Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, February 28, 2010

Kesah dulu: Gila KUASA

ultraman!!!!
heheheeh....
ak rasa mn2 muka pon time bdk2 msti lain amat la....
tp time skola mmg ko garang la...ktorg siap pnggil ko GK..
hehe...sowi piz...tp time mnta tolong ko..ko baik jer tolong...
hehe..so tk la ko grang mana pon...hehehe
makseh~~~
(Berikut ini bukan-lah kenyataan mempertahankan diri!)
Dulu-dulu. Zaman sekolah. Zaman muda remaja. Zaman belum kenal erti susah senang hidup di dunia. Masih bergantung harap pada mak bapak sepenuhnya.
Dulu-dulu. Dalam sejarah persekolahan gua, zaman paling gemilang buat gua adalah semasa gua menduduki sekolah menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3). Gua sendiri kata-lah kan. Orang lain kata lain. 

Zaman dulu-dulu (maksud gua zaman sekolah itu), gua tak berapa 'ngam' dengan pelajar-pelajar perempuan. Maklum-lah kan. Ada la sebab-sebab tertentu kenapa gua tak 'ngam' dengan mereka. Lain pulak hal-nya bila masing-masing dah besar, contohnya macam sekarang nih la kan. Sekarang buleh dikatakan rapat. Tak macam dulu.

Dulu-dulu, dalam sekolah, bukan gua nak membesarkan diri gua yang sedia besar nih, gua ada gak lah pegang beberapa jawatan besar; Pengawas, Komandan Sekolah, Komandan Kadet Polis.

Atas inspirasi penjawatan gua ini-lah, gua dilabel sebagai GILA KUASA. Mungkin! Ini adalah persepsi gua. Gua pon tak tahu menahu akan label tersebut sehingga-lah gua tamat sesi persekolahan dan mula rapat dengan beberapa orang pelajar perempuan. Segala perihal kesah dulu-dulu terdedah, termasuk juga perihal GILA KUASA gua itu. Gua tak pasti, dari mana muncul istilah tersebut atau siapa yang muncul-kan-nya. Gua taknak menuduh sesiapa, yang pasti gua dah tau, itu-lah persepsi mereka terhadap gua.

Gua ada beberapa sejarah dengan seorang pelajar perempuan sekolah gua yang juga sekelas dan paling sadis, dia adalah jiran yang sangat berhampiran dengan rumah gua. Sejarahnya bermula dari sekolah rendah dan membawak ke sekolah menengah, bahkan sehingga hari ini. Walau sekelas, bahkan sejiran, gua dah tak pernah bertegur sapa dengan dia. Nak tegur pon, nak bercerita pasal apa pulak kan? Baik gua buat hal gua, begitu juga dia.

Gua tak pasti, se-GILA KUASA mana gua. Setakat jadi komandan sekolah, melalak atas pentas memberi arahan baris, tak mungkin diisytihar sebagai GILA KUASA. Tapi mungkin juga. Gua dulu-dulu sangat skema, tak buat salah, tak buat kerja rumah, tak hisap rokok, tak melepak dan bermacam lagi yang gua tak buat. Gua juga dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang berpewatakan hampir sama dengan gua, cumanya gua tak tahu kenapa diorang tak pulak dapat label GILA KUASA. Nak kata gua nih suka beramah mesra dengan para cikgu, takda pulak. Gua takda pulak jadik feveret cikgu. Pelajaran gua pon average je. Gua tak pulak sebijak mereka-mereka yang sekarang nih dah menuju ke menara gading menuntut dalam pelbagai jurusan MASTER. Gua hanya-lah sederhana. Bahkan, biasa saja.

Gua dah tak terkilan. Gua dah tak marah. Dan sememangnya gua tak pernah marah bila gua dapat tahu istilah GILA KUASA itu untuk gua. Serius, past is past. Buat apa gua nak melenting.

Perubahan gua ketara selepas gua menamatkan zaman sekolah menengah (maksud gua selepas SPM). Gua dah tak skema. Gua merokok. Tapi gua masih kekal-kan identiti tidak melakukan vandalisme mahupun jenayah. Kalao setakat menunggang motorsikal tanpa lesen tuh, gua rasa itu biasa-la kan. Walau gua dah tak skema, gua masih belum menjadi jahat. Gua masih ingat pesan mak gua. Gua masih ingat ALLAH Taala. Di mana bumi gua pijak, di situ langit gua junjung. Lepas zaman sekolah, gua bekerja sementara sebelum menyambung pelajaran di Politeknik. Gua bergaul dengan bermacam manusia dan rakan-rakan gua. Pun masih gua belum buat jenayah. Gua tegaskan sekali lagi, paling jahat gua buat ialah merokok!

GI:LA KUASA. Gua masih konpius. Bagaimana mereka boleh isytiharkan gua begitu. Kalau-lah gua boleh mendapatkan jawapan! Dan gua pasti, agak pasti dan hampir pasti. Masih ada mereka-mereka di luar sana beranggapan gua masih GILA KUASA! Ada sesiapa boleh bagi jawapan?


Firman ALLAH SWT:
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya ۞ Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya ۞ Mereka itu-lah orang-orang yang akan mewarisi ۞ (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.۞
(Al-Mu'minuun:8 - 11)


0 ketidak-puasan-hati: