Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, February 24, 2010

Ada LIMA

Mula-mula gua macam rasa ada EMPAT jer, sekali kira balik, eh.. ada LIMA rupanya.. haha.. meh gua story..

Dalam hidup gua sepertimana yang kamu kamu semua tahu (kepada yg follow kesah gua), gua adalah seorang teruna yang tiada sesiapa selain keluarga dan kawan-kawan. Maksud gua, kekasih/lover/awek/makwe atau apa sahaja gelaran yang kamu suka nak letak.

Mengikut perancangan hidup gua, sepatutnya tahun ini gua sudah ada calon dan bersedia untuk menempuh kehidupan rumahtangga tahun depan. Tetapi, memandangkan pula gaya hidup gua sekarang ini ditambah pula dengan sifat 'pemalu' gua nih, perancangan gua itu terpaksa gua dragged dari tahun ke tahun. Lately, gua telah sematkan dalam fikiran gua, gua akan nekad untuk mencari calon yang sesuai untuk menyelaraskan perancangan gua.

Dan dalam masa yang sama, gua dikelilingi oleh calon-calon yang agak ramai yang telah gua senarai-pendekkan mengikut kategori yang sesuai. Hanya menunggu masa untuk lidah gua bertindak dengan menggunakan strategi ayat yang power! Dan mengikut perkiraan gua, (sehingga petang tadi) gua telah senaraikan LIMA orang. Wow.. macam nak cari calon pilihanraya pulak!

Yeah, ada LIMA kesemuanya, berlatarbelakang-kan pelbagai gaya hidup, kerjaya, rupa dan attitude. Tidak dilupa, berlatarbelakang-kan bantuan rakan-rakan sekeliling. Jadi, bila-mana keadaan ini tiba, gua menjadi dilema dalam menentukan siapa yang paling layak (adakah gua layak untuk mereka?). Kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dengan sejarah yang tersendiri dengan gua. Ada pulak beberapa calon yang gua dah senarai-pendekkan tersebut menunjukkan ekspresi seperti 'syok' kat gua (ke gua perasan?), manakala ada pula yang memang saja-saja gua 'kacau' tapi macam melekat dalam hati gua. Entah-lah.

Gua pon dilema, ada pulak calon yang memang tengah mencari pasangan hidup cuma gua se-macam tak berani nak bersuara meluah rasa. Kawan-kawan jugak yang bagi information.

Gua rasa bersyukur sangat-lah sebab ALLAH Taala menemukan gua dengan kawan-kawan yang understanding nih. Tak sangka, betul gua tak sangka. Gua beruntung betol dapat kawan-kawan macam tuh. Sedaya upaya membantu gua. Bukan takat kawan-kawan se-joli, bahkan kawan-kawan sekerja termasuk juga para boss. Terkadang, gua jadik malu pulak. Dah macam desperate sangat!

Jadi, kesimpulannya, gua ada LIMA calon cuma menunggu masa yang tak sesuai dan mungkin mengambil masa yang panjang untuk gua luahkan. Gua sedang memerhati sambil bertindak secara perlahan-lahan. Ada antara calon gua itu se-macam nak disunting juga oleh rakan baik gua. Jadi, gua kena tunggu. Mana-lah tau tak jadik, buleh gua cucuk jarum gua. Tapi macam tak sedap pulak, 'kalao' calon gua itu menolak rakan baik gua, pastuh gua masuk jarum dan 'kalao' jarom gua tembus, musti member gua itu akan bengang! Hmm.. antara cabaran gua tuh.. Sebab tuh gua senarai-kan LIMA calon cumanya, gua takot 'yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran'.

 
Hiasan: Mana satu gua nak pilih??


We'll wait and see.. Wallahualam..


p/s: agaknya ada betul-nya (ALLAH Maha Mengetahui) kata mak gua dan jugak ramalan yang gua baca kat internet; kelopak mata gua dua-tiga minggu lepas berkenyit-kenyit: kata mak gua ► "nak tengok sesuatu" ramalan pulak kata ► nak dapat wang (petang tadi baru terima cek).. Wallahualam..

2 ketidak-puasan-hati:

cikani said...

dh ready ke nk bg 500 kt shrir heh3

hafiz-Taichou said...

erk.. tak termasok perancangan tuh..