Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, February 17, 2010

Sedar ruang.. Sedar DIRI

terkadang kita 'terlalu' sedar diri kita 'tersangat' cantek, jd kita 'teruja' untuk menayang benda yang tak sepatutnya yang menjadikan kita 'terhuduh'.. mahap atas statement biadab saya.. sila sedar diri~

gua buat statement di atas dalam status kat facebook gua. Punca gua buat statement di atas? sebabnya, tadi gua sempat 'mengumpat' dengan member gua perihal sekor awek nih. Meh gua story sket.

Arakian, terciptalah seorang hamba ALLAH ini dengan kesempurnaan dianugerahi kepadanya, cumanya ciptaan Tuhan itu tak seharusnya dipertikaikan. Pada gua, sekalian makhluk ciptaan tuhan itu indah, cumanya kita sebagai manusia yang membezakan; rupa paras, akhlak dan sebagainya.

Rasanya, gua berdosa kerana gua 'mengumpat' di sini. Tapi sekadar juga untuk peringatan bersama. Alkisah, hamba ALLAH ini pada pandangan mata gua, tidak-lah secantek mana. Serius, tak cantek pada pandangan mata gua, tak tau-lah kalao pandangan mata lu orang pulak kan. Maka, tercipta sebuah kesah yang tak sepatutnya dilakukan beliao. Gua rasa, beliao tidak sepatutnya 'mendedahkan' kekurangan diri beliao.

Dari rupa parasnya, pada gua 'tak berapa cantek' (SILA INGAT! Ciptaan ALLAH semuanya sama!) bila dipandang. Dengan 'kekurangan' sedemikian, adakah perlu kamu mendedahkan yang tak sepatutnya ditambah pula dengan rupa paras kamu?

Kita kena sedar. Siapa kita.

Dijadikan story, hamba ALLAH ini gua rasa beliao melihat dirinya di cermin sungguh cantik. Lebih cantik daripada Maya Karin agaknya. Percayalah, gua rasa bukan gua sorang melihat kamu sedemikian, bahkan orang lain juga. Tak tahu-lah kalao 'boy' kamu memandang sebaliknya. Dengan berbekalkan rupa paras sedemikian, mengapa kamu mendedahkan 'barang' paling berharga dalam diri kamu? Contohnya, kamu berpakaian yang tak sepatutnya seolah 'meminta' untuk dipersendakan walaupun kamu berasa kamu adalah 'tersangat' cantek dengan berpakaian sedemikian.

Tidak cukup dengan perilaku sedemikian, 'kegedikan' kamu dengan menempel pelbagai statement berkaitan 'kasih dan sayang' antara kamu dengan boy kamu sungguh menjelekkan. Perlukah statement sedemikian? Biar dia kasih dan sayang pada kamu, apa-lah salahnya kalao hanya kamu dan dia saja yang tahu. Seandainya mahu berkongsi dengan orang lain, tidak perlu rasanya menempel pelbagai statement yang menjelekkan. Gua jelek. Serius!

Bukan nak kata gua jeles. Gua tak jeles okeh. Sebesar zarah sekalipun gua tak jeles. Cumanya gua tak buleh terima kamu 'terlalu' menunjukkan kisah cinta kamu itu. Apa jadi kalao jodoh hanya setakat itu sahaja? Tidak ke kamu berasa malu?

Gua rasa, kamu ingin memberitahu 'dunia' bahawasanya kamu 'laku' untuk berkasih dan sayang. Itu lumrah manusia. Setiap insan layak untuk dikasih dan disayangi. Cumanya perlu ke kamu dedahkan segalanya tentang kemesraan kamu.?

Tolonglah. Sila sedar diri kamu. Biar gua buat statement biadab sket dan gua tahu, gua BERDOSA dengan statement gua ini. Sila sedar diri kamu, dengan rupa paras begitu kamu menunjukkan akhlak yang sungguh murah sekali. Walau kamu tidak secantik mana, tapi mungkin dengan akhlak yang baik kamu akan dipandang cantik sekali. Tolong! Kamu tak cantik, dan tak perlu berpakaian yang tak SESUAI dengan kamu! Tak perlu bersolek bagai! Lagi-pula wanita sangat dilarang bersolek selain untuk membahagiakan SUAMI!

Kamu tak cantik, dan tolong jaga akhlak kamu! Jangan dedahkan yang tak sepatutnya kepada umum! Kita kena sedar diri.!

Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..

Semoga inti-pati gua ini untuk suatu kesedaran. Wallahualam.

© akusimisteri.blogspot.com

1 ketidak-puasan-hati:

cikani said...

cikani likes this!