Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, February 25, 2010

Malam Jumaat, the ghost story

Gua tak pasti video di atas sesuatu kejadian yang benar atau sebalik-nya.. Wallahualam..

Nih gua nak bercerita sempena malam Jumaat nih, pengalaman gua berhadapan dengan perkara-perkara ghaib sedemikian. Bukan-lah gua berdepan secara bersemuka, tetapi ada-lah pengalaman gua sendiri.

Dalam sebulan-dua yang lepas, kebetulannya pulak malam Jumaat. Jam di radio menunjukkan 1 pagi bila mana gua sampai di garaj di belakang blok gua. Gua baru je balik dari melakukan aktiviti melepak. Jadi, gua seperti lazimnya, selepas keluar kereta dan mengunci kereta, terus berjalan menuju ke blok gua untuk naik ke rumah.

Di tepi blok, sedang gua berjalan, tiba-tiba gua terdengar kucing 'mengiau' (kalao rimau - mengaum, kambing - mengembek.. kalao kuceng gua tak berapa tau, gua letak je mengiau) dengan suara serak. BETUL! kuceng tuh memang bersuara serak. Jadi gua tak heran jugak-lah pasal gua dah biasa dengar suara kuceng tuh. Selepas kuceng tuh mengiau yang pertama, gua terdengar satu sahutan suara agak jauh. Sahutan suara MENGILAI!! serius! Lepas MENGILAI, si kuceng itu mengiau lagi.. disahut lagi suara itu! Ah, sudah.. dalam ketika itu, gua belum berasa gigil, bahkan belum lagi goosebumps! Gua masih rilek menaiki tangga menuju ke rumah gua. Bila dah masuk bilik, baru-lah gua cepat-cepat selubung diri gua.. TAKUT beb.. huhu.. yang gua tak buleh handle, HILAIAN tuh bersahut dengan si kuceng. Lepas kuceng mengiau, dia pulak MENGILAI.. begitu-lah dalam dua-tiga HILAIAN. Seraammm... tapi gua buleh handle lagi, tak pulak gua berlari menaiki tangga. Kira gua masih buleh control-macho gua. Rilek je naik tangga.

Kejadian seterusnya dalam dua minggu lepas. Malam Tahun Baru Cina kedua. Maklumlah, besoknya cuti jadi gua amek kesempatan yang halal untuk tidur lewat. Kebetulannya pulak, gua tengah berlambak idea nak buat video pasal gathering gua. Dalam jam 2.30 - 3.00 pagi, dalam keadaan bilik gua yang gelap hanya bertemankan cahaya monitor, tiba-tiba gua dengar lagi 'suara' HILAIAN tuh.. DUA KALI! yeah, dua kali dia mengilai. Sangat mendayu suaranya... Ah, sudah lagi.. dan situasi yang sama berlaku pada gua. Gua masih rilek cumanya kali nih gua betol-betol goosebumps!  Gua masih rilek, meneruskan kerja gua. Buat-buat macam takda apa-apa.

Gua jugak pernah mengalami peristiwa nak kata nampak, tak jugak.. tapi mungkin kelibat sahaja. Ketika gua masih menuntut dulu, gua pernah bersama rakan serumah beramai-ramai melepak di Danga Bay. Pulak tuh, member gua sorang ajak jalan-jalan tengok Villa Nabila (mungkin orang Johor Bahru tahu sejarah Villa Nabila).. lepas meronda, kami melepak di Danga Bay. Dan gua pon gatal tangan nak snap gambar sorang member gua yang tengah baring di atas rumpot. Lepas dah snap gambar beliao, gua tengok hasilnya langsung tak kelihatan seperti susuk tubuh member gua. Gua pelik dan gabra! Gua terus ajak member-member suma blah pasal dah tak sedap hati! Bayangkan, gambar yang gua nak snap bukan-lah gambar member gua! Huish..

Itu antara pengalaman-pengalaman gua. Tapi kena ingat, Iblis-syaitan telah berjanji untuk menyesatkan anak-cucu-cicit Adam sehingga hari Kiamat dengan pelbagai cara untuk memesongkan akidah daripada ALLAH! Mungkin ini antara cara-nya supaya kita lebih takut-kan jelmaan sebegini daripada takut untuk melakukan kemungkaran.. Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: