Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, May 17, 2009

Order

Nak dijadikan cerita, gua telah bersama beberapa orang member telah melepak selama beberapa jam di sebuah port yang biasa gua melepak.

Arakian, gua bersama member member gua telah melepak selama berjam jam tapi hanyalah beberapa bijik gelas je bergelumang kat atas meja. Setelah beberapa jam.. maka seorang member gua telah merasakan bahawasanya perot beliao telah lapor.

Dijadikan cerita lagi, maka member gua tersebut telah memanggil seorang 'aney' untuk order makanan. 'Aney' tuh pon macam mamai je gua tengok sebab terlentok kat kerusi masa member gua panggil. Jadi, setelah dipanggil si aney tuh pon datanglah sebab beliao sedar tugas hakiki beliao iaitu mengambil order customer.

Datang je kat meja gua dengan member member gua, terus member gua tuh sound, "Aney! TELOR satu!" bapak lah! Gua tak buleh blah. Ada ke mintak telor satu daripada aney tuh. Muahaha..dah lah aney tuh ada dua je, kang dibaginya satu, nak pakai apa? Takkan satu je..

Yang sorang tuh lagi plak, "Kosong dua!" Lagi sekor. Mintak kantong telor ke hapa? hahaha...sampai dua???

Merah padam gua dengan member member lain gelak. Naseb si aney tuh tak paham.


Sebenarnya, member gua nak order ROTI CANAI TELOR dengan ROTI CANAI KOSONG yang biasa kitorang singkatkan sebagai ROTI TELOR dengan ROTI KOSONG. Entah macamana member gua buleh tersasul mintak TELOR je. Hadui..sakan gua gelakkan member gua. Naseb si aney nih paham member gua nak order roti canai. Kalu tak, haru gak...

Nih ke ROTI TELOR???

ayat|tambah: sila pastikan ayat kamu sempurna bagi kes kes yang sensitif seperti di atas

0 ketidak-puasan-hati: