Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, October 29, 2009

Mencari yang sempurna

Dalam beribadah, kita mencari yang sempurna semoga amalan kita diterima-Nya.

Gua sekarang nih semakin konpius dengan beberapa fahaman/pendapat para Ulama' dalam beberapa perkara. Antara yang nyata membuatkan kepala gua pusing ialah tentang solat.

Biar gua bagi contoh yang membuatkan kepusingan kepala gua yang melebihi 360 darjah. Selepas iktidal, konpem kita kena sujud. Betul tak? Dalam perbuatan solat ini, ada beberapa pendapat Ulama yang kelihatan bercanggah. Menurut sebahagian Ulama, 'hendaklah mendahulukan lutut sebelum tangan ketika turun untuk sujud' dan pendapat sebahagian Ulama yang lain adalah sebaliknya; 'hendaklah mendahulukan tangan mencecah ke tempat sujud sebelum lutut'.

Perkara sebegini yang membuatkan gua keliru. Fahaman mana yang perlu gua ikut. Yang mana betul. Kedua-dua perbezaan Ulama di atas adalah berdasarkan kepada 'hadis' yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat Nabi SAW, samada ianya sahih ataupun khilaf, gua tak buleh nak nyatakan kerana ada perbezaan pendapat di situ.

Contoh hadis yang pertama yang dijadikan rujukan:

Aku melihat Rasulullah SAW apabila sujud beliau meletakkan lututnya sebelum tangannya“.


Contoh kedua:
Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda “bila kalian sujud, maka jangan kalian turun seperti turunnya unta (maka hendaklah) meletakkan tangannya sebelum lututnya“. Dikeluarkan oleh tiga (Abu Daud, Nasa’y dan Tirmidzy, dengan lafadz dari Tirmidzy). Imam Nasa’y mengeluarkan hadits dari Abu Hurairah juga tanpa menyebutkan ”maka letakan tanganya sebelum lututnya” (Subulus Salam).

Jadi timbul kekeliruan dalam kepala gua. Menurut pendapat Ulama', contoh hadis kedua adalah lebih sahih daripada yang pertama. Kalau kita tengok cara unta duduk, pastinya unta akan melutut dahulu menggunakan kedua kaki hadapannya sebelum menjatuhkan kaki belakangnya. Dari segi perspektif sains pula menyatakan bahawa, lutut bagi haiwan berkaki empat seperti unta, lututnya adalah pada kedua kaki hadapannya (yang dilihat sebagai tangan) berbeza dengan manusia di mana lututnya adalah di kedua belah kaki.

Jadi, kemusykilan gua timbul dan gua nekad buat keputusan berdiri atas keyakinan sendiri. Gua mengikut kata naluri gua yang lebih kuat. Yang penting kita yakin dan terpenting sekali adalah mencari khusyu' dalam solat dan beribadah.

Semoga amalan gua diterima-Nya. Amin.

0 ketidak-puasan-hati: