Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, February 13, 2010

Hari BODOH itu datang LAGI!!!

Besok, gua rasa tak perlu lah gua nak bagitau esok hari apa.. gua yakin, 99% rakyat Malaysia yang jumud tau esok adalah hari apa.

Setiap tahun, memang tarikh itulah yang ditunggu-tunggu pasangan kekasih yang BODOH! Bukan kata gua nak jeles, gua siket pon tak jeles walaupun gua takda awek pasal kalao ada pun awek, gua TAKKAN sambut hari bangang tersebut.

Bila timbul je tarikh tersebut, berpusu-pusu pasangan yang tongong mengucapkan 'Selamat Hari Kekasih' dgn memberikan keuntungan berganda kepada auntie tokeh kedai bunga kerana membeli sekuntum, dua kuntum, berjambak bahkan gua rasa kalao mereka kaya siap nak dibelinya auntie tokeh kedai bunga! Macam haram~

Semalam, dalam khutbah Jumaat, menyatakan bahawasanya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Johor telah mengharamkan sambutan hari tongong tersebut dikalangan umat Islam. Tapi gua masih lagi yakin, ramai umat Islam yang mengaku Islam akan menyambut perayaan esok. Macam-macam hal.

Nasehat gua kepada semua, JANGANLAH DISAMBUT hari tongong tersebut. Apakah hanya tarikh 14 Februari sahaja hari untuk mengucapkan atau meluahkan rasa sayang dan kasih kepada pasangan memasing? Tak logik dan bongok bukan?

Lebih-lebih lagi kalao yang menyambutnya itu adalah pasangan kekasih yang tiada langsung ikatan pernikahan. Perghh.. dah macam satu lesen plak. Terkadang pada hari tersebut, yang mana gua rasa tak mustahil akan berlaku ialah perbuatan yang 'menghampiri zina' akan dilakukan antara pasangan kekasih. Sila klik sini untuk keterangan lanjut.

Setiap tahun (baru tahun lepas) gua cuba menyebarkan dakyah betapa hari tersebut sungguh bodoh dan HARAM untuk disambut. Sila rujuk di sini tentang ketidak-puasan-hati gua tentang hari tersebut pada tahun lepas.

Akhir kata, lu orang sudah besar panjang. Ada otak, cuma akalnya lu orang belum nak gerakkan fungsinya sebaik mungkin. Gua harap, gerakkanlah akal lu orang. Fikirkan mana yang baik dan buruk. Dan pastinya akan ada statement balas tentang 'kebaikan' menyambut hari tersebut. Gua tunggu.. kalao ada sesapa nak buat kenyataan balas, dipersilakan. Gua bersedia nak tau dan juga pastinya tunggu kenyataan balas daripada gua pulak!

Okeh, jangan jadi bodoh dan jangan memperbodohkan diri sendiri.!


Sila layan klip video ini.. artist: YOUNG & DANGEROUS - tajuk: TAK PEDULI .. so do I...

0 ketidak-puasan-hati: