Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, February 18, 2010

PERAGOT tak berhati perot!!

Rasanya gua dah paham, kenapa peragut kalao dapat ditangkap oleh orang awam akan jadi lembik nyawa-nyawa ikan. Gua paham perasaan diorang..

Pasal gua pon dah rasa pagi tadi. Gua geram je dengan peragot tersebut!

Balek dari minum pagi tadi, gua memandu baby white gua dalam kelajuan minimum. Sebelum masuk ke satu simpang, gua ternampak sebuah motor menghimpit sebuah motor lain yang ditunggang oleh seorang akak. Gua ingat motor satu tuh saja acah akak tuh.

Tiba-tiba gua nampak dia grab sesuatu dari bakul akak tuh. "PERAGOT! AKAK TUH KENA RAGUT!!" gua jerit dalam keta. Kawan-kawan gua pon tersentak. Gua cuba nak tolong mengejar motor setan tuh. Apakan daya, gua memandu kereta, dia bawak motor. Kebetulan pulak traffic light merah, dia cilok.. gua? takkan gua nak cilok, melayanglah nyawa gua.. belum dapat rasa 'alam' kawen..

Jadi gua terus je batalkan niat gua. Kesian, gua kesian dengan akak tuh. Terpinga-pinga dia. Hadoi..

Bayangkan kalao dalam tuh ada suma duit perbelanjaan akak tuh untuk bulan nih sampai bulan depan.. tak ke kesian.

Gua memang nekad masa gua cuba kejar setan tuh, kalao traffic light hijau memang gua kejar. Gua kasi langgar je. Tak kisah la kalao bumper gua rosak ke calar ke. Yang penting dapat setan tuh, kasi pukul sampai lembik. Memang gua GERAM!!

Apa pun, nasehat gua kepada semua, berhati-hatilah. Kepada yang perempuan, kalao menunggang motosikal, pasanglah 'box' motor. Buleh simpan hand-bag dalam tuh. Taklah peragot aim yg dalam bakul je..

Kepada peragot, next time kalao gua menunggang motor lu bikin hal, percayalah.. gua akan kejar lu sampai ke lubang cacing..!

Hiasan ugutan: Kasi tengok apa jadi pada peragot kalao kena tangkap.. tak serik????

0 ketidak-puasan-hati: