Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, February 23, 2010

Pena itu lebih tajam dari sebilah pedang

Antara bidalan orang, mata pena itu bisa lebih tajam dari sebilah pedang. Ternyata ianya agak benar apabila ramai penulis bisa menjatuhkan seseorang hanya melalui penulisannya.

"Kerana mulut badan binasa. Penulisan itu rupanya lebih menikam jiwa."
akusimisteri

Itu yang boleh gua katakan dengan apa yang berlaku sekarang pada gua. Memang setiap kata-kata gua boleh mengguris sesiapa yang gua tujukan. Dan gua sedar akan setiap implikasinya ke atas gua, samada ianya baik atau buruk, itu yang gua sedia hadapi.

Tahun lepas, dalam sejarah penulisan gua dalam blog, gua telah mengguris seseorang yang tanpa gua sengajakan dan tanpa gua sedari setiap bait kata gua dibaca olehnya. Akibatnya, terhiris hati seseorang akibat dari tabiat kata-kata 'tak bertapis' gua. Terkadang, gua tak sedar perkara begini boleh berlaku. Gua tak sangka setiap bait kata gua boleh mengalirkan air mata seseorang. Apakah?

Percaya-lah, gua hanya meluah apa yang gua rasa melalui blog ini kerana tiada tempat lain untuk gua meluah selain kepada mak dan kawan-kawan rapat gua. Blog ini-lah yang sudi menerima setiap bait kata yang gua luahkan samada ianya baik, buruk, bersifat peribadi dan sebagainya. Gua tiada tempat lain lagi.

Oleh itu, terkadang perasaan amarah gua bisa melebihi segalanya dan membuatkan gua 'sangat sanggup' meluah kata yang tak sepatutnya yang gua sendiri tak sedar implikasinya ke atas diri dan masa depan gua.

Hari ini, gua sedikit terkedu dengan komen yang diberikan oleh 'seseorang' pembaca tulisan gua yang tak gua sengajakan telah 'ter-import' ke dalam laman Facebook gua. Terkedu hati gua membaca luahan ketidak-puasan-hatinya ke atas penulisan gua yang nampaknya begitu sedih atas bait kata tak bertapis gua.

Secara rasminya, gua nak memohon maaf andai kata-kata gua itu melukakan hati kamu kerana gua hanya meluah perasaan gua di dalam blog gua, akusimisteri.blogspot.com dan 'terlupa' bahawasanya segala posting gua di dalam blog ini akan 'ter-import' ke dalam notes gua di Facebook. Memang tidak dinafikan, gua memang agak emosi meluah perasaan dalam blog gua siang tadi. Cumanya, gua tak sangka kamu bisa membaca penulisan gua itu. Dan gua tidak sangka, sekali lagi dalam sejarah hidup gua, gua telah membuatkan 'seseorang' bersedih lagi! Itu memang mengesalkan gua. Gua tak sangka kamu akan sedih dengan kenyataan gua. Gua mintak mahap. (gua tak pasti kamu benar-benar sedih atau marah atau apa saja).

 
Hiasan: Gua minta maaf pada semua atas sebarang keterlanjuran gua dalam berkata atau tindak-tanduk


Dan gua berharap kamu menerima semacam apa yang gua luah itu sekadar luahan gua dan gua tidak tujukan kepada kamu. Anggap saja begitu, kerana itu lebih baik. Dan pastinya, permintaan kamu supaya gua memadam atau 'delete' posting tersebut tidak dapat gua lakukan kerana ianya bersifat peribadi gua. Itu luahan gua, dan andainya ada 'jodoh' antara kita, mungkin ini menjadi moment kenangan antara kita dalam pahit manisnya hubungan. Tapi itu hanya-lah permainan perasaan gua. Gua pasti, 'jodoh' itu bukan urusan kita. Dan selepas kejadian tersebut, naluri gua lebih yakin; TAKKAN ada apa-apa lagi antara kita kerana kamu mungkin takkan dapat menerima segala apa yang telah gua lakukan. Cuma gua berharap, kamu janganlah salahkan diri kamu dan jangan pula menuding jari kepada gua atas apa yang gua luahkan.

Gua takkan menyesal dengan kenyataan gua itu. Kerana itu adalah apa yang gua rasa, bukan disebabkan pengaruh dari mana-mana pihak atau pandangan. Ia adalah bersifat peribadi.

Akhir kata, terima kasih kepada kamu andai hubungan antara kita sebelum ini kamu hargai sebagai 'kawan'. Terima kasih juga jika hubungan antara kita itu 'bukan sebagai kawan'. Gua gembira kerana dapat mengenali kamu walau sedikit saja yang gua kenali dalam masa yang singkat. Ini-lah liku kehidupan gua, takkan mungkin dapat apa yang gua idamkan. Gua hanya berserah kepada-Nya kerana gua yakin, Dia penentu segalanya. Wallahualam..


© akusimisteri.blogspot.com

0 ketidak-puasan-hati: