Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, March 8, 2010

Ini lah tawarannya...

Sebelum gua bercerita lanjut, mari kamu tengok dulu kronologi perjalanan gua dalam menempuh sasaran gua..

Graduat: 8 Mei 2008
Mula berkhidmat: 4 September 2008 (tidak termasuk jawatan-jawatan sebelumnya)
Temubual: 29 Disember 2009
Temuduga: 17 Februari 2010
Tawaran: 24 Februari 2010
Lapor diri: ??? (sebelum 9 MAC 2010)

Di atas adalah kronologi dalam perjalanan kerjaya gua setakat ini selepas graduat dari Politeknik Johor Bahru. Bermula sebagai seorang guru komputer sambilan di sebuah madrasah swasta, gua melangkah mencuba menjadi web administrator untuk sebuah syarikat pelancongan. Kemudian, selepas konvokesyen, gua memulakan tugas sebagi PC Support di sebuah pasaraya terkemuka negara yang bercawangan di Johor Bahru. Tiga bulan bertugas, gua ditawarkan jawatan Juruteknik Komputer di sebuah universiti tempatan selepas melalui proses temuduga.

Bertitik tolak dari itu, gua menjalankan tugas sebagai seorang Juruteknik Komputer yang ditempatkan bersama senior-senior, penyelia-penyelia dan ketua-ketua yang berpengalaman dalam bidang rangkaian komputer.

SERASI. Gua serasi bekerjasama dengan mereka. Selama hampir setahun setengah, gua bekerja dalam bidang ini, gua disahkan dalam jawatan atas sokongan penyelia gua yang berpuas-hati dengan kerja-kerja yang gua lakukan setakat itu.

Tidak lama selepas gua disahkan dalam jawatan satu lagi limpahan rezeki daripada ALLAH Taala kurniakan pada gua. Gua mendapat tawaran untuk ditemubual bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang memang gua idam-kan. Tak lama selepas sesi temubual, gua dipanggil pula untuk ditemuduga iaitu peringkat terakhir sebelum jawatan tersebut ditawarkan atau tidak kepada gua. Gua betul-betul tak sangka. Ingatkan gua tak 'lepas' sesi temubual. ALHAMDULILLAH.

Beberapa minggu selepas sesi temuduga, gua diberitakan terdapat sepucuk surat di alamatkan kepada gua daripada Pejabat Pendaftar. Gua berdebar, sangkaan gua tepat. Gua ditawarkan jawatan tersebut.

Gua mula bimbang jika gua diserapkan ke unit lain. Dalam bidang rangkaian komputer pon gua belum kuasai sepenuhnya, takkan dah nak kena cuba benda baru? Gua dimaklumkan untuk melapor diri selewat-lewatnya pada 9 Mac 2010 iaitu pada hari esok. Hari ini (8 Mac 2010) baru gua terima surat tersebut. Maknanya, gua cuma ada kurang 24 jam untuk memikir dan mempertimbangkan tawaran tersebut samada untuk menerima atau tidak.

Gambar: Berikut adalah isi kandungan surat jawapan yang gua terima pagi tadi

Gua perlu untuk isktikharah, tapi tempohnya terlalu singkat! Gua dilema jugak nih. Kita tengok nanti macamana keputusannya pagi esok samada gua akan lapor diri atau tidak..

Jawatan ini memang gua sangat idamkan tetapi tidak pula gua rancang dalam masa terdekat, tetapi ALLAH Maha Adil, ini adalah perancangan-Nya untuk gua. Gua kena pasrah. Perancangan gua dalam mengejar impian adalah dalam tempoh 5 tahun. 5 tahun sebagai juruteknik, 5 tahun menjadi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan 5 tahun tempoh untuk gua kejar cita-cita gua sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Ini hanya-lah rancangan gua, sesungguhnya ALLAH Taala penentu segalanya. Gua pasrah, redha dan bersyukur. Terima kasih ya ALLAH atas limpahan kurniaan-Mu.

ALHAMDULILLAH ..

Wallahualam.. doakan yang terbaik untuk gua..

nota|tambah: gua nak berterima kasih yang tak terhingga kepada NetworkTeam CICT - En Zihan, En Tarikat, En Zainudin, En Jaya, En Hamri dan En Khairul Nizam.. tidak dilupa kepada semua rakan sekerja, rakan sejabatan, rakan sejawatan dan rakan-rakan yang lain atas segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberi.. hanya ALLAH Taala yang dapat membalasnya.. TERIMA KASIH..

0 ketidak-puasan-hati: