Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, March 9, 2010

Jadi, keputusannya..

Secara rasminya, jam 8.15 pagi tadi, gua telah melaporkan diri di pejabat am Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), Universiti Teknologi Malaysia.

Dan secara rasminya, gua juga telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di CICT. Selepas melapor diri di pejabat am, gua dikehendaki melapor diri kepada Pengarah CICT sebagai makluman perlantikan jawatan gua.

Pelbagai nasihat dan komen yang diberikan oleh Pengarah dan gua terima sebagai satu suntikan semangat untuk gua bertugas dengan lebih baik memikul tanggungjawab yang besar ini.

Setelah berteka-teki dan menarik tali, akhirnya gua telah muktamadkan keputusan gua.

TERIMA KASIH gua ucapkan kepada NetworkTeam CICT: Encik Zihan, Encik Tarikat, Encik Zainudin, Encik Jaya, Encik Hamri dan Encik Khairul Nizam atas kerjasama dan sokongan serta tunjuk ajar yang diberikan kepada gua sepanjang gua berkhidmat dan bertugas dalam unit rangkaian.
TERIMA KASIH banyak dan gua menghargai segala jasa baik kalian, hanya ALLAH Taala jua dapat membalasnya.

Akhir kata, doakan semoga gua dapat laksanakan amanah dan tanggungjawab gua nih dengan sebaik mungkin.. TERIMA KASIH sekali lagi.

Wallahualam.

0 ketidak-puasan-hati: