Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, March 2, 2010

Hilang semua LIMA

Topik sebelom nih gua dah cerita pasal calon gua ada LIMA orang. Lepaih tuh gua cerita lagi, gua tapis sampai tinggal TIGA. La nih gua nak cerita, gua nak tepih semua. Dah takda satu pon.

Dalam LIMA calon tersebut, gua terlupa nak selitkan sorang lagi. Betul-betul lupa, pasai gua ingat dah takda harapan lagi. Tapi, hari ini, sebetulnya malam Ahad lepas, gua kembali nak menaut kasih lama. Dan alhamdulillah, nampak gayanya macam kena dengan caranya. Cuma macam biasa, orang pompuan nih suka mintak masa, takpa, gua kasi masa. Amek le berapa banyak masa, janji jangan kasi gua masuk angin keluar asap udah ler.

Lepas maghrib tadi, telepon gua berbunyik. Gua ada banyak nombor, dan yang berbunyik nih nombor maxis gua. Sebetulnya, gua terlelap. Tetiba gua dengar bunyik ringtone henset gua tuh (gua ada dua henset yang bernyawa). Dalam keadaan mamai, gua selamba je. Buat dek, malas nak jawab. Tetiba, gua macam terfikir, "eh, henset nih bunyik. Mesti dia". Gua terus bangun capai henset gua. BETOL! memang dia! hihi.. gua dapat satu MMS daripada dia.

Sebetol-nya, gua dengan dia dah ENAM tahun tak berjumpa selepas kami 'berputus kasih'. Dan hari ini gua gembira kerana wajahnya masih sama seperti yang selalu gua bayangkan. Tak sangka. Gua gembira. Macam ada petanda yang baik.

Jadi, gua teros rasa nak kensel semua calon gua. Tapi bila fikir balik, kalao dia tak jadik nak terima gua macamana? Gua rasa baik gua simpan siket. Gua nak simpan barang sorang-dua calon untuk backup. Mana-lah tau, jodoh gua dengan dia tak tersurat di Luh Mahfuz. Baik gua ambil tindakan berjaga-jaga. ye tak?

Okeh, gua tengah gembira nih. Dengan pantas gua kasi wallpaper henset gua bertukar rupa. Hihi.. gembira tak hingat dunia. Lepas Isyak tadi, gua gerak main futsal. Bermain dengan penuh perasaan gembira. Terasa macam nak call dia, tapi dia kerja shift malam hari nih. ENAM tahun, bayang-kanlah.. betapa gua setia menanti dan terus menanti dan alhamdulillah, penantian gua itu ALLAH Taala kurniakan dengan berita yang gembira. Syukran ya ALLAH. Alhamdulillah..

Doa-kan yang baik-baik untuk kami. Assalamualaikum..

0 ketidak-puasan-hati: