Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, October 16, 2009

Tanpa konklusi

Gua semakin jarang menambah itu-ini dalam lemari blog gua. Gua dah terasa semacam tentang menokok-nambah intipati blog gua samada yang sahih mahupun sebaliknya.

Nak kata sibuk, memang sibuk gak, cuma tidak pula sesibuk orang-orang lain. Sibuk gua nih masih lagi mengizinkan gua tidor dan merokok di opis tanpa sebarang tentangan daripada mana-mana pihak yang terdekat dengan bilik opis gua. Cuma terkadang, gua rasa apa relevennya gua nak menaip menambah intisari kandungan blog gua? Gua tak terpikir sebarang idea untuk gua sumbatkan ke dalam blog nih.

Gua suka kalao ada yang menyinggah ke dalam blog gua. Tinggalkan komen, dan macam-macam lagi. Kalao ada komen tuh, konpem gua akan cuba respons. Macam di saat gua tengah menaip nih, gua masih terpinga-pinga tentang intisari yang cuba gua sumbatkan tanpa belas kasihan ke dalam blog gua nih. Tajuk yang gua selamba taip ialah "TANPA KONKLUSI". So, adakah perlu gua simpulkan sebarang konklusi untuk entri ini? gua rasa tak perlu. Gua harap, tiada sebarang emosi yang akan menguasai diri lu orang yang membaca entri ini andai kata entri kali ini "tergantung" tanpa penutup. Sila rujuk tajuk untuk lebih pemahaman!

Gua dah tak reti nak taip apa lagi. Di hari Jumaat yang mulia nih, gua tengah melepak kat opis sambil melayan mp3 tanpa melakukan sebarang kerja walhal berlambak kerja-kerja gua yang perlu gua selesaikan. Bukan gua taknak buat, tapi nikotin di dalam darah gua semakin pudar dan gua perlu top-up dulu nikotin dalam darah gua. Kerja-kerja konfigurasi access point gua dah hand-over pada budak praktikal. Karang gua ajar macam mana nak configure, gua harap takkan ada sebarang bantahan ketidak puasan hati beliao kerana kerja tersebutnya sepatutnya gua yang buat.

Darah gua memberontak inginkan nikotin. apa perlu gua buat?


0 ketidak-puasan-hati: