Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, February 19, 2010

Campur tangan

Kecoh negara kita dengan pelbagai isu; kalimah ALLAH, dan terkini perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Kecoh jugak, bila ada campurtangan asing yang cuba memonopoli sistem pentadbiran negara. Gua rasa macam, eh, besar sangat ke kuasa kamu nak campurtangan dan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pentadbir negara MALAYSIA? Krisis negara kamu langsung kami tak ambil peduli. Campurtangan? Jauh sekali.

Krisis politik negara pada hari ini, melalui pemerhatian gua semakin kritikal apabila DSAI dilepaskan dari tahanan ISA (samada telah tamat hukuman atau diberi pengampunan, gua tak berapa pasti). DSAI dilihat menjadi penggerak kepada krisis politik dengan usaha membawa pembaharuan kepada rakyat jelata.

Secara jujurnya, gua memang tabik sppprrriiinnnggg dengan DSAI kerana akalnya yang panjang. Tapi, sejak dua-tiga tahun lepas, sejak krisis politik semakin kritikal, gua lihat DSAI menjadi 'tulang belakang' terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Apa sudah jadi? DSAI dilihat sangat terdesak untuk memenuhi manifesto yang ditaburkan kepada rakyat. Pelbagai cara yang cuba digunakan termasuk isu-isu sensitif yang melibatkan agama Islam sendiri.

Apa sudah jadi? Sampai begitu sekali jadinya. Tidak berapa lama DSAI dilepaskan dari tahanan ISA, selepas PRU yang lalu, kecoh pulak kes sodomi beliao yang difailkan oleh Saiful Bukhari Azlan (SBA). Mula-mula gua dengar cakap-cakap belakang perihal laku SBA dan dengan sedikit bukti-bukti, gua terus membenci SBA. Selepas SBA melakukan sumpah Muhabalah, gua sedikit goyah dengan pendirian gua terhadap DSAI dan juga SBA. Gua mula melihat terdapat sinar kebenaran pada SBA lain pula halnya dengan DSAI kerana beliau enggan berbuat sebagaimana dilakukan oleh SBA untuk menafikan pertuduhan ke atasnya. Sudah terang lagi bersuluh bukan?

Gua taknak komen pasal muhabalah tersebut, cumanya pendirian gua terhadap DSAI mula pudar dari semasa ke semasa melihatkan perihal keadaan dan suasana negara kita.

Terbaru pulak, campurtangan 50 orang ahli parlimen Australia yang menandatangani memorandum mengarahkan tuduhan liwat ke atas DSAI ditarik balik atau digugurkan. Wah, ini sudah lebih! Kenapa perlu campurtangan urusan pentadbiran Malaysia? Dari situ gua dapat melihat, DSAI mula menggunakan pengaruhnya kepada negara-negara berpengaruh seperti Australia dan Amerika. Gua mula membenci tindakan atau pengaruh DSAI kerana gua mula melihat sosio-keamanan negara agak kucar kacir tidak seperti sebelumnya.

Pada gua, kalau DSAI berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Mengapa perlu melibatkan campurtangan luar? Lakukan saja muhabalah. Bela saja diri di mahkamah kerana PASTI yang 'HAK' itu akan tegak, yang 'BATIL' itu akan merangkak!

Gua cuma berharap, negara kita aman damai antara kaum. Tak perlu lakukan demonstrasi bagai sebabnya ia membuang masa, menganggu-gugat ekonomi masyarakat. Gua pun jadi pelik dengan penyokong-penyokong fanatik yang terlalu mengikut perasaan dalam menegakkan keadilan. Cuba diam seketika, muhasabah diri sendiri. Perhatikan gerak-geri, dalami diri dengan akal yang diberi. Kita lihat berdasarkan akal hakiki melalui pelbagai bukti, bukan dengar cakap orang sekililing diri! Kalau masih tak pasti, banyakkan doa berserah pada Ilahi.

Semoga Malaysia kembali makmur.

0 ketidak-puasan-hati: