Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, October 28, 2009

Tipu - Bohong itu DOSA~

Semua sedia maklum, menipu, berbohong dan seangkatan dengannya merupakan satu dosa dan membuatkan ALLAH murka.

Lokasi: Maybank Taman Tasek
Masa: Lebih kurang 8.50 malam
Situasi:
Gua keluar dari bank setelah selesai urusan gua. Bukak je pintu bank untuk keluar, sorang mamat panggil gua. Memang gua dah sedar kehadiran mamat tuh bersama sorang member beliao sejak dari gua tiba ke bank, cuma gua tak sedar tujuan beliao di hadapan bank tersebut.

Mamat: Bang, nih Prudential BSN (gua tak jelas sangat apa beliao katakan - sambil menghulur sehelai kertas kepada gua). Abang belajar lagi ke kerja?

Gua: Belajar (sambil teragak-agak nak menjawab - padahal gua dah lama tinggalkan dunia pembelajaran)

Mamat: Abang belajar kat mana? Kat UTM ke? (mungkin beliao terperasan t-shirt yang gua pakai ada logo UTM)

Gua: Ha'ah (pantas gua jawab)

Mamat: [Bla.. bla..] (membebel tak tentu hala, gua tak berapa amek port tapi gua agak melayan sebab kesian penat kerja sampai malam.. tak sampai hati gua nak ignore je). Abang amek course apa?

Gua: Teknologi Maklumat (padahal macam takda je course tuh kat UTM.. miahahaa)

Mamat: OK takpa, nih kad saya abang boleh call kalao abang abes belajar, dah kerja (sambil hulur kad beliao). Tak pon saya amek nombor abang. Berapa nombor abang? Sebab kita ada jugak masuk UTM.

Gua: [Bla.. bla..] (gua cepat je bagi nombor gua dengan nama gua)

Lepas setel conversation gua, gua terus blah.

Kesimpulannya:
Gua terpaksa menipu, pasal gua tak minat dengan apa yang beliao tawarkan. Dan gua sememangnya tak pernah minat benda-benda cenggitu sebab pada gua ianya kompleks dan memerlukan kos yang mungkin tinggi. Gua tak minat nak pecah kepala pikir benda macam tuh.
Sudahnya, gua telah menipu dengan penipuan yang dahsyat, gua dah melakukan dosa dengan sengaja. Tapi, bab nombor telefon dengan nama tuh entah macamana gua tak sampai hati nak tipu. Gua terpaksa-rela bagi nombor telefon gua dengan jujur dan penuh hemah.

Jadi, kepada lu orang di luar sana, janganlah menipu. Berdosa tau! Dan gua mungkin telah menerima sedikit balasan akibat daripada menipu itu kerana gua 'terlepas' simpang nak ke tempat yang sepatutnya gua tuju, padahal memang gua dah plan baik punya lepas gua setel hal gua kat bank tuh.

Ok semua. Jangan menipu. Hidup kena jujur, baru berkat hidup kita. Ok.. adios..

2 ketidak-puasan-hati:

M!zZ Qh!EeK@n said...

tipu sunat tak per kan...

pandai dieorg cari castemer.. kat bank lak tu tentu org beruwang..

tapi kadang2 bahaya gak kalau org tak kenal tegur kat bank ni...
isk..

penulis.tidak.bernama said...

mazhab mana kata ada 'tipu sunat'?