Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, February 13, 2010

I GOT A CALL

Salam to all,

Lately gua agak galak berblog. Haha.. nampak gaya memang gua dah tak buleh nak lari dari tabiat nih. Mana lagi gua nak meluah rasa kalao bukan dalam blog. Kalao ada 'awek' lain lah jugak kan. Selain mak gua, sini lah tempat gua meluah rasa.

Lately jugak, ketenteraman jiwa gua disentap. Sampai ke detik ini, bilamana gua memikirkan perkara tersebut, heart-beat gua menjadi kencang sejak dari hari pertama lagi, bila gua mendapat perkhabaran tersebut gua menjadi sangat gigil, cuak dan bermacam lagi. Keresahan gua membawa ke malam hari. Gua tak dapat tidur. Bayangkan, sampai ke pukul 4 pagi gua tak lelap. Gua pon tak sedar bila gua terlelap sebab last gua check time dah pukul 4 pagi lebih. Sedar-sedar dah pagi, kena pergi kerja. haha..

Hiasan: Jantung gua berdegup sangat kencang selagi tak selesai perkara ini

Kalao nak diikutkan 'long-term' gua dalam mengurus kehidupan, perkara inilah yang gua harapkan. Cumanya, gua tak pula berharap ia secepat ini!

Jauh dalam hati gua, terdapat dua sudut. Sudut yang satunya, gua memang berharap akan perkara ini cumanya gua tak mengharapkan ianya dalam kadar segera. Gua memang nakkan sangat. Memang ini perancangan gua selepas grade dan nampaknya, ALHAMDULILLAH doa gua diperkenankan-Nya.

Sudut yang satu lagi pula, gua masih bingung samada gua layak dan mampu nak memikul tanggungjawab yang besar. Bak kata pakcik Peter Parker; Great Power Comes Great Responsibility. Lagipulak, pengalaman gua masih belum cukup dan ilmu sedia ada gua pon belum tentu mampu nak cover tanggungjawab yang bakal diamanahkan (gua bercakap dalam perspektif bilamana gua dihadiahi perkara ini).

Selingan: Petikan filem Spider-Man

Dalam setiap perkara pastinya ada advantage dan disadvantage cumanya berapa peratus setiap satunya itu? Kalau diikutkan perspektif pemikiran 'jumud' gua, gua suka memainkan situasi 'kalau-kalau'. Dalam omputihnya 'if if situation' yang adik beradiknya 'win win situation'. Dan 'kalau-kalau' gua itu sangat terdorong kepada yang negatif..

Ditakdirkan, perkara tersebut tidak menyebelahi gua. Gua akan rasa bersyukur dan juga mungkin akan rasa kecewa. Gua akan bersyukur sebab diberikan peluang, dan jika tidak, gua akan berasa kecewa dan mungkinkah peluang itu akan kembali?

Mari kita lihat 'situasi kalau-kalau' yang gua cenderungkan ke arah yang negatif. 'Kalau perkara tersebut menyebelahi gua', adakah gua layak? Adakah gua mampu nak menyempurnakan tanggungjawab tersebut? Adakah gua boleh nak menyelesaikan pelbagai situasi yang bergantung harap pada apa yang dipertanggungjawabkan kepada gua? Perkara-perkara sedemikian yang selalu bermain dalam benak fikiran gua. Memang tak salah tag blog gua; Kecelaruan Jiwa Yang Kacau Bilau. Memang itulah gua. Jiwa yang selalu celaru hingga terkadang mengacau bilaukan hidup gua.

Hiasan: Jiwa gua betul-betul kacau..

Okeh, untuk situasi kali ini, (sama juga situasi yang lepas) gua takkan teragak-agak. Gua akan menempuh jua dugaannya dan selebihnya gua berserah dan tawakal kepada ALLAH. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, mungkin belum sampai masanya lagi. Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, gua akan cuba buat yang terbaik. Semuanya untuk mak gua, diri gua, kawan-kawan gua dan mungkin untuk orang sekeliling. Dan yang terpenting, gua akan lakukannya untuk 'orang yang gua sayang' dalam diam.

Semoga apa yang berlaku pada gua ini dapat gua tempuhi dengan sabar dan tabah. Semoga ianya untuk kebaikan kita bersama. Wallahualam..

Doakan yang terbaik untuk gua~

Assalamualaikum~

© akusimisteri.blogspot.com

0 ketidak-puasan-hati: