Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, August 2, 2009

Bila aku menulis

Ayat-ayat di bawah mungkin ditaip/disusun mengikut skema tatabahasa yang betul..


Bila aku mula berkecimpung dalam dunia blog, tiada niat lain selain cuba berjinak dalam dunia IT kerana pada ketika itu, aku sedang menuntut dalam jurusan berkaitan. Kononnya ingin mengaplikasikan pengetahuan tentang dunia IT.

Bermula April 2007, aku berjinak dalam dunia blog. Pengetahuan pertama yang diaplikasi adalah percubaan memanipulasi aturcara (coding) pembangunan sesebuah laman web. Pelbagai aturcara yang telah aku cuba dari A hingga Z. Selain itu, aku turut memuatkan pelbagai kisah peribadi yang ingin aku kongsikan pada dunia luar malah sasaran pembaca aku hanyalah kepada orang-orang di sekeliling aku sahaja.

Bertitik tolak dari itu, aku terus giat menaip tentang apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Semuanya cuba aku coretkan dalam penulisan di dalam blog. Aku mula sasarkan pembaca di kalangan rakan sekelas di samping pembaca luar. Sampai ke satu tahap, aku berhenti menulis kerana kurang sambutan daripada sasaran aku.

Aku berhenti menulis untuk beberapa bulan. Pada tahun berikutnya, aku kembali menulis tetapi hanya sekadar mengisi kekosongan idea dalam blog aku. Tiada yang menarik cuba aku ketengahkan. Aku cuba mencetuskan idea dan konsep yang baru terhadap blog aku dan muncullah sebuah blog informasi dan tutorial. Seratus peratus berbeza dengan konsep mula-mula aku menceburkan diri dalam dunia blog.

Konsep tersebut hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Pada hujung tahun 2008, aku menukar kembali konsep idealogi aku dalam penulisan blog. Aku kembali kepada konsep asal. Tetapi kali ini, konsepnya lebih bervariasi selain curahan perihal hidup aku. Pada ketika ini juga aku dapati semakin ramai yang membuka blog dan menjadi seorang blogger. Pada kebangkitan ini membuatkan aku bersemangat menaip kata-kata di dalam blog sehingga artikel ini ditaip.

Sepanjang aku menjadi penulis blog, aku telah mengalami zaman jatuh bangun akibat perbuatan sendiri yang bebas mencetuskan pelbagai rasa yang kadang-kala dirasakan mengguris pelbagai pihak. Maka, bertitik tolak dari kesilapan tersebut, aku membuka sebuah blog baru tetapi masih berlandaskan konsep yang sama hanya berbeza pada nama. Terhasillah blog ini, akusimisteri.blogspot.com

Alasan utama penerbitan blog baru ini ialah percubaan aku melarikan diri daripada kesilapan yang lalu. Dan mungkin ianya berjaya, kerana sejak tercetusnya konsep baru ini, penulisan aku boleh dikatakan mendapat perhatian berbeza berbanding semasa awal kebangkitan dulu.

Aku berterima kasih kepada yang menyokong, memuji, mengeji malah membenci blog atau penulisan aku ini. Segala yang tercatat hanyalah merupakan curahan, luahan rasa hati aku walaupun ia kadangkala mengaitkan seseorang.

Semoga idealogi aku akan terus mencurah.


Tttttteeeeeeeeeeeetttttttttttttt...


Ok, cukup ayat skema.. bapak letih giler gua nak reka ayat-ayat skema..


TRIVIA: Percaya atau tidak, kadang-kadang aku cuba mencari jodoh melalui penulisan aku

4 ketidak-puasan-hati:

clarabella said...

aku sedeh.
sangat skema.

Qh!EeK@n said...

salam
ow skema gak la..

blog skarang lebih dikatakan ok cikit la dari dulu..yer ke?? rase samer jer khekhekhe...

aper2 pon teruskan memblog smpi biler2....peduli aper org nak komen...

AkuSiMisteri said...

Qh!EeK@n:
engko pernah ke baca blog gua yg dulu? hehe, mana engko tau blog gua sama je isinya

Qh!EeK@n said...

iyo..pernah bacer..

tapi tak secara tetap..sambilan jer..