Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, April 6, 2009

Wrestlemania 25

Hari ini berlangsungnya acara Wrestlemania ke 25 di Houstan, Texas. Dan acara tersebut ditamatkan dengan kegemilangan para penggusti tersohor dunia yang memenangi acara masing-masing.

Antara acara yang paling aku nantikan pada hari ini ialah pertembungan antara Undertaker vs HBK Shawn Michael, Triple Threat Match: Edge vs Big Show vs John Cena dan main event, pertembungan dendam antara Randy Orton vs Triple H.

Pertembungan yang paling sengit ialah antara Undertaker vs HBK Shawn Michael. Undertaker turun ke gelanggang dengan rekod 16-0 iaitu 16 perlawanan tanpa kalah di Wrestlemania. Manakala Shawn Michael beraksi sebagai pencabar rekod tanpa kalah Undertaker. Menurut rekod, pertembungan antara Undertaker dengan Shawn Michael, rekod kemenangan berpihak kepada Shawn Michael kerana Undertaker belum pernah mengalahkan Shawn Michael dalam perlawanan satu lawan satu.
Tetapi, pertarungan yang sengit pada hari ini lebih berpihak kepada Undertaker walaupun pergelutan agak seimbang. Undertaker mengekalkan rekodnya 17-0 iaitu 17 perlawanan di Wrestlemania tanpa kalah dengan mengalahkan Shawn Michael. Sepanjang perlawanan, Undertaker menggunakan pemusnah popularnya seperti The Last Drive, Chokeslam dan Tombstone untuk menumbangkan Shawn Michael.



Pertarungan tiga penjuru antara Edge, Big Show dan John Cena dalam perebutan kejuaraan dunia memihak kepada The Champ, John Cena yang berjaya merampas kembali kejuaraannya daripada tangan Edge. John Cena kelihatan amat bersemangat dan bertenaga dalam persembahannya pada hari ini dengan usahanya mengangkat Big Show dan Edge di atas bahunya untuk melakukan penyudah F-U.


Dendam terbayar. Begitulah berakhirnya perlawanan antara Randy Orton dan juara WWE, Triple H. Triple H mengalahkan Randy Orton dengan penyudah popularnya, Pedigree. Walaupun Randy kadang kala berlawan dengan tipu muslihat, Triple H membuktikan bahawa dia lebih kuat. Randy Orton lembik dibelasah Triple H yang ingin membalas dendam atas perbuatan Randy pada keluarganya beberapa minggu lalu. Triple H mengekalkan keunggulannya dalam pertarungan tersebut dengan mengekalkan kejuaraan miliknya.



Kesimpulannya, pertarungan Wrestlemania ke 25 ini sangat menarik dengan pertembungan tiga acara utama tersebut.


Perlawanan lain
Money in the Bank Ladder Match - winner became #1 contender for any WWE Championship:
CM Punk mn Kofi Kingston, Kane, MVP, Shelton Benjamin, Mark Henry, Christian, Finlay

Extreme Rules Match:
Matt Hardy mn Jeff Hardy

Intercontinental Championship:
Rey Mysterio mn JBL (JBL Quit)

Handicap Match:
Chris Jericho mn 'Rowdy' Roddy Piper, Jimmy Snuka, Ricky 'The Dragon' Steambot


pengkaki: hahaha...tak sia sia cuti arini


Hafiz

1 ketidak-puasan-hati:

Anonymous said...

EXPORT DLC, SBLC, BG TRADE & COLLATERAL INSTRUMENT SERVICES
- Commodity Procurement Services
- Documentary Letters of Credit
- Standby Letters of Credit for lease /Email : marts.capitalfinance@gmail.com
- Bank Guarantees