Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, November 12, 2009

Syukur kepada-Mu, Ya ALLAH

Maka dengan rasminya, pada hari ini yang bertarikh 24 Zulkaedah aku diberi kesempatan dalam kepanjangan umurku yang menginjak setahun demi setahun. Dan dengan genapnya tarikh ini, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT yang masih memberi peluang kepada aku menikmati hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan mencari keredhaan daripada-Nya.

Masih nipis amalanku, semoga dengan peluang yang ada ini dapat aku menambah sedikit demi sedikit dan memperbaiki segala amalanku supaya lebih baik dari semalam agar dapat menjadi bekalan ku di alam barzakh kelak.

Ya ALLAH, dengan izin-Mu aku hidup,
Ampunkanlah segala dosa-dosaku,
Limpahkan aku dengan cahaya hidayah-Mu,
Peliharalah aku dan tunjukkanlah aku akan jalan yang benar,
Hindarkan aku daripada kemaksiatan,
Jauhkan aku daripada kemurkaan-Mu,
Masukkan aku ke dalam Jannah-Mu,
Tutupkan pintu neraka-Mu untukku,
Hanya kepada-Mu aku memohon,
Kepada-Mu aku meminta,
Kerana Kau Maha Pengasih,
Kau Maha Penyayang,
Segala Puji hanya untuk-Mu,
Perkenankanlah Ya ALLAH.
Berkumandangnya azan Maghrib hari ini, maka aku akan melangkah setapak lagi ke dunia ini dengan umurku yang bertambah dan dekatnya maut kepadaku.