Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, October 18, 2009

Salah siapa? Mozilla, Streamyx atau GUA?

Kebelakangan ini hidup alam maya gua sedikit terganggu bila di rumah. Lain pulak halnya bila di tempat kerja.

Gua dibelenggu kerunsingan tentang line streamyx gua. Gua kembali dilanda masalah yang pernah melanda gua tanpa gua harapkan ia kembali setelah OK. Di ketika gua menaip entri ini, gua sedang menaip dalam suasana persekitaran Internet Explorer yang memang 'kaddang-kaddang' gua gunakan. Bukan 'jarrang-jarrang', tapi 'kaddang-kaddang'. Gua akhirnya cuba nak menyimpulkan permasalahan yang gua hadapi ini. Gua rasakan seperti masalah gua nih berpunca daripada Mozilla Firefox yang 'banyyak-banyyak' gua gunakan atau dalam bahasa mudah sanskritnya yang selalu gua gunakan.

Lain pulak halnya bilamana kontraktor TM datang melawat gua dan masalah gua yang menurut beliao adalah berpunca daripada soket telefon yang berkulat. BERKULAT? duduk di tepi longkang ka? Mungkin itu juga puncanya. Gua masih terbelenggu dek masalah ini.

Masalahnya cukup obvious. Bilamana gua mengklik sebarang hyperlink menggunakan mozilla firefox sebagai medium pelayar, gua pastinya dikerumuni masalah talian internet yang terputus-putus tanpa kerelaan gua. Gua pun tak tau. Dan bila gua berusaha menggunakan Internet Explorer, maka langsung tiada perlakuan talian internet yang terputus-putus. Sedikit sebanyak memberikan gua keputusan hipotesis yang mana masalahnya ialah Mozilla Firefox sendiri dan bukannya soket telefon gua.

Gua masih bingung. Gua cuba meronda-ronda kedai elektrik mencari soket telefon untuk menggantikannya, malangnya tiada kedai elektrik yang gua jumpa menjual barang tersebut. Mungkin gua perlu cari di kedai telefon. A.. aa.. agak-agak kedai jual top-up ada jual tak?

0 ketidak-puasan-hati: