Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, April 6, 2009

Berkenalan?

Heh, tak sangka. Walaupun penulisan aku di sini sungguh teruk (kerana sering mencaci, mengkeji, mengkritik, memaki dsb tentang yang buruk buruk belaka), masih ada juga yang nak berkenalan dengan aku ini.

Hoh, terima kasih atas sokongan anda.

Walau apa jua persepsi kamu, biar aku berterus terang tentang diri aku ini yang sebenar. Aku hanyalah seorang penulis yang jahil merangkap seorang kuli yang pemalas tetapi tetap berdegil untuk menyembunyikan diri sendiri sehingga menjadi sungguh misteri di mata aku sendiri. - ayat tersembunyi, kalau kamu bijak silalah cari alternatif untuk membacanya. Heh.

Kerakusan hidup aku menjadi inspirasi penulisan blog aku ini. Aku tetap kekal misteri - walau hakikatnya, aku tidaklah semisteri mana...Hidup menjadi semakin mudah dengan menjadi diri sendiri. Jadi nasihat aku kepada kamu yang nak berkenalan dengan aku, aku hanyalah insan yang sangat rakus menjalani kehidupan seharian.

Terima kasih.

Antara karya aku yang menggambarkan diri aku yang sungguh misteri ini - sebuah karya projek akhir pengajian


pengkaki: AkuSiMisteri hanyalah sebuah ilusi yang dihalusi oleh sedikit naluri


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: