Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, August 2, 2009

Cinta kera

Gua bosan-bosan pagi nih, gua cuba melakukan sesuatu perkara yang realistik.. tapi gua tetap gagal.. maka, berbekalkan nyawa sebuah PC nih, gua membelek gambar-gambar dulu-dulu..


Kadang gua senyum..
Kadang gua gelak..
Kadang gua rasa sedih..


Terlakar memori dalam sebuah gambar.. apa yang gua nak celoteh kat sini ialah tentang cinta..

Banyak gambar-gambar dalam simpanan gua adalah gambar-gambar semasa gua bergelar student.. dan banyak juga antara gambar-gambar tersebut merakam detik-detik manis member-member gua bercinta..

Kalao bercinta di sekolah dulu, dipanggil cinta monyet.. kalao di IPT? gua tak pikir panjang, gua klasifikasi sebagai 'cinta kera'.. ok tak? apa yang gua nak cerita?

Dalam kelas gua, hanya ada 9 orang pelajar lelaki termasuk diri gua.. dan di antara 9 orang tersebut ada dalam 4-5 orang yang bercinta sesama rakan sekelas.. maksud gua di sini, awek-awek member gua juga merupakan rakan sekelas gua.. tak lepas juga pelajar perempuan yang ketika tuh sedang hangat bercinta dengan bukan rakan sekelas..

Dan kesemua 4 orang pelajar lelaki yang bercinta sesama rakan sekelas tersebut langsung tak menjadi.. walaupun perhubungan mereka kekal walau selepas tamat pengajian, tapi jodoh-pertemuan mereka itu telah disuratkan.. lepas tamat pengajian, cinta yang mereka jalinkan rupanya hanya setengah jalan.. baru-baru nih pon, ada member gua yang gua bayangkan untuk ke jinjang pelamin terputus di tengah jalan.. 4 tahun berkawan/bercinta, tapi akhirnya?

Naseb baik gua tak termasuk dalam kategori cinta kera tersebut.. masa study dulu pon, gua bercita-cita gak nak bercinta nih.. dan gua pernah 'bercinta' dengan seorang awek bukan sekelas dan juga bukan dari pusat pengajian yang sama tapi cuma bertahan hanya 30 hari kalao gua tak silap.. mungkin masa tuh gua terburu-buru nak bercinta.. hehe, merasa gak gua.. tapi sebulan je..

Gua pon ada berminat dengan pelajar perempuan dalam kelas gua, tapi tak kesampaian.. awek tuh mungkin tak suka nak berkawan dengan gua, maklomlah rupa paras gua yang seakan-akan beranak 'EMPAT'..lagipula, awek tersebut berasal dari negeri Che Wan Kembang dan mak gua tak merestui hubungan gua dengan orang sana.. gua pasrah..

Apa pun, cinta kera member-member gua nih bagai satu drama swasta.. gua teringin gak nak tengok orang yang bercinta sakan nih naik pelamin bersama.. nak tengok gak la hasil cinta yang bagai nak rak masa belajar.. sanggup tak study, keluar berlendir.. tapi apa pun tak jadi.. lepas tamat pengajian, gua dengar ramai member perempuan sekelas gua menamatkan zaman solo.. tak jempot pon.. cuma ada dua orang je yang menjempot.. dan seorang lagi akan datang..

Gua? Bila lagi? Heh.. gua tunggu jodoh tuh datang bergolek.. gua malas nak mengerah kudrat gua tackle awek.. biar gua jadi kutu sudah.. haha..



ayat|tambah: hujung tahun depan gua nak bertunang.. sapa-sapa nak kawen cepat tapi tiada calon, sila hubungi gua.. hantar resume beserta gambar terkini berukuran poskad..

3 ketidak-puasan-hati:

clarabella said...

'awek tuh mungkin tak suka nak berkawan dengan gua, maklomlah rupa paras gua yang seakan-akan beranak 'EMPAT'

anda sgt holly..:)

Qh!EeK@n said...

salam...

dari sekepg gambar mengambrkan berbagai cerita...suka dan duka..

cinta kera?? hakhakhak...

anda pon terbabit gak lan ngan cinta kera ni...huhuhu
aper macam seronok tak bercinta kera ni???

AkuSiMisteri said...

bell:
gua nih hollywood hulk hogan..

Qh!EeK@n:
gua tak terlibat secara langsung atau tidak dalam sengketa cinta kera nih.. gua cinta sesama manusia dengan cinta Rasul dan ALLAH je..
Kera tuh cinta orang lain.. gua normal lagi..