Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, November 15, 2009

Rasionalisme

Oleh akusimisteri

Kebelakangan ini, negara kita sedang dilanda kemelut tentang beberapa perkara yang menyentuh sensitiviti agama Islam sendiri. Contohnya dengan penangkapan Sahibus Samahah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin aka Dr. MAZA.

Saya terpanggil untuk menyentuh perkara ini.

Pertamanya, berita penangkapan beliau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1 November lalu dengan tuduhan 'mengajar agama tanpa tauliah' di sebuah kediaman perseorangan di Taman Sri Ukay. Penangkapan beliau menjadi kecoh di seluruh negara sehingga Perdana Menteri terpanggil untuk memberi komen dan bertanyakan rasionalnya JAIS menahan bekas Mufti tersebut.

Secara logiknya, adakah rasional seorang bekas mufti berpendidikan sehingga PhD dalam bidang-bidang tertentu agama Islam dari Jordan dan juga seorang pensyarah di USM dilabelkan sebagai 'tiada tauliah' mengajar agama?

Ramai yang berpendapat, penangkapan dan pertuduhan yang dilemparkan kepada Dr. MAZA adalah sesuatu yang sangat tidak masuk akal! Begitu juga saya. Pertama kali saya membaca/mengetahui tentang penangkapan dan pertuduhan Dr. MAZA, saya sangat keliru dengan tuduhan mengajar tanpa tauliah. Adakah ini suatu konspirasi menjatuhkan Dr. MAZA?

Semasa beliau masih lagi memegang jawatan Mufti Perlis, saya secara peribadinya mengakui tidak bersetuju tentang beberapa pendapat Dr. MAZA. Namun begitu, dari perspektif yang lain saya amat menghormati beliau atas dasar pengetahuannya dan keberanian beliau mengulas beberapa perkara yang disandarkan atas pendapat peribadi beliau berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis . Ramai yang melabelkan beliau berfahaman Wahabi bahkan saya sendiri tidak memahami apa itu fahaman Wahabi.

Kedua, isu fahaman Wahabi ini dijadikan pula 'permainan' oleh pihak JAIS kepada Dr. MAZA selepas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah. Apakah sebenarnya agenda JAIS? Semasa ditahan, Dr. MAZA diarah untuk hadir ke Mahkamah Syariah untuk rekod pendaftaran pertuduhan ke atas beliau oleh pegawai penyiasat JAIS pada keesokan paginya. Tapi, satu lagi yang menimbulkan pertanyaan adalah pada hari pendaftaran pendakwaan seperti yang dijanjikan, TIADA langsung kelibat pegawai JAIS pada pagi hari seperti yang diarahkan. Malah, mereka LEWAT sehingga 2 jam dan memaksa ramai pihak tertunggu. Ini membuktikan tentang kredibiliti JAIS sendiri.

Seolah-olah, JAIS terperangkap dengan 'permainan' sendiri. Dr. MAZA dengan tenang hadir di perkarangan Mahkamah untuk mendengar pertuduhan ke atas beliau bersaksikan berpuluh penyokong yang juga hadir memberi sokongan kepada Dr. MAZA.

Pengarah JAIS kemudiannya membuat sidang akhbar pada hari sama memberikan pelbagai alasan atas penangkapan dan pertuduhan ke atas Dr. MAZA.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh JAIS? Sehingga melarang Dr. MAZA memberikan ceramah agama di negeri Selangor. Perkara ini bermula semasa Dr. MAZA masih menyandang jawatan Mufti Perlis lagi.

Apakah kriteria seseorang yang 'bertauliah' untuk memberikan ceramah atau mengajar agama di Selangor? Masih tidak cukupkah dengan pendidikan yang diperolehi oleh Dr. MAZA? Atau tidak layakkan seorang bekas mufti memberikan ceramah hanya kerana beliau tidak lagi menyandang jawatan mufti?

Persoalan di atas masih berlegar di minda saya yang tertanya-tanya rasionalnya Dr. MAZA ditangkap dengan pertuduhan yang tidak masuk akal! Juga situasi penangkapan Dr. MAZA yang melibatkan ramai anggota polis dalam episod penahanan Dr. MAZA. Seolah-olah beliau adalah seorang yang amat dikehendaki seperti Allahyarham Noordin Mat Top!

Dr. MAZA hanyalah seorang bekas mufti dan pensyarah di USM tetapi diperlakukan seolah-olah beliau adalah 'suatu ancaman' kepada negara!

Tidak rasional! Tidak masuk akal! Ini pendapat saya kepada JAIS terutama kepada Pengarah JAIS sendiri yang gagal bertindak berlandaskan pemikiran yang waras!

Akhir kata, saya teguh berdiri di belakang Dr. MAZA selagi beliau terus giat berdakwah memberikan pemahaman sebenar tentang agama Islam kepada umum. Jangan jadikan perbezaan pendapat sebagai suatu medium untuk menjatuhkan orang sehingga mempalit agama Islam yang suci secara tidak langsung.

0 ketidak-puasan-hati: