Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, April 5, 2009

Saya seorang yang gayat~

Semalam, mencatat sejarah tersendiri buat diri aku kerana aku memaksa diri aku untuk diangkat tinggi tinggi. Apa maksud aku? Yeah, semalam aku telah diarahkan untuk menaiki sebuah kren untuk melihat pemandangan sauna (cewah...) di SPACE. Tujuan sebenarnya adalah untuk melihat samada persekitaran di UTM dan Desa Bakti dapat dilihat atau tidak dari SPACE.

Maka, aku terpaksa juga menaiki kren tersebut yang bergerak setinggi tinggi yang boleh. Oh dunia. Hanya tuhan saja tahu perasaan kegayatan aku di ketika itu. Nak taknak pun kena buat, dah arahan kan..

Terima kasih diucapkan kepada brader kren yang sudi memandu kren tersebut dengan sangat berhati hati. SAFETY FIRST la katakan.

hoho...kren berhenti pada stage yang pertama. aku cuba amek gambar dari SPACE ke UTM tapi malangnya tak nampak.

Nih tinggi sket. 2nd stage tapi kira dah cukup tinggi la nih. Aku rasa brader pemandu kren nih pun cuak gak nak tinggi lagi. Heh, sama la kita bro.

Cuba tengok tahap tingginya. Hoh, mengerikan...

Ini pemandangan untuk melihat Desa Bakti. Aku pun tak tau mana satu kawasan Desa Bakti.

Hah, pemandangan 2nd stage. Gayat beb...

Inilah kren yang digunapakai..kena gelak je dgn kontraktor tgk kegayatan aku..ceh..


pengkaki: gayat tak gayat ke, kalau dah arahan terpaksa juga. Lepas nih taknak aku buat~



Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: