Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, June 21, 2009

Yang belom tercapai

Untuk taon lepas, ALHAMDULILLAH.. buleh dikatakan apa yang gua nak telah tercapai.. antaranya?

Untuk tahun 2008:

1. Dapat keja - gua target untuk mendapatkan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, tapi masih belum rezeki walaupun pernah ditemuduga di USIM. Walaubagaimanapun, gua bersyukur sebab gua tetap dapat keja seperti sekarang ini.. lebih lebih lagi, gua adalah kakitangan gomen.. taon nih gua harap akan ada lagi kejutan sebagaimana USIM di UTM!
misi: BERJAYA!


2. Awex (mesin/jentera) - gua juga target untuk mendapatkan awex jentera sebagaimana yang gua ada sekarang ini iaitu awex putih kesayangan gua. ALHAMDULILLAH..
misi:
BERJAYA!

3. Awex (manusia) - ini adalah harapan gua untuk setiap tahun. Tapi sampai ke detik gua mengetik papan kekunci ini, gua masih belum melengkapkan misi gua ini.
misi: GAGAL!



Untuk tahun 2009:
1. Wang simpanan - ya, ini antara yang gua kejar untuk tahun ini. Langsung.. sejak gua berawex putih, gua semakin kurang menyimpan, bukan setakat kurang, langsung tak menyimpan dan simpanan gua untuk taon lepas pon abes.. haduss.. gua kusut macamana nak recover balek akaun gua..
misi: SEDANG DILAKSANAKAN!


2. Apple (Macbook/Powerbook/notebook) - ini impian gua sejak gua mengenali produk Apple. Entah bila gua nak dapat.. harga dah la mahal tak hingat.. gua pon tak tao apsal mahal sesangat.. tapi berbaloi.. perasaan iri hati gua sangat membuak hinggakan buleh menyebabkan gua menjadi pembunuh bila gua tengok ada orang sengaja memperagakan Macbook/notebook Apple depan mata gua.. gua betol-betol bengang!
misi:
SEDANG DILAKSANAKAN! > GAGAL!

3. Isteri - seperti tahun-tahun sebelumnya, gua masih mencari yang sesuai untuk dijadikan calon isteri! gua masih mengharap bantuan daripada emak dan kakak gua.. kalao kawan-kawan tolong, gua pikir 3x3..
misi:
SEDANG DILAKSANAKAN!




Itu antara apa yang telah dan apa yang belum gua capai dalam hidup gua. Gua pon tak tao, adakah taon ini bertuah buat diri gua sebagaimana tuah gua pada taon lepas.. gua doa je..

3 ketidak-puasan-hati:

FdausAmad said...

Gua nak jemput lu makan kenduri kat blog gua.
Ikut baca doa lagi bagus.

Kalo nak follow pun takpa.

Blog gua tu dh tak seimbang,ramai dah berat ke belah punk.

Unknown said...

btw dulu me stadi amik kos ape eh?

penulis.tidak.bernama said...

sapa 'me' tuh kaklong? tak specified..huh..