Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, May 3, 2009

Reverse to Gear One Converter

Malang tak berbau.

Memang la tak berbau, jisimnya pon tak nampak.

Hari nih rasanya ditakdirkan sedikit kurang bertuah buat gua. Dengan internet bermasalah dan terbaru, gua hampir dikategorikan membunuh diri. Apa cerita?

Tadi, gua cuba nak pindah parking, dan hampir menjadi sebuah tragedi. Dijadikan cerita, gua cuba nak me'reverse' keta gua, dan dengan selamba gua masuk gear. Bila dah masuk gear, gua dengan yakin toleh belakang dan terus tekan minyak dengan agak keras.

BEDEZUUPPP...

Yeah, keta gua hampir masuk longkang. Nasib baik gua sempat brake. Kalao tak, gua terpaksa update blog kat hospital agaknya. Huh, nasib badan.

Bila dah jadi macam tuh, baru gua perasan rupanya gua masuk gear satu! Arr...bengang betol. Dah la gua kat restoran mamak. Customer around situ semua tengok gua. Ah, bengang betol. Gua pon apa lagi, lantas dengan segera mem'blah'kan diri gua dari tempat kejadian.

Malu ada...gigil pon ada..

Ah...keras betol restoran nih. Dulu gua rodok motor pon dekat restoran nih gak. Badi lah keta gua macam nih..


notakaki: sila pandu berhati hati walau kat depan tuh cuma seekor semut je yang melintas... - gua dah boleh jadi Gear Converter daaa...



2 ketidak-puasan-hati:

piqah SHJ. said...

bahay betol kdai mamak tu. :)

AkuSiMisteri said...

ha'ah...bahaya..jangan lepak kedai mamak lagi!