompromi dengan hukum yang telah ALLAH Taala firman-kan? Nauzubillah.. hilangkah pertimbangan?

ARAK ITU DOSA!
Hiasan: Arak dan judi boleh menghancurkan peribadi individu bahkan masyarakat

Mungkin akan ada pula kenyataan lain yang menegur, MEROKOK itu juga HARAM! Di sini, bukanlah gua nak menegakkan benang yang basah, tetapi di antara HALAL dan HARAM itu adalah 'syubhah'. Rokok boleh dikategorikan sebagai perkara yang syubhah kerana ianya tidak dijelaskan secara terperinci hukum tentangnya.
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat sesuatu yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi yang syubhah itu maka sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya, manakala sesiapa yang cenderung terlibat dengan syubhah maka ia terlibat dengan melakukan perkara yang haram".
Memang benar, rokok itu membahayakan kesihatan dan sesuatu perkara yang memudaratkan kesihatan itu adalah HARAM, namun ianya merupakan suatu perkara yang tidak jelas tentangnya tidak seperti arak dan judi yang jelas dan nyata telah ALLAH Taala ingatkan di dalam al-Quran tentang hukum dan dosanya.

Semoga apa yang gua cuba sampaikan mendapat manfaat. Tolonglah, kembali ke pangkal jalan. TAUBAT! ALLAH Maha Penerima Taubat. Walau setitik, sedarlah bahawa kamu telah memperoleh dosa yang besar. Tidak kira berapa banyak kuantiti yang kamu lakukan, HARAM TETAP HARAM!


Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: