Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, May 2, 2009

Mistik

Gua suka tengok orang berubat berkaitan masalah gangguan jin. Gua suka tengok cara orang yang mengubatkan, yang menggunakan ayat ayat suci al-Quran.

Dah nampak! Begitu besar mukjizat yang diberi kepada Nabi Muhammad. Panduan hidup tuh. Secara jujur, gua pun jarang baca al-Quran. Kalau diikutkan, setiap kali Ramadhan barulah gua belek belek helaian al-Quran.

Pun begitu, selain Ramadhan, gua ada gak tengok sikit sikit al-Quran kalau kalau ada yang buat gua musykil. Gua lebih suka cari tafsir Quran. Gua suka baca tafsir ayat ayat Quran.

Gua rasa, gua nak mendalami/belajar ilmu ilmu pak ustaz yang boleh mengubati/berinteraksi dengan jin. Gua sungguh admire cara pak ustaz mengubat. Sungguh awesome, kadang kadang cuma guna jari je sambil baca ayat ayat suci dengan sentuh tapak kaki pesakit. Si jin pon siap menjerit jerit lagi, baru sentuh dengan jari tu. Belum dilibasnya si jin.

Apa apa pun, syabas kepada pak ustaz yang sudi membantu berkhidmat kerana ALLAH.

Gangguan Jin


1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin.

- Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.

- Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"

- Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

2.Cara selepas Zaman Rasullulah SAW.

a. Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

b. Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.


notakaki: gua kena jadi 'HAFIZ' al-Quran kalau nak jadi macam pak ustaz.

0 ketidak-puasan-hati: